Skip to main content

Mesin Jahit Baru Hak Hak

Sejahteralah ke atas kamu.

Rasanya dalam masa terdekat ni, kedatangan aku memang champion. 7 hari aku MC. Masa kat kampung aku demam 4 hari, balik KL sambung dgn batuk dan selsema 3 hari, lepas baik batuk selsema, aku demam lagi 2 hari, demam plak menyebabkan aku takde selera makan. Aku dah kurus tau. Hahahah..Bila aku tak makan, aku terus kena gastrik 4 hari. Huuuuu...

Yang lebih menge'huuuu'kan, bila Luth pon tak sihat, demam, meragam je. Susu aku plak memang betul-metul drop down menu. Kesian sangat Luth. Sekarang dia tido dah tak perlu bergantung pada mama dah. Dia boleh tido sendiwi. Kalau dia menetek pun, dia akan bangun cari botol susu yang aku letak air masak. [Huhuuu... Mama rasa sungguh tak berguna...] Oleh sebab aku kena jaga Luth, jadi aku tak dapat nak fokus untuk pulihkan diri sendiri walaupun aku MC 4 hari minggu ni. Baru hari ni aku masuk kerja. Keke. Ini pon lengan aku kiri kanan naik ruam, mcm alergik. Semalam aku langsung tak tidur. Sebab gatal sgt tangan aku. Aku saspek sebab aku termakan bijan hitam. Last time aku makan bijan hitam, gini le jugak jadiknya. Ok. Cukup pasal cerita MC.


Minggu lepas aku baru dapat mesin jahit baru yang aku tunggu-tunggu iaitu Brother NV950.


























Mesin jahit sulam yuolls. Gambar ni aku ambik daripada gugel. Yang aku punye masih dalam kotak. Walaupun aku excited gila dgn mesin jahit baru ni, tapi oleh sebab melayankan kesihatan aku yang tak berapa semenggah sejak akhir-akhir ni, maka aku hanya mampu belek manual guide je beberapa pages. Lepas tu aku tak faham. Lepas tu aku rasa mcm letak tepi la dulu, karang makin menambahkan demam je nak study mesin jahit ni time2 tak sihat ni.

Ooo, pasal tak sihat ni... sebelum korang buat 'spekulagi', aku cakap siap-siap, aku dah buat pregnancy test dan ternyata aku tak peknen hokey. InsyaAllah tahun depan baru merancang untuk memberi adik kepada Luth. Ngeee...

Buat masa ni, aku nak siapkan tempahan tilam kekabu dgn sarung tilam fitted dan sarung bantal sekali. Bukan orang lain jugak yang tempah. Adik ipor aku jugek. Tapi aku belum sempat nak mula. Seronoknya hoiiiii ada mesin jahit baru. Boleh la aku makin gedik menjahit. 

Comments

  1. Bestnya mesin jahit tu. Cam menarik je. Akk ada mesin jahit singer yg hitam tu. Tp x terguna sgt pun. Tp suka la ada mesin ahit.

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan;
    blum ada rezeki la tuk..tak jgn putus asa..

    ReplyDelete
  3. ooo patut sunyi sepi ek..sama la kita still batuk2 lgi suara pon tengelam timbul nk kuar...nice mesin jahit tu pandai menjahit bleh buat duit...

    ReplyDelete
  4. suka lettew.dpt mesin jahit baru.smoga semangat utk.menjahit terus berkobar.aamiin

    la siannya.. lama tu.. patut la, ingt mmg saja xnk update sbb bln puasa kan. rupannya demam.

    lyd mmg alegic dgn bijan hitam erk?

    selamat berpuasa..

    ReplyDelete
  5. Hahaha....sebelum tu nak tanya, orang cam kita ni, kalau sakit mulut tak pernah penat ek? Heran kekadang tau. Sampai orang tak caya kita sakit :)

    Tahniah dah ada mesin jahit baru. Walaupun tak pandai jahit, keterujaan melihat gambar mesin jahit tetap di tahap maksimum. Rasa cam nak google jek berapa harga mesin jahit sekarang. Nak beli satu lepas tu buat perhiasan kat anjung rumah. Ingat-ingatan manalah tahu lepas beberapa dekad, mesin jahit dah tak wujud dan digantikan dengan ntah pape mesin gaknya. Bolehlah budak berdua ni buat duit jual barang klasik :)

    Eh, melalut pulak! Minta maaf yek...tumpang lalu je nih!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum lyd...wah bestnya mcm teringin juga la mesin jahit yg mcm ni senang nak bersulaman...:)

    ReplyDelete
  7. besar kat mesin ni Lyd.
    aku pun teringin nak beli mesin jahit..
    tp laki aku kata.. bila msa nk jahitnya? nti Luth mkn jarum..huk..
    cepat sembuh ye.. tak sabr nk tgok hasil jahitan kau.

    ReplyDelete
  8. seronok la ada mesin jahit baru..leh sulam gambo mickey mouse tu

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum... lyd amik tempahan ape ye? nak tau gak...

    ReplyDelete
  10. wah..bestnya mesit jait sulam! walaupun saya tak berapa reti dan tak minat menjahit, tapi bila ada sulam2 ni terus ikut excited. nanti tunjuk tau hasil sulaman Lyd.

    semoga cpt sembuh sahabat!

    ReplyDelete
  11. Salam ramadhan,

    seronoknya mesin jait baru..kita ni nak beli yg global murah tu pun berkira2 mendahulukan yg penting..kemut katakan.hehe..

    lamanya mc..kesian bertimpa2 pulak sakitnya..cepat sembuh ya lyd.begitu juga luth...:)

    ReplyDelete
  12. Adoi! Seksanya klu skt sbb tempias anak gak. Sobs...jaga diri selalu beb....moga dikurniakan kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
  13. Seronok jika ada mesin jahit macam ini. Boleh sulam kain sendiri.

    ReplyDelete
  14. kesian ko lyd,patutla lama x hapdet..anyway,mesin jahit baru tu mmg gojes. Semoga ko cpt sembuh dan dpt hadiahkan sarung hanset bersulam kat cikgu ye..ngeh..ngeh..(^_^)

    ReplyDelete
  15. hoho...makin berkembang lah bisnes. Macam mana nak bagi adik kt luth ni kak kalau makin busy? :P

    ReplyDelete
  16. Semoga cepat sembuh Lyd..

    Mesin jahit? comey la siap ade mickey mouse bagai
    Selamat menjahit ye!

    ReplyDelete
  17. mesin jahit idaman akak juga ni..
    semuga cpt sembuh. sebenarnya akk pun batuk dan demam juga.

    ReplyDelete
  18. bestnya dah ada mesin jahit mcm ni...bolehla amek tempahan skrg ni..

    ReplyDelete
  19. Harap keadaan dh pulih sepenuhnya ye lyd.. waa.. bgsnya awk.. mmg wanita sejati la. Ada bkat.mnjahit ni.. Lps ni.msti byk projek kretip hasil tgn awk.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya