Skip to main content

Budak Bobok Sorang Ni

Sejahteralah atas mu...

Anak aku Luth, muka dia sebijik seputat macam muka aku. Sampai aku bila tengok Luth, aku terasa macam tengok diri sendiri versi kenit. Bukan setakat muka je, karektor pun hampir nak sama. kenkadang rasa cam seram pun ada bila tengok ada mahluk halus yang menyerupai diri sendiri. Sungguh epic huhu.

Papa Luth plak memang kuat menganjeng. kadang2 tu dia siap gelak terbahak kalau tengok aku dengan Luth duduk sebelah menyebelah. Muka sama dia kata. Ciskek punye suami.

Ada banyak karektor Luth yang sama dengan aku. Diantaranya penakut. Huhu. Dia tu kan, sampai sekarang belum berjalan sebab dia takut nak lepas tangan. Selalunya dia bertatih kena pegang tangan papa dan dia akan ajak papa pusing dalam rumah sampai biru jari papa. Punye kuat dia pegang tgn papa. Bila papa cuba lepaskan tangan nak suruh dia menapak sendiri, terus sappppp dia duduk. Takmo usaha langsung. Apa laaa Luth ni.

Lagi, Luth sensitif sangat macam aku. kalau aku tinggikan suara sikit pada dia mulalah tercebik-cebik muka dia menahan sebak. kadang-kadang tu, papa dia cakap sikit je  itu pun dengan intonasi cemas bila dia buat perkara2 yang bahaya, dia terus sedeyyy. Inikan pula bila aku cakap 'Ya Allah' kuat2. Manje sangat hokey anak haku tu. 

Ada banyak lagi karektor dia yang mirip aku, tapi yang paling aku takleh terima ialah dia pun ada habit macam aku ; suka goyang kaki. Saje nak bitau korang, aku ni takleh duduk statik je kejung, aku kena ada tenaga kinetik sepanjang masa kecuali waktu tidur. Sebab tu aku suka goyangkan kaki aku setiap kali aku baring atau duduk. Habit ni mak aku selalu tegur dulu semasa dia hidup. kata mak, nanti dah kawen suami tak suka kalo asyik goyang kaki tu. Tapi aku macam takleh nak control sbb habit tu secara tak sedar je aku buat.

Nak tgk budok Luth goyang kaki? Tgk video ni. [Jangan risau video ni takde bunyi suara annoying atau suara petir dan seumpamanya.].


**bobok tu maksudnya suka buat2 perangai comel yang aksi lucu nak bagi orang lain ketawa.


Sekarang Luth dah 16 bulan. Setahun 4 bulan dah dia. Makin besar makin banyak perkara2 kelakar yang dia buat. Aku dengan papa dia tiap-tiap hari dok ketawakan dia je. Ada time dia buat mata separuh pejam bila pandang orang. Ada time dia buat perut gemuk ulang-ulang kali depan mama dengan papa. Pastu bila mama dengan papa ketawakan dia, makin la dia buat aksi sambil dia pun ketawa. Ada time tengah-tengah mama suap makan kat dia, dia baring meniarap sambil buat kaki snow angel. Macam tibe-tibe je. Mama dengan papa bapok le confuse tapi ketawa juga le. 

 Pastukan Luth ni dia nakal diam-diam. Ada sekali tu aku tengah prepare makanan untuk berbuka puasa tetibe aku rase dia macam senyap je. aku cari dia tgk2 dia dalam bilik air tengah susun botol syampu dan botol shower cream nak buat tower macam selalu dia buat tower guna wooden blocks. Yang penting setiap kali dia susun satu block, dia akan tepuk tangan sambil pandang mama atau papa dengan wajah kudus paling berharap, dengan harapan mama dengan papa pun tepuk tangan di atas kejayaan kecik dia menyusun block tu. Haddoi. Memang menghibur hati.

main peeK-a-boo dengan mama.

semua dia na susun buat tower

lepas conteng lantai mama suruh lap semula guna wet tissue.
 
dia keluarkan semua wet tissue sampai habis dalam plastic wet tissue tuh. aku tinggal dia jap je gi solat. abis solat tengok2 dah setambun wet tissue ni. huhu.

Comments

  1. Alhamdulillah...dah makin besar Luth. Menyeri hidup kalian.

    Kalau saya, bobok tu...tido. :)

    ReplyDelete
  2. Dah besar dah luth sekarang makin comel. Telatah masa kecil takkan dilupakan bila besar nanti. :)

    ReplyDelete
  3. Alaaaaa...tak blh tgk video tu.

    Bebudak kalo dia diam jer adalah benda yang dibuatnya tu ☺☺

    ReplyDelete
  4. hihi.. comel kan telatah Luth..
    Luth aku pula org kata mcm muka ayah dia..kut mana serupa pun aku tak tahu.. sebab aku tgok muka Luth comel, muka pak dia tak berapa..camna tu? masa beranak dulu aku nmpak dia sebiji2 muka aku..comel betul..tapi lagi lama, lagi besar makin menyerupai bapak dia..huhu..

    aku dah tak larat nak kemas rumah sekrg..anak ku Luth super-super aktif.. aku kemas, dia selerak..aku tgah kemas pun dia boleh buat semak.
    remote tv aku selalu berebut..tak dapat remote terus dia pergi tutup astro kat player astro. org nk tidur, dia tampar muka. tarik rambut. kesian tok ma dia..tak larat oh...oh...
    anak ku Luth..
    Luth ni mesti baikkan..huhu..jangan nakal2 ye..

    ReplyDelete
  5. Orang kata elok sangat la kalau anak lelaki ikut mak kan, sejuk katanya.
    Si JJ pulak banyak ikut bapak dia (muka mix takleh nak kata sangat la ikut sapa tapi pangai) especially bab lidah terjelir kalau khusyuk buat something.

    Skang ni dah pandai si JJ kalau I terlanggar dia, terus "Aghoh Akbar" kuat2.. haaaa itu gunanya.
    eh selamat hari raya awak, maaf zahir batin yer kot2 banyak dosa selama duk bertukar buah fikiran ni hehehe.

    ReplyDelete
  6. Kata orang kalau nak anak2 jadi berani ibu ayah kena hadiahkan mereka adik2 yg ramai. Mereka akan jadi lebih berdikari bila ada adik. Mungkin betul juga kata orang tu kerana 3 daripada anak2 saya yg lahir setahun seorang sampai sekarang mereka sangat berdikari.....

    ReplyDelete
  7. Ni belum dapat kaki ni....dah boleh jalan laju lagi macam2 dia boleh buat...tak terkejar nanti lyd...hehehe...keseronokan ada anak kecil lagi best bila dah pandai bercakap lebih kurang umur 3-4 tahun...

    ReplyDelete
  8. alolo comey nya luth..
    tak pa lyg luth sepahkan je.jgn lalak sudah kan.apa kja pon x leh buat..
    kalau blh jln nnti ..haaa lagi.. x terkejar..

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. Makhluk halus ye kak. Ok la tu ada kembar kenit kan..

    ReplyDelete
  10. comel kan?nnt aksi masa kecik tu la uang dirindui...depa ni cpt sgt membesar

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum lyd...selamat hari raya n maaf zahir batin dr mama...;)

    ReplyDelete
  12. Macam best pulak anak macam klon kita. Hik3

    Tapi doa je lah anak ambil perangai baik je. Huhu

    ReplyDelete
  13. hahaha... comel lak bila aku try imagine.

    ReplyDelete
  14. Haha... Sm mcm azfar. Abahnya smp gelang kepala tgk anak tu yg perangai sejibik sejibon ikt bapak time kecik2 dlu. Ikt bapak bkn mak hokay.

    ReplyDelete
  15. dah sampai ke lengan..peha lagi tu haa..

    ReplyDelete
  16. setahun 4 bulan tak jalan lagi tu maknanya ko leh rilek2 lagi la dukung ngan pimpin luth..anak aku 10 bulan dah bjalan, skg ni setahun 2 bulan dah macam lipas kudung..dah la taknak dipegang..letih kejar dia..nikmatilah masa rilek ko yang panjang tu..hahaha

    ReplyDelete
  17. Okay tak byk beza dgn anak no 2 dan no 3 koi...

    ReplyDelete
  18. aduhai anak memang macam2 perangai dan kelakuan yang kita nak tempuhtu...
    anak akak yang sorangatupun der sikit2 perangai akak ... memang seram sebab yang tak baikpun diikutnyer.. rasa bersalahler pulak...

    ReplyDelete
  19. alhamdulillah..dh besar luth..
    biasa kalo lmbt jln..dia laju bab bcakap..
    bestkan tgk ank mbesar.. mcm2 telatah.. lya dh laluinya..nanti bila luth makin besar mcm asya, makin rindu kat telatahnya.. sbb tu lya suka snap byk2 pic waktu ank mbesar ni.. lg2 ank sorang je

    ReplyDelete
  20. bagus anak laki ikut mama orang tua2 kati..sejuk..seronok kan perangai luth semuanya menyerupai mama..comel ja..lagi2 bab goyang kaki tu..

    mmg kerenah anak2 sekecil luth menghiburkan..sama macam cik pia juga..:)

    ReplyDelete
  21. Mana tumpahnya karektor kalau bukan ke anak sendiri kan :)

    Okla kopipes mamanya :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya