Skip to main content

Menghias Beg Kanak-kanak

Sejahteralah ke atas kamu....

Beg yang aku bawa ke rumah nenek pengasuh Luth untuk letak diapers, baju dan susu Luth, aku panggil beg sekolah Luth.

Mula-mula dulu aku pakai beg diaper Pureen yang abang aku bagi dalam hamper Pureen sempena kelahiran Luth. Tengok gambar ni, yang warna biru. 

Gambar dari SINI


Pastu, bila baju Luth asyik tak kembali ke pangkuan je, aku pun tanya nenek, mana pigi daaaa itu baju??? Nenek kata mungkin tersalah letak dalam beg budak lain sebab ada budak baru yang nenek jaga pakai beg exactly sebijik seputar alam dengan beg Luth. Jadi, sebelum aku bertukar menjadi dragon Smaug dalam citer Hobbitses, lebih baik aku mengalah aku tukar beg Luth.

Aku ni tak la beriya sangat nak beli beg baru utk Luth. Korek-korek belakang pintu, jumpa bag pack yang aku dapat percuma masa beli barangan P&G kat Carrefour lama dah dulu. Asal boleh je la Luth. Asalkan ko ada beg, tak kisah le beg hape pun. Sap sap soi la.

So, untuk tidak menampakkan sangat beg ni beg percuma [padahal dah cerita kat blog, dah tentu la pecah dah rahsia ni kan], mama Luth yang terlebih aura penyulam ni memandai je la tambah sikit decoration pada beg tu. 

Tidok le lawa sangat, tapi asal boleh je.

Hanya logo P&G dan logo Olympic tu je yang mampu ditutup. Worldwide partner tu biar je la.

Guna felt untuk buat 'applique' [sebut dia 'ap-li-kay']. Felt senang sebab dia tak yah jahit tepi.

Felt ni dulu aku dah gunting membulat untuk buat flash card warna untuk Luth, sekali tetibe kerajinan merudum plak, so tak jadik plak project tersebut.

Ni saje la hasilnya. * Dah yang ko melintang ni ngape plok gambor hoii??!*

Aku ada idea juga untuk masukkan bentuk-bentuk haiwan seperti singa, beruang atau lebah. Tapi macam semak sangat pulak karang. Lagi pun takkan tetiba nak letak bentuk haiwan dengan kereta. Tak relevant langsung kot ye pun.

Comments

  1. sweetnya..buat kat razin n rafif satu bleh?ngeh..ngeh..(^_^)

    ReplyDelete
  2. mama Luth ni selalu kretip sangat! Baju tak kembali?? memang bole mendatangkan mawrah kepada persatuan mama tau!!

    ReplyDelete
  3. tiba-tiba rasa nak rajinkan diri buat macam tu..
    yang penting bahan ada.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. wow kreatif n pandainya lyd jahit itu seme tuk luth..buatkan tuk bakal natu sekali yer sebab omaknya tak pandai..heheh

    ReplyDelete
  5. cntik ke main mama lyd deko beg luth
    smga nenek x tertukar lagi baju bajan luth.yg dh trrmasuk tu dpt blk x bajunya?

    lyd, hahaha.baru tahu sbb bca entry kat suria amanda yg lyd tegur dia masa kat kl sentral tu.hihi.

    tetiba terus teringat hari yg ciksu pi sana. ciksu pi Nu sentral hari khamis..idok le pi sensorng tapi berteman kan cik abe :)

    in shaa Allah, nti kita deal k.ciksu pi ambik by hand je barang2 tu, boleh.tak payah lyd pos nanti. hihi..

    pa pe pon nti deal lain.kalau bab deal ni susah nk mnjdi.. kikiki.

    ReplyDelete
  6. lyd, aku baru perasan komen kau masuk spam comment aku. Thanks lyd, sudi jengah blog aku dulu.

    Luth ni nama anak kau eh? Sama nama dengan anak PetakBunga. Luth juga. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. wahhh kreatifnya mama luth ni shantekk sgt...

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan...

    Rajin mama si Luth nih yer!! Kadang2 mmg payah pun bila beg sama nih..Nanti tertuko baju.. Sha kalau dah sama beg sebijik sebijan sha letak jer keychain nama anak kat beg dia hehehe..(nmpk bebeno pemalas ekeke)

    ReplyDelete
  9. mak oooi mak luth rajinnyer ...
    tapi kalau pakai beg yang sama tambah kat situ tak lerhker...

    ReplyDelete
  10. terkagum lak dgn deco kat beg tu. ada elemen kasih sayang. hee..

    ReplyDelete
  11. Wow...tepukan gemuruh utk mama Luth yg super duper rajin dan kreatip!
    Confirm...takde kes tertukar baju etc.

    Teringat...dulu masa nak masuk sekolah asrama, mak jahitkan nama kat towel. Takut tertukar.

    ReplyDelete
  12. Wah...comelnya bag tuh..eh kreatif jugak Lyd eh...

    ReplyDelete
  13. wahh..kreatipnya lyd..kagum...rajin pulak tu

    ReplyDelete
  14. ini dah kira kreatif betul ni Ly D.. KA suka !

    ReplyDelete
  15. Tagline 'Worldwide Partner' yang lawak tu. Tak padan dengan logo ada gambar kartun kereta. Nampak comel jer. Hehe

    ReplyDelete
  16. Mak luth ni x reti jahit.
    Tolong wat ko luth satu

    ReplyDelete
  17. wahhh kreatif nyeeeee...(thumbs up)

    ReplyDelete
  18. Kalau hilang jgk x tau la. Jgn beg yg hilang sudah. Haha...

    ReplyDelete
  19. Tengok Luth nya official partner. Jangan wat main.... Kalau nenek pengasuh hilangkan juga, kenalah tukar semuanya dalam BM, Lyd. Wah, creativelah leh buat cam ni. Kita ni kalau part-part yang ini rasa cam susah aje memanjang. Malas pun ye. Tak berminat pun ye juga. So kita puji hasil kerja orang ajelah yang boleh ... Nama anak dah sama dah tu, apakata kalau kerajinan mendatang, buatlah lebih-lebih sikit pastu bagi GA kat kita....sure anak kita ucap terima kasih dengan senyum manis tak lekang di bibir!

    ReplyDelete
  20. berbakat juga menghias beg..lawa apa..beg sekolah afia pun dah rabak..nk beli baru tp dok berkira2.kemut katanya.haha

    ReplyDelete
  21. Beli kat mana kain utk buat huruf tu. Ce cite ce cite

    ReplyDelete
  22. kaau yer pun nenet tersalah letak dalam beg, takkan mak si budak tu tak pasan tu bukan baju anak dia. Cantik jugak beg Luth ni tau, percuma itu bonus ok. Kami ni lagi la kalau baju2 JJ tak muat beg, bubuh dalam plastik sampah jer tau. hahahaa betul ni.

    ReplyDelete
  23. cantik gak beg tuh. mesti luth suka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w