Sejahteralah ke atas kamu.... Wahai hamba-hamba Allah..
Macam yang aku cerita kat entry sebelumnya, gigi Luth baru tumbuh 2 batang. Satu atas, satu bawah. Gusi dia gelembung-gelembung tu dah lama dah sejak 6 bulan lagi. Tapi gigi tak muncul2.
Setakat ni dia dah mampu memasukkan block kayu ke dalam bekasnya ikut lubang-lubang yang ada. Memang la kalau ikutkan anak orang lain dah lama dah pandai masukkan block tu, tapi nak buat cemana mmg anak aku kemampuan dia gitu je. Itu pun aku dah bangga tau.
Muka muncung duck face ke Luth? Block kayu ni, aku rasa permainan yang paling berbaloi sekali aku beli untuk dia. Sebab dia memang suka sangat main ni. Harganya aku beli ari tu dalam RM53. Kalau dia tak masukkan dalam lubang-lubang tu, dia akan masukkan dalam mulut papa. Kadang-kadang sanggup datang dari jauh kat papa semata-mata nak masukkan block dalam mulut papa. Boleh dikatakan semua benda dia nak test masuk dalam mulut papa. Aku tak faham apa ABC Specialnya mulut papa tu.
Aku nampak Luth ni sukakan sesuatu yang bulat seperti tayar kereta atau roda mainan, object yang boleh bergolek seperti botol susu, botol kosong, gelung masking tape dan wooden block bentuk silinder. Dia akan main ala-ala polo bergajah utk semua object bergolek tu. Dia pukul dengan tangan, bagi bergolek-golek kat lantai, dia kejar dan bila dah dapat, dia pukul lagi bagi bergolek ke lain pulak. Itu aku ingat nak beli bola untuk dia.
Warning : Kalau tgk video ni please reduce kan volume sebab ada suara raksakse kat tengah2 video.
Alaaaa...tak blh view lah video ni lyd.
ReplyDeletehehe.. takpe.
Deletelembutnya suara raksasa tuh ...heheh yeeayyy tepuk tangan..yeaayy tepuk tangan..hehehe
ReplyDeleteresakse syok sendiri je suh anak tepuk tangan tapi anak bz je masukkan block.
DeleteKejap je dah setahun usia Luth.. :)
ReplyDeleteTakpe Lyd, yg penting Luth tahu dan nunjukkan minat nak main ;)
tu la kan myra. Cepat betul masa berlalu.
Deletesopan santun je suara raksasa tu.hihi
ReplyDeletehihi... malu kittew.
DeleteLyd! dah besar Luth! kejapnya.. dulu baca mcm tgh pregnant je. hehehee.. lama tak tinggalkan jejak. banyak nak kene katam ni. hihi.. take care! :D
ReplyDelete*tadi ada komen tp mcm tak sampai kot. ;D
betul As, dah lama as tak blogwalking ke sini.
Deletekita memang patut rasa bangga sebab kita sebagai ibubapa lebih memahami anak2 kita.. ;)
ReplyDeleteHeheh... betul betul.. setuju sangat. lagipun kita je yg syg anak kita paling dalam.
DeleteWahh..lyd..suka jgk luth main dgn learning toys ni ek..aish lgsg xmo..hadoi..yg dia suka pnjt blkg org..skg kejenya membuli kakak dia je..hadehh
ReplyDeleterasanya sebab aish ada ramai kakak2 dan ada ramai org melayan dia. Luth ni terpakse la main menan sbb dia sorang je. Kawan dia pun poko chan je.
Deletesalam perkenalan.
ReplyDeletehehehe suka tgk luth dlm video ni !
ReplyDeleteDah pandai jalan ke? Anak2 koi yg sebelum ni pandai jalan umur setahun sebulan.yg no 3 ni ntahle..terlebih manja
ReplyDeletealahai pandainya luth..bagus luth ni kira jenis suka main pastu tekun je tgok dia msukkan blok..afia plak jenis tak suka main mainan,tak reti nak komited dan cepat jemu..dia suka explore benda sekeliling dia..cthnya macam lubang2 kt dinding pun dia korek..huhu
ReplyDeletebagus la dia test drive mulut papa, takder la semua dia nak pulun sendiri hehehe.
ReplyDeleteBoleh tak jangan bersuara masa record rancangan khas untuk Luth ni? Betui argghh...geli geleman mendengar suara ala-ala raksasa manja gitu :)
ReplyDeleteLuth pandailah tu...boleh masukkan apa sahaja ke dalam mulut papanya. Mesti Papa Luth gosok gigi dengan berus gigi yang ditukar seminggu sekali plus ubat gigi Darlie tak macam mamanyakan :D
Pandainya luth sayang ni. Ok.. Mungkin mulut papa tu tester od dia. Reda je la.
ReplyDelete