Skip to main content

Lipat Baju Buang Masa

Sejahteralah ke atas kamu...

Aku yakin ramai yang dah dengar pasal perkhidmatan melipat baju kat Lembah Klang. Rasanya dah ramai org share tentang itu. Ada yang mengalu-alukan perkhidmatan tu dan ada juga yang mengutuk habis-habisan. Katanya pemalas tahap gaban sape yang menggunakan perkhidmatan tu. Huhu.. Aku baru je nak call ejen melipat baju tu. Kehkeh...

Kalau nak tau, aku ni masa bujang dulu, kalau aku lipat baju [baju aku je la. hakhak], kalau tak cukup simetri, aku bleh rasa jiwa kacau. Penah cuba utk lipat je ala kadar, then simpan, tapi takleh tau. Aku rasa tak tenteram, sampai aku keluarkan semula baju yg dah disimpan tu then lipat semula. Melampau juga aku rasa aku ni. 

Sekarang, semua tu tinggal kenangan je. Sebab kalo aku masih ada sipat jiwa kacau tu bila melipat baju tak cukup simetri, nampaknya akan ada harapan aku mc le tiap2 hari. Nak lipat baju yang menambun tu perlukan masa. FYI, aku sidai baju dalam rumah. Umah aku takde ampaian kat luar umah sbb umah aku umah flet bawah skali. Bila dah takde ampaian, baju lambat kering. maka longgokan akan jadi makin banyak bila nak tunggu yg lama kering, yang baru sidai. Nak sangkut2 kat luar tingkap kang bukan baju aku je kering, harta dalam rumah aku skali kering.

Tu belum kira yang si ustaz Luth tu buka laci, selongkar semua baju-baju dalam laci then tinggalkan je lepas dia dah bawak keluar semua. Bagus, stimulasi otak Luth ye? Ko ingat aku sanggup buang masa nak mengadap lipat baju-baju tu semula? Baik aku main dengan anak aku [eh ye ke main dgn anak.. kot-kot aku buka FB kot? Hakhak]. Atau pun baik aku menjahit. So, yang mana Luth dah buat sepah tu, aku kutip, aku sumbat je tanpa lipat semula. Cemerlang.

Bagi aku la.... Kalau aku ada banyak masa lapang untuk spend dengan anak aku, aku akan buat semua tu dengan sempurna. Tapi kalau masa dengan anak hanya ada 4 jam je sehari [hari bekerja], so, babai je la semua tu. Dalam masa 4 jam tu jugak nak prepare keperluan untuk hari esok, 4 jam tu jgk nak masak, nak makan, nak baca buku, last2 masa yang ada untuk spend dgn anak hanya tinggal sejam. Weekend la biasanya akan tekun menyelesaikan urusan yang tertangguh pada hari biasa. Sesungguhnya, aku belum cukup wonderpet lagi la utk jadi supermom.

Hasil sebegini boleh dilakukan pada weekdays hanya apabila Ustaz Luth tidur seawal jam 6.30 petang sampai ke pagi esok. Ini baru baju Luth sorang. Belum masuk baju mama dgn papa-papa hey dia.

Comments

  1. betul lyd..setuju sgt..masa terhad bila ari kerje utk bersama2 dgn anak..bab lipat baju memg suami sy yg rajin uruskan huhuhuhu..siap lipat dan masukkan dlm almari lg..itu yg watkan isteri jd mls nk lipat tu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah azie suami tolong. siap tolong susun dalam almari lagi. saya kan, kalo asben lipat baju, dia lipat lagi lawa dari saya lipat. heheh.

      Delete
  2. ehhh ada ke perkhidmatan gitu lyd??pestime dengar nih..
    pasni leh la try wat bisnes gini...huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sempat plak dia nak wat bisnes. mesti la ada service ni. baru lagi dlm tahun ni dgr2.

      Delete
  3. Alangkah indahnya jikalau ada mesin melipat baju. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. tapi nak yg mesin la. yang masuk terus kuar2 dah berlipat semua. takmo yg mcm papan2 keping tu.

      Delete
  4. saya kan lyd bab melipat baju tuh yg malas tuh..dah lipat elok2 kang tukang yg amek bajutuh ikut sedap dia jer..kena kemas balik..kena berleter2..takmo berleter sylah yg kena amek & bg baju tuh kat depa..yer yg muda mahpun tuo..hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tu pun salah satu cabaran jugak. jenis dah amik pastu tak jadi pakai yg dia amik, then kalau nak amik yang bawah, main tarik je. pernah dgr kawan2 cerita.

      Delete
  5. eh eh...kita pun pnggil anak kita ustz Luth. dah lama ajar tgok ceramah ustaz don.

    xde kuasa ajaib nk melipat..
    hanger dr ampaian, fresh2 terus pakai..



    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... comel 2 org ustaz luth.

      ada certain baju je yg saya buat gitu. tapi kebanyakannya saya lipat le. itu pasei le jgn timbunan.

      Delete
  6. Tadi baru tengok kat fb psl service tu, tapi blm meluas. Rasanya ramai yg nak, sbb mmg leceh bab melipat. Lagi2 kalau anak kecik berderet, mmg tak terlipat (dah lipat pun kena bongkar balik dgn anak).

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, service ni belum meluas lagi. itu la ujie. kalau anak kita dah ramai nanti cemana le gaye nya.

      Delete
  7. argghhh! klu perihal baju memang memalaskan lah >_< dari cuci, sidai,angkat,lipat n iron tak suka... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... sama la. kalau boleh dok umah tu nak relax je taknak buat keja kan.

      Delete
  8. Replies
    1. bagus lagi tu cikgu. saya kadang2 terlajak sampai berminggu2. hahah.

      Delete
  9. SA stress lipat baju...x suka..x suka...suka gantung jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... amboi tak suka nya dia lipat baju. betul SA, gantung lagi senang.

      Delete
  10. ngko ada OCD melipat baju nih..nasib baik tak melarat.. hahahhahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoih kutuk aku. hahaha.. aku pandai control lagi ocd aku tu.

      Delete
  11. owh I masa muda belia kalau ada sedikit baju terjulur keluar dari almari pun tak leh nak lelap ok, harus bangun dan letak betul2 baru tenang, mmg masalah jiwa kacau kita ni. Sama la umah kami sini pun takder balkoni so baju semua sidai dalam, tapi I amalkan setiap kali angkat, terus lipat. Lipat asal boleh sumbat, tak pakai kekdah simetri dah skang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u memang ekselen la mama JJ. Confirm la takkan terjadi timbunan gunung ye. i ni sebenarnya cuba nak menjadi mcm itu tapi tidak la mengedankan diri lagi.

      Delete
  12. bagi yang bekerja.. service macam tu agak membantu. bagi surirumah macam saya.. kalau lipat baju pun nak ubah orang.. laki boleh jadi buntu. kekekekeke.. anak saya pun jenis suka sangat selerakkan baju yang dah kita lipat... nasib kau anak.. kalau anak patung dah tentu kena buang dalam tong sampah. hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, agak membantu. tapi segan plak nak panggil org lipat baju.

      hahahaaa.. lawak je. selamat le dia anak ye.

      Delete
  13. rajin cuci lipat kureng.main gantung je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, ciksu kureng rajin melipat baju dimaafkan. saye faham tu.

      Delete
  14. hangerkan je lyd..sangkut je kat penyidai..baju tak kedut, masa tak terbazir...haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak cukup ruang nak menggantung la wei. Itu pun satu bilik dah guna untuk jadi wardrobe kami sekeluarga.

      Delete
  15. Saya sejak muda ada sifat perut rasa semak kalau nampak pakaian bersepah. Kalau nak pi kerja tengok pakaian bersepah, duduk di tempat kerja pun teringat-ingat rumah. Yang paling lucu bila dah kawin isteri selalu mengambil kesempatan atas kelemahan ini dan akhirnya sayalah yang kena melipatnya sendiri...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JR ternyata suami mithali. Wife JR mmg bijaksana. kalau saya pun akan buat perkara yang sama. eheheh.. mesti cantik lipatan baju jr ni.

      Delete
  16. aku tolong wife aku basuh ngan lipat baju. sbb wife aku buat keje rumah yg laen. kesian lak aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la ko tolong. actually tugas2 laundry ni pun asben aku yg banyak bantu. kalo tidak, mmg lagi disaster la umah aku.

      Delete
  17. Asal orang nampak ada peluang perniagaan dekat situ, laju jela buat servis macam tu kan. Hehe. Ala.. Lipat je macam mana pun. Nanti nak pakai jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, betul la tu awak. Prinsip tu la yg akak tengah praktikkan sekarang. Lipat je la cemana pun, nanti nak pakai jugak.

      Delete
  18. amboi bukan main kemas lagi Lyd... KA bab2 ni palg ler malas sekali, sampai kdg2 siap upah anak2 dara buat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekemasan ni ada pasang surutnya KA. Heheh. Bila ada banyak masa dan Vitamin R yang berlebihan boleh le jadi kemas gini.

      Delete
  19. Ha'ah Lyd, hari tu ada nampak ads tergantung kat lampu isyarat. Ish, tak kuasa I nak hire orang lipat baju tau! Kita ni rupanya sama ya Lyd. Jiwa kacau bilau sengal jadinya bila tengok lipatan baju tak cukup tajam. Tapi kalau nak seperfect itu, memanglah kena ada banyak wonderpets apatah lagi kalau ada anak-anak level ustaz sejak lahir ni. Bernanah rasanya bila kena selongkar balik. Tapi rasanya saya baik sikit ler dari awak Lyd. Saya lipat baju dengan penuh kesopanan ala-ala perempuan Inggeris setiap malam...sebakul banyaknya sebab peraturan dalam rumah baju kalau dah kena tubuh badan haruslah campak masuk dalam bakul baju kotor, Mommy nak basuh! Sendiri cari pasal ler, bukan salah orang lain pun ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD mmg wonderpet, sbb tu la kena raajin lipat tiap2 malam. Heheh... Anak2 level ustad ni memang, kalo nak dimarah kang rasa mcm terlalu comel bila dia buat muka innesen sebab dia tak faham pun yg mama tgh marah, dia ingat mama tgh rapping lagu Ice Ice Baby.

      Delete
  20. Benda plg rin xsuka lipat bju..
    Nsb rin xd la sedetail mcm lyd lipat baju..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rin, itu dulu je lipat detail2. Skrg mekasih je la. Lipat asal boleh je dah ni.

      Delete
  21. oh ye ke ada perkhidmatan tolong lipat baju ni...ada ke yang hantar...samlah kak, hari minggu jerlah boleh lipat kain baju bak gunung kinabalu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ema. cayolah cakap den. ema kira okay lagi kalau gunung kinabalu. akak punya timbunan kain dah macam mont blanc.

      Delete
  22. Nsb baik ada dua anak dara yg rajin menolong. Yg lelaki pun sama kecuali aus la blm lg. Kalau srg ni melipat x mcm akak lipat bj mmg ada drama meragam la sikit. Yg lg dua tu asal blh je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung kak sal ada anak dara. dah makin boleh diharap dah dua beradik tu ye..

      Delete
  23. detailnya lipat baju semetri apa mak nenek..sy masa bujang mak yg lipatkan.haha dah kawen asal tolong mak mertua lipat,adik2 ipar lipat semula..tak ke bengang..aaknya sy ni melipt buruk sgt rupanya..mmg buat asal boleh ja..:)

    sy mengaku sy malas lipat baju..takde masa jugak sebenarnya..dh 3 kli basuh,baju masih menimbun..nk pakai sila ambik dekat kawasan longgokan..amanat utk aiman n en suami.huhu

    biasanya akan lipat baju Afia dan hangerkan baju kerja..baju harian tggu kerajinan melampau baru lipat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang ke kita ni puan kutu. baju yang disangkut tu kira membantu jugak mengurangkan timbunan gunung tu. mcm saya, baju kurung, kemeja suami dan t shirt berkolar akan di hangerkan.baju lain kena la lipat mcm t shirt, towel, cadar, sarung bantal dan baju2 luth.

      Delete
  24. Itu baru satu anak, haha, belum tambah anak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... tau takpe. kena pikir panjang ni kalau nak tambah anak.

      Delete
  25. time nak iron baju paling malas. kerja lipat ni pun kadang-kadang je buat. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenkali awk kena beli baju yg jenis kain dia tak yah iron. jimat masa.

      Delete
  26. Kat kajang ada service ni. Kerja lipat baju adalah paling iols tak suka. Kekadang jadi gunung kinabalu dibuatnya bila kemalasan tahap dewa datang...hahaha...Nak melipat pon kena tunggu anak2 tido. Kalau tak, memang mengacau jer lah. Lagi jadi lambat.

    Lagi tambah stress smalam. Baju yg dah berlipat tak sempat ltak dalam almari. Masa tgh solat bley plak si kecik tu dok punggah. Habis suma baju. Tak khusyuk solat haku...ppfffftttt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira okay la fiza tak suka lipat baju je. saya ni semua kerja rumah saya tak suka buat, paling tak suka, menyapu dan mengemop. hahah.. iorn baju pon kurang suka, basuh baju pun tak suka. basuh pinggan pun tak suka. aihh dah tu apa benda je keja yg saya buat ni kat umah. hehhe.. tak suka tapi still kena buat kan.

      adoii... stressnye baca. hahaha... kena la lipat balik.

      Delete
  27. saya ada baju yg hang, ada baju yg lipat. tapi baju luth semua lipat la. diana mmg terbaik, sbb semua dihangerkan.

    ReplyDelete
  28. Memandangkan skang dah tak kerja...itulah sebahagian kerja asasinya....paling lemah lipat baju bujang berdua tu sbb tau kejap je..pastu habis tunggang langgang laci tu...nak cari baju favorite

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w