Sejahteralah ke atas kamu...
Meh sini aku bagi briefing sikit pasal Dajjal.
Bila cerita pasal Dajjal dan fitnahnya... aku selalu je rasa macam, "aku yakin, takkan terpedaya dengan fitnah Dajjal". Iman kuat sangat doh ni aku ghase. Tapi ustazah Suraya* kata, Dajjal tu kalau keluar2 je terus mata ada sebelah dan kat dahi ada tulis hurup 'ka fa rho', confirm la kita boleh buat pilihan bijak di tangan kita.
Masa-elahnya sekarang ni, Dajjal tu.... di awal kemunculannya, dia berpenampilan menarik. Maksudnya dia normal. Muka dia encem ke tidok tu tak tahuk la. Yang pasti dia ni akan banyak membantu semua manusia di muka bumi ni. Segala keperluan manusia dipenuhi. Sampai tahap..... bila dia mengaku yang dia adalah Tuhan, baru la Allah akan burukkan rupa dia. Mata dia jadi buruk sebelah dan hanya tinggal sebelah. Tapi waktu wajahnya sudah diburukkan itu, manusia dah ramai yg termakan budi dan pertolongan Dajjal ni [sebab dia sangat berkuasa]. Maka ramai yang akan percaya bahawa dia itu memang Tuhan. Nauzubillah.. takutnya aku rasa.
Menurut Ustajah Suraya lagi, Allah telah memberikan kelebihan kepada Dajjal dengan memanjangkan usianya. Menurut riwayat, Dajjal itu sendiri telah wujud sejak zaman nabi lagi. Huuwaa... dah tu cemana. Berapa ribu tahun dah umur dia?
Rasulullah pernah bersabda menyuruh umatnya membaca surah Al Kahfi bagi melindungi kita daripada fitnah Dajjal. Aku ni bukanlah nak melawan, aku cuma bertanya je sebab aku tak tahu maka aku tanya. Soalan aku pada Ustazah, "Kenapa dalam banyak-banyak surah di dalam Al Quran, Surah Al Kahfi yang Nabi suruh kita baca untuk mengelakkan fitnah Dajjal ni? Kenapa bukan surah-surah lain? Sedangkan bila dibaca terjemahan ayat 1-10 dalam surah Al Kahfi tu, macam tiada perkaitan pun dengan ke'Dajjal'an. Sepuluh ayat terakhir dalam Surah Al-Kahfi juga seperti tiada perkaitan sangat dengan Dajjal.". Itu soalan aku. Maka ustazah dah jawab dan aku rasa make sense juga jawapan ustajah. Maka pueh la hati den. Alhamdulillah.
Sumber |
So, korang rasa siapa Dajjal tu sebenarnya? Satu masa nanti.... bila musim kemarau makin berpanjangan..... bila waktu itu, pertanian akan lumpuh, maka secara tak langsung sumber makanan kita pun semakin susut, kita dah kebuluran sebab tak makan dah sebulan, waktu itu bila si Dajjal muncul dengan mempelawa kita nasik lauk ikan singgang, tak ke kita rasa macam nak menyanyi intro lagu Cik Mek Molek macam M Daud Kilau sambil bergelek pakai baju blink blink? Masa tu belum tentu kita begitu kuat untuk menolak godaan itu walaupun sekarang kita rasa kita pasti takkan terpedaya. Kalau kail panjang sedepa sekalipun, jangan la Lautan Hindi hendak diduga hokey. Jangan pandang sinis dengan ketibaan zaman sukar itu nanti. Mungkin kita sempat rasa, tapi harap2 tak sempat rasa la. So, untuk melatih diri kita supaya dapat bertahan apabila tiba waktu sukar tu, ayuhlah kita berpuasa pada setiap Isnin dan Khamis. Dapat berlatih rasa lapar.
Kata ustajah lagi, Dajjal ni kalau kita masih berupaya untuk menilai, dia sentiasa akan memberi habuan 'keduniaan' kepada kita. Semuanya berunsurkan duniawi je. Salah satu contohnya rasuah. Riba. Keseronokan dunia. Hiburan. Semuanya yang boleh membuatkan manusia rasa seronok is type of keropok. Persoalan yang bermain polis sentri dalam kepala aku ialah.... Mampu ke aku ni?
Entry aku ni pun ntah-ntah Dajjal baca. [Dah kalau dia hidup beribu-ribu tahun, tentu la dia adalah makhluk yang paling genius dan full of experience di dalam dunia ni. Jadi, mestilah dia boleh fahang bahase melayu.]. Then, ini je la yang aku nak kongsi dengan korangs today.
*Ustazah Suraya ialah pendakwah yang selalu dijemput untuk memberi kuliah muslimah di Esesem.
Kejahatan Dajjal yg utama ialah fitnahnya....sila rujuk definisi 'fitnah' ini kerana 'fitnah' ini bukan macam mengumpat menipu gitu...ia lebih daripada itu...
ReplyDeleteTq for sharing ek..menakutkan je bila baca
ReplyDeleteLyd, kalau cerita pasal dajal memang menakutkan.
ReplyDeleteUstaz kata, dajal tak disebut dlm quran sb allah murka sgt dia.
Betul, kalau hodoh sapa nk percaya tp allah bg mcm2 kelebihan kat dia tu yg buat manusia sesat.
Minta allah pendekan nyawa sblm datangnya dajal.
Suka entry ni.
suka entry ni...peringatan untuk diri sendiri juga...
ReplyDeleteKemunculan dajjal jugak tanda akhir zaman..nabi isa akan turun kebumi tuk menghapuskan sidajjal kan..harap2 pun bukanlah zaman kita..krn itu tanda dah dekatsangatdah tuh
ReplyDeleteManusia berperangai dajal agaknya lebih ramai bilangannya dari Dajjal yang disebut dalam hadis itu sendiri, sebab itulah dunia sentiasa huru hara.....
ReplyDeleteLyd..insaf ni..tp semenjak dua menjak ni selalu dok teringat2 tentang akhir zaman ni..smg kita x sempat lalui zaman dajjal tu..takutnya..Ya Allah,selamatkan kami semua dr fitnah dajjal..amin..
ReplyDeleteSaya baca alkahfi malam/hari jumaat pun tak siap2. Apa lagi lah nak hafal.
ReplyDeleteTapi mmg dah byk kali dgr agamawan ckp, so..jangan amik ringan, kena cuba hafal dan baca (malam ni dah boleh start).
Lyd, jap nak keluar tajuk - you kat Esesem rupanya ya! Awat tak habaq (cam la dia kerja kat situ-situ gak) Sebenarnya confused, ingatkan you kat Putar-jaya ler selama nih!
ReplyDeleteOk, nak tanya jap...apa yang ustazah jawab bila you tanya soalan pasal surah Al Kahfi tu, naklah tahu ke perenggan-perenggan seterusnya tu adalah separa dari jawapan ustazah? I is confused little-little.
Ish, memanglah takut dengan Dajjal ni. Kalau boleh detect 1000 km sebelum sampai, senanglah cerita. Ini bergantung pada kuat ke tidak iman juga ya tak...Memang excellent perumpamaan yang diberi, kalau kail panjang berdepa-depa, janganlah Lautan Hindi nak diduga bagai...memang saja je nak suruh Dajjal cari kita dulu. Memang naya! Nauzubillah, takut bila ingatkan pasal akhir zaman ni!
Takutnya bila membaca kisah dajjal.Semoga iman kita kuat daripada pengaruh dajjal.
ReplyDeletenak tahu jawapan dari ustajah suraya yg lyd tnya tu, boleh?
ReplyDeletekalau boleh, nak la face to face.. inshaa Allah, kalau tiada aral melintang time ambik barang nanti, nak..hihihi
mee rebus tu ghope gitew je le.. klau hj wahid punya special la sikit..
a’aa..mb malaysia punya brand..
yg NSK tu buat kad mcm kat tesco, care4, JJ jugak la.. tapi dia x kumpul mata. terus tolak ikut harga ahli.. murah la juga..
kalau sy suka cicah donut dgn cili sos.. hahaa..pelikkan tapi mmg layan :)
pandai lyd tanya.hri ni dh genap sebulan cik abe balik.dh habs dh kusus. tamat 17/3 hri tu
terima kasih perkongsian ni sis...
ReplyDeletetp betol ke dajal ni masa awal2 die dimuka bumi ni die menjadi sesuatu yg berppengaruh dalam islam sebelum dieorang ni menjahanamkan islam...
Babe...apa jawapan ustajah tu?
ReplyDeleteMemang scary bila dengar citer pasal dajjal ni. Jom kita hafal surah al-kahfi.
info menarik ni.. bab2 dajjal ni paling anak2 suka bila bercerita kat rumah !
ReplyDeletecerita pasal dajjal ni memang menakutkan..sebab rupanya yg paling utama..sebenarnya benda lagi menakutkan ialah cmna dajjal tu sendiri yg menyesatkan kita kan.Nauzubillah
ReplyDeleteBerdoa tdk hdp di zaman dajjal dan dipermudahkan urusan kita semua dlm mengharunginya.
ReplyDeletewalaupun kita dah tau psl dajjal ni, belum tentu kita dapat menangani nyer.
ReplyDelete