Skip to main content

Excited Dapat Beli Baju Murah

Sejahteralah ke atas kamu....

Si bakhil macam aku ni kalau dapat beli baju atau barang murah memang rasa nak buat chicken dance kat kedai tu jugak. Lebih-lebih lagi bila baju tu santekkkk dan best sangat.

Tapi percayalah.... barang murah biasanya memang kurang kualiti. Dalam waktu terdekat ni, aku dah terbeli 2 baju murah. Satu maxi dress aku yang aku beli dgn rege RM49 je. Aku rasa bangga sangat masa dapat beli baju tu dengan harga yang lebih murah. Sbb  aku tengok kat tenet, harga orang jual online lagi mahal macam RM60 ke atas. Waktu itu aku rasa itu la pencapaian terbaik aku seumur hidup. Pfftt... 

Baju kedua pulak baju Luth. T-Shirt yang ada label Disney tapi kat depan tulis GAP. Dah tu mana satu brand ko nih? Disney ke GAP? See, nampak tak kecelaruan identity pada baju murah ni. Jenama sendiri pun dah tak dapat kenalpasti.  Harga dia lapan hingget je. Kawan aku beli baju yang sama utk anak dia, tapi kaler lain lagi murah, lime hingget je.

Dua-dua baju nihhhhh.... Lepas 2 kali basuh dah rabak. Huuuwaaa.... 

Baju Luth aku boleh le jugak jahit lagi, tapi maxi dress aku tu memang takleh nak buat apa sebab complicated skit. [ngaku je la aku memang tak reti menjahit kan?]. Jadi, maxi dress tu akan masukkan dalam senarai menunggu untuk di'alter' menjadi baju lain. Maxi! Mu tunggu aku alter!



Fabric baju ni memang sedap, nipis dan tak berbulu. Cuma silapnya jahitan tepi tu kena sikit je pada jahitan cantuman tu. Kudukut!


So, kesimpulannya, kalo nak beli baju murah tu, belek dia kena lebih skit. Kalo yang mahal yang betul2 branded tu biasanya memang kualiti terjamin dan kita tak perlu risau sgt, hanya perlu risau sikit je la. Sebab kadang2 untung nasib kita membeli baju ni pun kita tak tau jugak kan. Tapi tu la. Macam aku cakap le, kena belek lebih sikit la tengok jahitan cemana. Ok, tu je la. Kupai.

Comments

  1. ala sygnya..kain nmpk elok lg tp cuma jahitan tepi tue je..pemilihan baju utk anak2 kdg2 susah jgk..beli yg branded pun..pakai sekali je dh xmuat huhuhuhu..itu yg jd pd azie, beli gaun aqiqah utk Qisya..masa 2 bulan cantik ja pakai..sekali nk pakai pulak dh xmuat..padahal saiz smp 6bulan..sobbb cpt sgt membesar, terasa rugi disitu bila beli mahal2..

    ReplyDelete
  2. biaselah itu cari baju murah...sesuaikan dengan keadaan kewangan. lagipun budak-budak cepat membesar, kena selalu beli baju baru...kalau ambik jenama disney ori memanjang memang keringlah jawabnye.........

    ReplyDelete
  3. Betul tu lyd. Ikut nasib gak. Kekadang beli baju mahal, kualiti hampeh, kekadang baju murah, lagi high kualiti. Kena pandai memilih. dan membelek...hehehe...

    ReplyDelete
  4. SA pun ada gak beli baju murah..paling murah RM25 tp sedap pakai...asyik kena jahit je la baju tuh kalau terkoyak kat jahitan penetas tuh...hehehehee

    ReplyDelete
  5. Sekarang banyak pulak pasaraya kat sini jual harga murah...area sini pasaraya MM..baju budak2 mmg murah..tapi kualiti kalau basuh ngan mesin mmg cepat rosak...hehehe

    ReplyDelete
  6. sebab tulah ada peribahasa mng membeli alah memakai hehehe

    ReplyDelete
  7. ehh kite dalam kategori yang same..bakhil..hahaha.bleh je nak beli baju murah tapi kena check lua dalam..ade baju murah yg kualiti pon thorbaekkk :)

    ReplyDelete
  8. Sebab tu ada peribahasa melayu dulu-dulu..alah membeli,menang memakai..betoi x?hehe

    ReplyDelete
  9. Takpe. Terkoyak sikit macam tu still bole repair lagi dengan jahit sikit-sikit. Saya pun rajin jugak mencari baju-baju murah untuk anak-anak ni. Bukan apa, jimat sikit belanja sebab budak-budak ni badannya cepat membesar. Beli mahal-mahal kang pakainya kejap je.

    ReplyDelete
  10. Saya kalau beli pakaian untuk diri berdasarkan sedap dipakai dan sedap mata saya memandang. Tak kisah sangat walaupun harga murah ke tak murah ke. Tapi berdasarkan pengalaman tak semua pakaian murah low quality, ada yang boleh pakai sampai lusuh....

    ReplyDelete
  11. Mujur murah...takde sakit ati.

    Mujur gak Lyd ni pandai bab alter..kalau saya, mmg terus bg org lainlah jawabnya!

    ReplyDelete
  12. Ada masanya, peribahasa Alah Membeli Menang Memakai tu memang relevan kan? hihihih

    ReplyDelete
  13. erm... biasalah tu, sayapun camtu jugak.. hehehe..
    nak jimat punya pasal dah kena jadi rajin menjahit pulak :P

    ha, sebut pasal jahit.."Ya Allah, Lyd... Thanks sangat2 sebab sudi hadiahkan saya alas baby ngan bantal tu.. comel sangat.. awak memang pandai menjahit... my hubby cakap, awak cam tau2 jer kami dapat baby boy memang sesuai sangat warnanya.. scan aritu doktor cakap baby boy.. terima kasih sekali lagi.. terharu sangat.."

    ReplyDelete
  14. saya suka bli baju murah, janji cantik even saya tau tak boleh bertahan lama macam baju mahal.bila baju murah, lebih banyak saya blh bli hehe

    ReplyDelete
  15. saya banyak baju mcm ni.selalunya guna sekali dua, lepas tu dah =_=.
    hehe ;)

    tapi kalau yang da koyak sikit2 tu, guna untuk main futsal, atau masa workout je la. sayang pulak kalau xpkai dah. paling2 pon guna as baju tido...hehe ;D

    ReplyDelete
  16. Alahai sayangnya... rugi RM49+RM8. Berapa ek? Malas otak I ni nak main kira-kira! Dah namanya murah kenalah redha dengan kualitinya, Lyd. Tapi takpa. At least bolehlah juga melaram sekali, dua sebelum rabak. Yang maxi dress tu agak-agaknya boleh dialter jadi blouse tak? Mu kan pandai part cantum mencantum, jahit menjahit ni...takkanlah tak leh nak ukur baju di badan sendiri :)

    ReplyDelete
  17. benda murah klu dah rabak pun takdelah ralat sgt..tu klu sy la.hehe..sy biasa klu beli yg murah2 ni carik yg less..baju tu yg harganya mmg mahal sikit tp dah less jadi murah gila..takpelah bak kata lyd untung nasib membeli ni kita tak tau..mungkin takde rezeki dengan maxi dress..nasib berkebolehan dalam alter..semoga selamat menjadi blouse dan boleh dipakai semula..:)

    ReplyDelete
  18. Betul la tu. Klw beli brg murah ni kureng sikit la kualitinya. Tp kalau beli yg mahal pun ada gak yg kureng.

    ReplyDelete
  19. Hmmm murah gak RM49, jarang nak dapat rege gitu, kena rajin survey2 atau beli masa tengah less :)

    ReplyDelete
  20. biasanya gitulah..ingat anak2 kecik beli baju murah jerlah sbb pakai kejap kan..tp hampeh mmg tak tahan lama jgk materialnya..

    ReplyDelete
  21. sayangkan.
    buka apa kalau baju anak2 bli mahal2 nti cepat membesar. pon sayang juga.xlist dh puas pakai la kan

    saya mmg suka belek tang jahitan walaupon x da la pandei mana menjahit. hihi

    ReplyDelete
  22. ala kalau yang mahal sekali pun, kadang2 ada berlaku kemalangan jahitan terbias gitu jugak.. errrr terbias? terebis? apa nama nya...

    ReplyDelete
  23. ada gak baju murah yang tahan lama. tp mgkn sekarang ni payah sket nak cari.

    ReplyDelete
  24. Stkt beli bj murah ok je. Blh pakai lm. Utk bdk2 ni la. Sbb cpt besar kan. Bj raya la br yg brand skt. Tp bj basah mmg x la. Bkn kedekut tp blh dpt byk. Hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w