Iklan! Iklan! Sila Click!

24 March 2014

Wajahnya Ke'arab'an

Sejahteralah ke atas kamu....

Suami aku si Mat Azghul ni dia ada sorang kenalan. Kenalan yang dia dapat masa jaga kedai, kira macam customer dia la. Lelaki tu ialah pemain bola sepak Selangor, import punye. Apa ntah nama dia, Dawood kot. Pemain kulit hitam. Aku pun tak siasat dari Nigeria ke, Zambia ke, Mozambique ke dari mana. [Sekarang dah tak main utk Selangor dah, tamat kontrak.]

Ada sekali tu, Mat Azghul cerita, dia gi solat kat Masjid Negeri Shah Alam. Pastu dia nampak la si Dawood Sulaiman Ilyas Ilyasak Yunus Zakaria Yahya Isa ni. Dia tegur Dawood, sekali Dawood buat tak tahuk je. Hahahaha... Sedih plak aku dengar. Pastu Mat Azghul beriya perkenalkan diri, [cakap omputish la ni, tapi aku translate kan aje ye.] "Awak tak kenal saya? Saya Azrul". Pastu Dawood tenung je muka dia then baru dia kenal. "Ye...ye... saya ingat. Awak yang kat kedai Celcom tu kan..... [ni the best part... rugi tak baca], saya tak perasan tadi, sebab saya sangkakan awak ni lelaki Arab, sebab tu saya buat tak tahuk je". Muahahahah....

Setat daripada ari tu, memang dia selalu kena menganjeng dengan aku pasal ke'arab'an dia tu. Kalau pasal rupa, aku selalu je nak buat-buat ayat sentap terutamanya kalau melibatkan Luth. Luth ni untuk pengetahuan hadirin dan hadirat sekelian, muka dia memang photostet muka Melayu Bugis aku 100% [okay sebenarnya bila masa plak aku ni Bugis. Fiksyen semata]. Takde sipi pun muka ke'arab'an papa dia. Kulit lagi la. Memang kulit aku. Tak ikut papa dia langsung. Ternyata genetic aku terlalu mendominasi Luth.

Mat Azghul ni, dia suka makan nasik arab. Aku plak tak suka sangat makanan belah-belah timur tengah ni. Aku suka makanan Jepun, Chinese food dan Western. Aku bajet kalo aku makan makanan Jepun kot-kot perangai aku jadi berdisiplin macam orang Jepun. Hahaha... Sikit pun tak sangkut. 

Oleh sebab suami suka nasi arab, walaupun aku tak suka sangat, aku ada beli set nasi Arab segera daripada blogger MyraJay. 3 kotak aku beli. Nasi Mandy, Nasi Khabsa dan Nasi Maqluba. Mula-mula aku masak nasi Maqluba, beriya-iya dia makan sambil puji sepanjang makan tu sedapnya sedapnya. Biasa kalo nasi biasa dia memang akan puji tapi takde la sampai tahap berzikir macam tu. Then, kali kedua aku masak nasi Khabsa... Dia puji gak. Pastu dia kata dia rasa dia memang ada darah keturunan arab la. Sebab nasi arab tu dia rasa memang dia suka sangat. Pastu aku terus je jawab, "Haah la. Ntah-ntah bubi ni keturunan Rasulullah kot"... Bengang dia........

Tidok le ke'arab'an sangat. Tapi ada la sikit2 je. Hehe.

26 comments:

  1. Sampai hati dok ngutuk laki dia...So, nama penuh Mat Azghul ni sepatutnya ada Sheikh ke Syed ler kat depan tu? Hahaha....biarlah dia nak perasan sikit. Bukan banyak pun, sikit aje... ni mesti jeles laki dia ada darah Arab tapi dia pure malay nih :)
    Kalau suka makan nasi Arab ada kemungkinan berdarah Arab (walaupun zaman tok nenek moyang dulu) makanya kalau suka makan tempe.... memang ada darah JAWA lah yek? Aduh.... takpa, takpa... saya ngaku ajelah saya keturunan campuran Melayu-Jawa. Campuran gak apa ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, sepatutnya kena letak Syeikh la nama dia. Bukan kutuk pun, kutuk sikit je. Hakhak. Ada la jeles jgk skit MD.

      Yang ni rasanya setuju. Saya suka tempe. Rasanya mungkin ada juga keturunan Jawa ni dalam darah ni.

      Delete
  2. Replies
    1. didi, ooo didi,.... bangun..bangun... ni apa baring kat depan pintu pagar ni...

      Delete
  3. cer check...mana tau betul ada pertalian darah.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkeh... Nak start dari mana pun dah tak tau. Lost susur galur ni.

      Delete
  4. lebih hensem dari orang arab kot!!!
    suami akak badan besar jadi selalu jadi kalau gi kedai yang selalu wish kalau orang masuk kedai dia..
    wish untuk akak biasanyer selamat pagi atau apaler.. suami akak jalan jauh sikit mesti wish dia jadi cam good morning sir.. ha.. ha.. nampak sangatkan.. bukan badan orang asia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww... Pujian ni kalau dia baca mesti dia terharu kak. Heheh.. suami akak pun org ingat bangsa asing ye.

      Delete
  5. Replies
    1. Heheh... tersipu la dia kalo dia baca komen rin ni.

      Delete
  6. hihihihi pepagi buto buat aku senak perut gelak. Orang melayu kita mana ada yang pure melayu 100% pun, tak banyak, sikit wajib ada campur darah lain. Nama Azghul pun dah macam nama arab sains fiksen jugak. hehe

    About penkek: sour cream tu lebih kurang macam yoghurt, boleh substitute ngan cream or tak letak langsung pun takper.
    ke-2, stoberi tu lagi murah dari papaya ok. sekotak tu baru 4€ and very good quality takleh simpan lama sebab kekonon bio sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama dia macam Nazghul dlm citer the lord of the ring kan? Hahah...

      Okay, lagi senang tak letak apa2 la kalau gitu. Letak yogurt boleh la kot.

      Delete
  7. ada ler sikit2 kearaban tu , tp luth serius kopi wajah umminyer hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang KA. Kopipes muka mama dia. Anak mama sangat dia tu.

      Delete
  8. haha ada la rupa arab tu..kulit pun putih..tak baik nganjingkan suami sendiri tau..luth tak ikut muka arab pn takpe,boy klu kulit gelap sikit baru macho.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... menganjeng pastu mintak maaf semula. pastu buat lagi. hehehe. Kulit tu takpe lagi, lubang idung pun ikut mama. Tapi bersyukur sebab anak sihat dan sempurna.

      Delete
  9. xpe nti anak pempuan pulak lps ni ikut muka papa dia hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Harap2 anak perempuan nanti kalau ada rezeki ikut la muka papa dia sebijik jangan ada sipi pun muka mama.

      Delete
  10. Aku bajet kalo aku makan makanan Jepun kot-kot perangai aku jadi berdisiplin macam orang Jepun. Hahaha... Sikit pun tak sangkut. ---> kalau suka makan tempe mesti pakai speaking jawa tapi tak pulak.. kehkehkeh..

    Biasa kalo nasi biasa dia memang akan puji tapi takde la sampai tahap berzikir macam tu. ---> memang sempoi ayat ni.. nak pinjam ek ayat ni.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... sila-sila pinjam. Saya pun pinjam ayat org jugak.

      Delete
  11. Betullah lyd luth mmg ikut muka mama dia...hehhe,,bagus anak laki kalu ikut mak..:)
    papa luth tuh ade jugaklah arabnya tuh..cuba simpan janggut jambang..mesti sidawood tuh terus cakap arab ngan dia..:)

    ReplyDelete
  12. Ada lah nampak muka ke'arabian dia tu sket dgn berjubahnya ☺

    ReplyDelete
  13. Salam sayang...
    Nama dia Dawood Nicoise (France), player import Selangor PKNS tahun 2012.Skrg tak tau dia kat mana.Maybe da main kat kelab luar Msia kot.

    ReplyDelete
  14. sabor je la dgn kamu lyd. sian kat mat azghul tu. tapi ada la iras arab juga.ke org bigis ni tak leh tima kenyataan yg mat azghul ada darah arab.kehkehkeh

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...