Iklan! Iklan! Sila Click!

12 March 2014

MH370 Tanda-tanda Tanya Yang Bermain Di Fikiran

Sejahteralah ke atas kamu...

Ini bukan spekulasi ye, harap maaf. Apa yang aku nyatakan di sini hanyalah persoalan yang berlegar-legar di fikiran aku selama kehilangan MH370.

Tanda tanya 1 : 
Kapal terbang boleh hilang dari radar jika terbang rendah. 
~  Agak konsisten dengan 4 laporan polis yang telah dibuat oleh rakyat tempatan, salah seorang daripadanya ialah seorang nelayan yang mendakwa ternampak cahaya terang yang menghala ke arah 'berlainan' daripada biasa dengan ketinggian yang 'lebih rendah' daripada biasa [cahaya terang ini katanya berwarna putih yang lebih bermaksud kepada lampu kapal terbang, bukan letupan]. Kalau rendah memang radar tak dapat kesan la kan. At this point, kalau betul ada kecemasan seperti kegagalan teknikal MUSTAHIL captain Zaharie tidak berusaha untuk memberikan sebarang Mayday call. Even kalau dia tetiba diserang sakit jantung sekalipun, co-pilot kan ada. Pasti akan minta bantuan. TAPI.... Tiada makluman kecemasan yang diberikan. Misteri kan?

Kelantan police receive four reports related to missing MH370 – Bernama



Tanda Tanya 2 :
Sidang Media Yang Tak Memberi Jawapan Pun
~  Aku memang tak salahkan pihak yang berwajib tu, mungkin mereka pun tak tahu. Menteri pun mungkin tak tahu juga apa sebenarnya yang terjadi. Tapi, agak memeningkan kepala bila hari ni buat press conference untuk beri petunjuk baru seperti tumpahan minyak, esok buat press conference untuk bagitau tumpahan minyak itu bukan milik MH370. Hari ni buat press conference untuk bagitau jumpa serpihan yang dipercayai pintu pesawat, bila siasat2, esoknya buat PC untuk bagitau yang itu bukan milik pesawat MH370. Dan most of the time, PC tak banyak memberi info terbaru pun. Sekadar 'Nothing Is Confirm' dan 'we are looking into that'. Penat betul nak tunggu. Again, aku jelaskan yang aku tak salahkan pihak berkuasa tu, cuma aku rasa seperti dipermainkan secara emosi bila menunggu-nunggu berita terkini yang sebenarnya tak terkini pun. Huhu. Ko bayangkan kalo kita yang tak bersaudara dengan penumpang pun rasa menyirap, apa pulak keluarga mangsa yang berharap dengan sepenuh hati untuk tahu berita, tetiba dapat jawapan yang tak membantu. Sian kat dierang. Sian jugak kat Menteri sebab terpaksa buat gak PC walaupun tak tau nak jawab apa sebab dia sendiri takde jawapan.


Tanda Tanya 3 :
Pengguna Pasport Palsu
~  Yang ni memang aku puji la. Hanya melalui rakaman CCTV sewaktu nak check-in, individu yang menggunakan passport palsu yang kononnya rakyat Austria dan Itali, boleh dikenalpasti sebagai rakyat Iran yang bernama Pouria Nour Mohammad Mehrdad berusia 19 tahun dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Memang cekap la penyiasat yang menyiasat tu mencari identiti penyamar tu. Pepeperghh.. katanya, tiket untuk Pouria ni dibeli oleh travel agent untuk kawan kepada Pouria yang bernama 'Mr Ali'. Mr Ali pula membeli tiket itu bagi pihak kepada 2 warga Iran yang menggunakan passport palsu tersebut. Maklumat tentang ini kebetulan dapat disiasat kerana ibu Pouria yang menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui kenapa anak beliau tak sampai ke Jerman dari Malaysia. Persoalannya..... Cemana bleh cuai sangat ni, passport palsu boleh lepas. Mungkin dah banyak dah yang terlepas sebelum ni.



Tanda Tanya 4 :
~  Menurut berita yang aku baca daripada Berita Harian, ada yang mendakwa terdengar bunyi dentuman kuat daripada laut dan ada yang nampak cahaya berwarna kekuningan dalam bentuk membulat selama setengah jam sebelum cahaya itu hilang dilindungi awan. [Meletupkah? Ada kaitan dengan MH370 kah?]



Tanda Tanya 5 :
~  Menurut pakar yang menyiasat, mereka yakin MH370 yang hilang beberapa hari lalu, akan temui. Mereka lebih pakar, mereka lebih tahu apa yang mereka kata. Tapi keyakinan mereka itu agak mencurigakan. Kenapa yakin? Adakaah mereka tahu sesuatu? Aku harap sangat agar misteri kehilangan MH370 ni tidak berkaitan dengan sebarang propaganda 'the hidden hand' yang sanggup memanipulasi keselamatan penumpang yang tidak berdosa, juga memainkan emosi setiap ahli keluarga yang terlibat juga mempersendakan perasaan setiap orang yang urut beremosi tentang kejadian ini. Aku harap la. Sangat berharap semuanya bukan dirancang oleh orang jahat yang mempunyai niat jahat terhadap keamanan negara kita. [lagi sekali aku tegaskan yang ini bukan spekulasi].


Tanda Tanya 6 :
Kegunaan Bubu Selain Daripada Untuk Menangkap Ikan....
~  Siapa yang panggil bomoh tu? Waktu decide nak panggil bomoh ni tak fikir ke persepsi negara lain tentang Islam. Kata Malaysia ni negara Islam. Tak fikir ke kesan terhadap umat Malaysia ni, andaikata la.... takdir Allah selepas teropong guna bubu tu MH370 betul2 betul ditemui..... Berapa ramai orang-orang dungu yang akan booking tok moh tersebut untuk meneruskan hajat yang tak kesampaian? Sedangkan tanpa sebarang bukti yang cara itu berkesan pun dah ramai yang guna, inikan pula 'terbukti'.

*nyawa dan perasaan orang lain adalah sangat tidak berharga terhadap segelintir manusia lain yang mempunyai kuasa terbesar dunia. Jadi, segalanya mungkin.... huhu...

Maaf kalau tersilap kata.




32 comments:

  1. Selagi MH370 tak dijumpai, selagi tu lah macam2 cerita dan macam2 spekulasi. Tak tau lah mana satu yg betul nih,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekalipun dah jumpa pun nanti, spekulasi tetap akan ada jugak. Kita ni mmg takkan tau yg mana betul, mana salah.

      Delete
  2. Tula tuh..naik nyampah tgok pc yg lgsg xmmbntu pun jawapanya..asik berbalik pd isu yg sama je..pihak imigresen mmg ada kelemahan dlm bab nk konfemkan penggunaan paspot palsu tu..smlm bos besar dia ada bgthu ms kt pc..masalah jgk tu kan..tp rin pecaya yg 2 iranian tu bkn org jht..derang ni jz nk berhijrah ke jerman dr iran sbb suaka politik.jerman undang2 dia ketat utk msk negara dia..tu sbb mgknla dua iraniab tu guna paspot palsu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat kan tunggu pc last2 tak dpt jawapan. Tu la, rasanya macam bukan penjahat jgk org iran tu, sbb dia main beli yang mana murah je tiket tu. Takde amik detail siapa pun yg naik flight tu.

      Delete
  3. "kalau betul ada kecemasan seperti kegagalan teknikal MUSTAHIL captain Zaharie tidak berusaha untuk memberikan sebarang Mayday call" - Tak mustahil if system rosak semua since mengikut pakar, ianya boleh diturn off (secara sengaja n tidak sengaja)

    ReplyDelete
  4. Saya baca ini semalam.. & ia sama seperti yg saya fikirkan

    http://militaryofmalaysia.net/2014/03/mh703-bersedia-untuk-menerima-ketakjuban/

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih share link. Yang ramalan dia tu aku tak percaya sgt. Cuma yang part masuk dimensi lain tu pun aku ada terfikir jgk,. Sebab bumi ni kita kongsi dgn mcm2 makhluk lain kan.

      Delete
  5. Harap-harap kes ni bukan sebarang kes konspirasi oleh certain pihak yang cuba mengalih pandangan dari isu yang lebih besar dalam negara ni. Lepas keluar berita tentang flight hilang ni, terus tenggelam isu-isu lain macam air dengan kenaikan harga barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi isu yg tenggelam... yg mausk penjara tu. Heheh.. Haqrap2 la semoga ini bukan konspirasi. Kalau tak, frustnya kita beremosi.

      Delete
  6. Kat sini pulak hangat dikeluarkan gambar2 pilot tersebut "berfoya" dalam cockpit flight. Maaf yang terbaca komen I ni, just sampaikan apa yang berlegaran di media. I myself tak nak komen anything on that.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bertambah lagi kesedihan dan kedukaan keluarganya...

      Delete
    2. tu la.... bila nak kaitkan peribadi pilot dan co-pilot dah jadi tak patut la. Lagipun mcm pelik je cemana boleh masuk dlm tu amik gmbr? Bukan ke tempat larangan.

      Delete
  7. akak berharap apa juga persoalan akan cepat terjawab...
    semoga ada cahaya dihujung pencarian..
    akak juga harap Allah memberikan kekuatan kepada pasukan mencari dan
    menyelamat..
    moga Allah memberikan petunjuk kepada mereka semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah suatu hari nnt persoalan kita akan terjawab. Atau mungkin juga takkan terjawab.

      Delete
  8. yang last sekali tu tak tahan..bubu oh bubu..huhu (T T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... bubu jadi femes lepas ni. Laris di pasaran.

      Delete
  9. Replies
    1. betul tu. Tak de jawapan sedangkan persoalan semakin banyak.

      Delete
  10. "Air turn back" pun macam baru nak bagitau kan..semoga ditemui dengan selamatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru nak bagi tahu, lepas tu ulang la berita tu je sampai ke sudah. Huhu.

      Delete
  11. Masukkan point ini sekali...

    Ramai-ramai pakat cari di Laut China Selatan tapi USA awal-awal dah volunteer pegi cari di Selat Melaka...

    Mungkin spy satellite dia org dah nampak pergerakkan tu tapi tak boleh bising2 sebab nanti heboh yang dia intai orang2 di Asia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, betul jugak tu. Lepas tu negara jiran kita, thailand buat tak tahu, Brunei pun tak masuk campur. Aneh.

      Delete
  12. entahlah...banyak sangat spekulasinya...skrg khabarnya di Selat Melaka pula..apapun kalau mereka selamat..harap dapat pulang sgera...kalau mereka dah tiada... cepatlah jumpa jasadnya

    ReplyDelete
  13. byk persoalan kan? doakan yg baik2 aje.

    ReplyDelete
  14. Byk betul spekulasinya sekarang,apa2 pun semoga MH370 dpt dijumpai secepat mungkin.

    ReplyDelete
  15. sampai sekarang (12/3/14 10pm) pun masih kita tertanya-tanya kan. Saya sempat follow secara roughly je, ada yang tak sempat baca details spekulasi, telahan, atau ulasan. Sebab nya minggu ni agak busy. Nasib baik kawan group whatsapp ada jugak kongsi2, boleh la tahu jugak kan...I'm praying the best for them.
    Suka baca/dengar ulasan kapten norudin ;)

    ReplyDelete
  16. rajin hang compile kan info. hehehe... aku nak wat, tp x sempat2. bab bomoh tu aku paling x setuju. mmg memalukan malaysia di peringkat global.

    ReplyDelete
  17. Tak tahulah nak komen apa, Lyd. Memang misteri sungguh kes pesawat MH370 ni tapi sampai guna khidmat bomoh, nak cari kapal terbang yang hilang... aduhai...tak tahu nak gelak ke atau nak rasa bertambah sedih.

    Yang peliknya ada juga suara-suara sumbang di luar sana yang berkata hal bukan-bukan. Kasihanilah keluarga mangsa yang menanti perkhabaran gembira untuk bertemu kembali dengan insan-insan tersayang. Entahkan mungkin, entahkan tidak. Sedih pilu pulak bila memikirkannya. PC tu kalau tak dibuat pun jadi masalah, dibuat pun bermasalah juga. Dah takda apa-apa nak dikhabarkan, nak buat camna. Kang kalau bagi statement tak berasas, kena hentam juga. Beri statement pun kena, tak beri pun kena. Kesian gak kat mereka. Tapi yalah, kalau kita jadi keluarga mangsa pun mungkin kesabaran tu makin menipis dek kerana harapan tinggi menggunung moga insan-insan dikasihi dapat diketemukan semula.

    ReplyDelete
  18. masih speculate.

    semoga mereka dipermudahkan...

    hurmm...

    ReplyDelete
  19. serius dh macam malas nk baca spekulasi n berharap apa2 tentang update terkini.end up takde pape..tggu je la smp jumpa..doa yg terbaik buat mh370

    ReplyDelete
  20. Complicated sangat sebenarnya pencrian nie..awal2 tuh mrk takbuat detail investigation..main carik dalam laut cina selatan tuh tak jumpa2...tp yg nelayan nampak kapalterbang rendah tuh mmg terbukti btul kan..
    risau sebenarnya jika makin makan masa yg lama tuk dpt jawapan.. banyak effect negative jugak yg akan terjadi ..moga Allah beri petunjuk..inshaallah

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...