Iklan! Iklan! Sila Click!

25 March 2014

Ada Juga Office Yang Tak Support BreastFeeding...

...iaitu office aku. 

Sejahteralah ke atas kamu...

Nak kata tak support 100% tu tak juga. Tapi pilihan yang diberikan tu macam terlampau susah nak dilaksanakan. 

Selama ni, kaum ibu yang mengepam susu dan simpan susu dalam peti sejuk office memang ramai. Setiap level ada aku rasa la. Untuk makluman, setiap level office aku ni ada fridge yang disediakan oleh office. Dulu takde isu pun. Kami boleh je simpan susu dalam peti sejuk kat pantry tu. 

Minggu lepas dapat email daripada pihak pengurusan. Katanya tak boleh simpan susu [ibu] dan segala peralatan yang berkenaan breasfeeding di dalam peti sejuk pejabat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Sampai sekarang aku tak faham apa pulak kejadian yang tak diingini tu. Solution yang diberikan, untuk simpan semua susu di peti sejuk di bilik penyusuan di taska sahaja. Erm... Bukan semua ibu hantar anak kat taska. Takkan takde kaitan dengan taska pun nak pegi simpan susu kat situ. Huhu... Sedih. Jap... ini entry mengumpat ofis, nak gi delete jap address blog kat FB. 

Aku pun tak tau kenapa jadi mcm ni. Dengar cerita ada kes susu hilang kat tingkat lain sampai jadi kecoh pastu siap masuk dalam meeting pengurusan. Abis tu, mana la pihak pengurusan tak hangin satu badan. Untuk aku masih okay kot, sebab sekarang aku hanya pam sekali je waktu kat ofis. Aku boleh pilih waktu petang sebelum balik. Jadi tak perlu simpan lama-lama susu tu tanpa peti sejuk. Orang lain, agak kesian la. Tapi apapun keputusan pengurusan, terima saje la. Sebab kita ni menumpang je keja kat sini. Nak demand lebih-lebih nanti disuruh pindah sarekat lain plak. Lagi la merana.

19 comments:

  1. gitu plak..pasrah je la ek..klu cam tu bawak peti sejuk sndri je la ;)

    ReplyDelete
  2. sy sejak bertukar ke unit baru ni..memg syukur sgt2..sbb diberi kemudahan utk pumping..wpun bukan bilik, cuma petisyen..tp lega jugak sbb masih dlm ofis dan only women boleh masuk dlm tue..dan disediakan fridge jg utk simpan susu..atau sy perlu jg bersyukur..ofismate seme perempuan dan memudahkan segalanya..cuma boss je lelaki :)

    ReplyDelete
  3. payah juga yer camtu LYd, ni mesti sebab nila setitik semua terpalit kan !

    ReplyDelete
  4. Kejadian yang tidak diingini yang macam mana tu? Takkan la susu badan pun ada orang nak rembat. Ke kat office tu ada kes melibatkan Pencuri Susu?

    ReplyDelete
  5. kadang2 sebab orang lain kita kena. kan kakk. hmmm

    ReplyDelete
  6. saya kerja kilang. memng duk ofice ada pantry, tp x pernah simpan pun kat pantry. bwak ais beli set lengkap semua. simpan sendiri. tak menyusahkan orng. pam waktu solat zohor kat surau. manual je..tak de plug..huh..sedih.

    ReplyDelete
  7. sapa plak yang curik susu ibu....aduhai...anak dia x cukup susu ke sampai nak kena curik plak..sib baik opis SA jenis mesra bf ni...siap ada bilik khas lagi....

    ReplyDelete
  8. kitorg fridge x disediakan setiap flr tp masing2 bawa beg ice pack utk simpan susu yg baru diperah. sampai umah baru masuk freezer..huu
    asalkan dorg bg peluang utk kita gi memerah..syukur..

    ReplyDelete
  9. bagus jugak dia x kasi. mana la tau ada yg nak sabotaj, letak mnde2 dalam susu tu kan.

    ReplyDelete
  10. really? where is our right as human and a mother in this case? We'll see them in court! So sarekat tak boleh ker beli sediakan satu petis untuk susu ibu sahaja. baper sen sangat la petis tu.

    ReplyDelete
  11. Pernah baca ada lelaki gila seks di sebuah hospital yang mencuri air kencing pesakit wanita!! Kreativiti emosi orang gila tak boleh diduga...

    ReplyDelete
  12. Rasanya patut bawak ice bag sendiri lagi ok kot, sebab tak perlaku pertukaran dan kejadian tak diingini.. Mana tau.. kan

    ReplyDelete
  13. lebih baik beli icepack n cooller bag sendiri..lagipun berapa sen sgt la benda ni.yg murah pun ada..asal dpt pam dh syukur.kita kerja makan gaji..mmg la sepatutnya syarikat kena mesra bf..tp kita pun tak payah la nak rumitkan keadaan..byk jalan menyelesaian lain..klu dok tensen nti susu pun takmo keluar.haha..

    bukan tuju utk lyd tau..utk semua la..kita pun rasa selamat,takde la berdepan susu kena curi,org gila seks n kena sabotaj (berdasarkan komen terdahulu.huhu)..

    ReplyDelete
  14. Takda pengalaman Lyd. Anak dua-dua lebih banyak minum susu di pasaran daripada susu gantung. Kesian mereka. Kes yang tidak diingini yang macamana yang terjadi tu? Takkanlah ada pencuri susu cap ibu pulak!

    ReplyDelete
  15. Susah kalo terambik susu tuh..kalo bagi baby kang boleh terjadi saudara sesusu atau ibu susu kan..camaner kalau tak dpt detect..? tak boleh buat main2 tau curik2 susu ibu nie...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...