Iklan! Iklan! Sila Click!

19 February 2014

Hati Unta Pengubat Asma/Asthma/Lelah

Sejahteralah ke atas kamu....



Ini kepala hunta,

Ada sekali tu, aku balik kampung, umah pak mentua aku. Waktu nak makan kat meja makan, aku tengok Pak tuang air daripada cerek kecik ke dalam cawan, kemudian dia minum dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Aku tanya Pak, apekebendenye yang Pak minum tu? [Okay, aku takde la ckp ayat  biadab tu kat Pak. Aku menantu sopan. Tihtih.]. Then Pak kata itu air rebusan hati unta. Al unta fadang fasirun. Pastu Pak tunjuk le ketulan hati unta tu kat aku. Okay rupa dia macam tekstur hati lembu gak la ada lubang-lubang kecik. Kalau tengok memang tak selera la.


Apa yang Pak beritahu aku, dia minum air rebusan hati unta tu,sakit asthma dia semakin pulih. Aku cuba la cari maklumat. Cam biasa le. Kat internet je la nak cari maklumat pun. Pernah orang buat spekulasi yang internet ni la yang sebenarnya Dajjal. Sebab ‘dia’ tahu semua. Fine lari tajuk.

Bentuknya kepingan nipis seperti ini. Dah macam kerepek aku tengok ni. Gambar ini telah dihijack daripada HATI UNTA

Kalau di Arab, perubatan asthma atau lelah menggunakan hati unta ni memang femes la. Cara nak gunakan hati unta untuk buat ubat lelah ni pun ada banyak versi. Aku pun tak pasti yang mana satu yang paling betul. Ada yang kata, boleh rebus dan ambil pati air rebusan hati unta tu untuk diminum. Cara kedua, ada yang kata goreng garing tanpa minyak kemudian tumbuk supaya dia menjadi serbuk dan boleh makan dengan nasiik atau bubur.


Yang aku baca website luar daripada Malaysia, ada yang makan mentah. Wallahua’lam yang mana satu cara terbaik. Mungkin penghidap asma boleh cuba sendiri teknik bagaimana yang paling berkesan untuk menyediakan ubat asma daripada hati unta ni.


Jika berminat untuk mencuba ubat asma menggunakan hati unta kering ni, boleh dapatkan secara online di 
H A T I   U N T A. Mereka adalah pengedar hati unta asli yang diterbangkan khas dari Makkah. 

14 comments:

  1. Oo..tq for sharig..br tau..nti nk suggest kt kekawan

    ReplyDelete
  2. yer ke,.. tq share yer, ingat dulu2 my chinese fren kena asma/lelah dan ubatnyer adalah telan anak tikus kecil2 yg masih hidup sekor2 gitu n menjadi pulak tu eeee geli KA .....

    ReplyDelete
  3. Tak hanyir ke kalau direbus dan diminum airnya?

    ReplyDelete
  4. Oh baru tahu hati unta nie boleh ubat lelah yer...kakak sy kat kelate tuh pun ade lelah jugak..selalu gok bergantung ngan ubat sedut dia jerlah..

    ReplyDelete
  5. tak hanyir ke minuman hati unta ni.... tp ubat tak sedap tulah yang boleh mengubati penyakit kan

    ReplyDelete
  6. Masa anak nombor satu saya masih kecik dulu, dia selalu diserang asma. Insyaallah selepas makan beberapa cebis hati unta yang dibawa balik saudara dari Mekah, dia semakin pulih hingga sekarang tak pernah kena lagi....Ada satu lagi petua rakan: daging harimau juga baik untuk asma, entah semujarab mana tak taulah sebab belum pernah cuba...

    ReplyDelete
  7. Alahai, penuh kengerian bila disambut oleh kepala unta tak berbadan nih. Entahlah Lyd, kalau sayalah... kalau sayalahkan... even kepingan hati unta cam tu pun entah boleh telan ke tidak. Maklumlah kita ni level imaginasi tinggi. Masa nak masuk mulut kepingan tu kita dah terbayang-bayang seluruh unta tu melirik sayu aje kat kita. Aduhai...

    Anyway, thanks for sharing. Tak tahu pun pasal ni sebenarnya.

    ReplyDelete
  8. ada bekalankah hati unta.saya nak oder

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada encik Yaacob. Saya tak jual. Saya hanya cerita sahaja.

      Delete
  9. ibu mertua pernah cuba pd anak saya yg mmg genetik asma dr keluarganya. anak saya umo beberapa hari dah menghadapi lelah. minum susu x sampai perut dah muntah balik keluar semua. kena bg dia ubat ventolin baru ok. kesian baby saya. sampai umo 3 thn..mak mentua tah dpt dari mana idea. beli hati unta dr mekah. goreng sangai. tumbuk halus. campur dlm madu sesudu. suap mulut anak saya. alhamdulillah. now dah 13thn dah umo dia. mcm xde plak dtg asma tu..semoga pulih terus lah hendaknya... aamin..

    ReplyDelete
  10. Terbukti benar, paling baik digoreng hingga kering, ditumbuk halus + madu lebah asli . In Shaa Allah tiada lagi asthma atau penat @ lelah.


    Lebih bail jika diulangi 3 bulan berturut2

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...