Iklan! Iklan! Sila Click!

27 January 2014

Terpaksa Balik Rumah Waktu Lunch

sejahteralah ke atas kamu...

dah lama aku tak balik waktu tengahari untuk hantar susu kepada luth. susu alhamdulillah cukup untuk keperluan anak aku. tapi hari ini terpaksa jugak aku balik. sebab breastpump spectra 3 aku tertinggal pulak kat rumah. bukan itu aje. pagi tadi sesampainya di ofis, konon-konon nak terus whatsapp suami aku untuk bagitau dia aku dah sampai. bawak keluar henfon, tetiba baru aku perasan aku tersilap bawak henfon yang takde simcard yang aku gunakan untuk buat alarm. sabar je la aku.

jadi, alang-alang dah balik ni, makan tengahari terus la kat rumah. aku kalau henfon tertinggal, aku memang takde nak balik untuk ambik nya. sampai ke petang la henfon tu kat rumah. tapi kalau breast pump tertinggal, aku memang kena balik. huhu.... tangki penuh nanti mula la rasa seram sejuk nak demam. bengkak susu nanti lagi leceh.

korang pulak macamana? kalau tertinggal henfon kat rumah, patah balik tak ambik?

10 comments:

  1. hari jumaat lepas tertinggal hp..
    rumah dekat je nak gi ambik..
    tup2 hubs datang hanta..
    hehehehe

    ReplyDelete
  2. eeee... kalau saya tertinggal henpon.. kim salam nak balik.. biar la.. bukannya bisness juta2 nak kena balik umah amik kan.. hahahahaha..
    >>> betul tu.. even sampai skrg pun saya still bengkak susu kalau tak susukan fiyya lebih dari 8 jam.. saya tak pump.. cuma tak leh extra time je la.. kang tak pasal2 nak mandi tak nak sabun... sakit woooooooooooo....

    ReplyDelete
  3. Saya pernah tertukar henfon dengan isteri, kerana kedua2 henfon kami jenis yg sama. Masa tu isteri kerja di Langkawi, lepas dia berada di tengah laut dalam perjalanan balik ke Langkawi baru perasan tertukar henfon. Seminggu lepas tu baru kami dapat ambik balik henfon masing2. Nasib baiklah dalam henfon tak tersimpan rahsia kecik dan besar, jika tidak.....

    ReplyDelete
  4. kalau rumah dekat bolehlah balik dalamwaktu lunch 1 jam tuhkan..kalau jauh mmg tak berbaloi nak meredah jam..mesti rumah awak dekat sgt kan..
    sy skrang jrg sangatdah bengkak susu..mungkin arissa menyusu constantly kan..siang malam sepanjang waktu

    ReplyDelete
  5. yes, me me...saya sanggup balik amek henfon kalau tertinggal, sebab PJJ dengan suami. Henfon ibarat nyawa ke-2 hahaha. 10jam kot kat ofis, xsenang duduk dibuatnya. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kerap juga tertinggal HP dalam bag nursery anak. Klo dekat memang patah balik. Tapi klo dah sampai office tak kuasa nak balik umah.

    ReplyDelete
  7. kalo tertinggal hp, mmg akan balik amek. baru senang nak watsapp ngan bini. rindu bini la katakan. hahaha...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...