Skip to main content

Rexylla FB Page Launching Giveaway

Sejahteralah ke atas kamu...



Ada satu kedai baju online yang baru dibuka dan page mereka di FB baru sahaja dilancarkan, Rexylla. Setakat ini aku tengok kat blog mereka hanya beberapa jenis baju sahaja dipamerkan, tapi aku yakin pilihan baju-baju yang ada itu akan bertambah daripada masa ke semasa. 

Bila sebut pasal pilihan baju, jenis baju yang aku suka buat masa ini ialah blouse yang labuh melepasi paras punggung sebab labuh macam tu je yang melepasi keizinan suami aku untuk aku pakai. Lengan pula labuh ke pergelangan tangan. Aku lagi suka kalau hujung lengannya ada cekak supaya bila aku pakai, tak la melurut ke siku kan. Fabric pula, aku suka cotton viscose. Sebab fabric tu sejuk dan tak melekap. Dan trend sekarang, chiffon. Aku suka chiffon. Nampak lembut je, walaupun aku tak lembut. Keh keh. 

Warna, aku suka je macam-macam jenis warna, pastel pun aku suka, dark pun aku suka. Tapi striking atau shocking2 aku tak minat sangat. Kalau bercorak pulak, aku suka corak yang simple dan gabungan warnanya hanya 2 warna. Saiz pulak, aku perlukan baju yang bahagian dada yang lebih lebar. Sebab aku ni kan... ermm takde apa la. Lain kali la aku citer. Aku kan.... kalau start citer pasal diri sendiri je mula la meleret2 syok sendiri. Lebih baik aku stop sekarang. Nanti tipis pulak peluang untuk aku menang giveaway ni.

Aku buat entry ni sebagai memberi sokongan kepada kawan-kawan blogger aku yang nak berniaga. Kalau korang ada masa, atau kalau takde masa pun, aku cadangkan korang jenguk la page atau blog Rexylla ni. Mungkin ada yang korang terberkenan ke. Mana la tau kan.

Jadi, aku nak tag rakan blogger aku untuk turut sama join Give Away ni. 

CikSu Lobak Susue dari blog Qasehnya Rania.
Cik Maisarah Rahim dari blog Maisarah Rahim
Ciksitikerol dari blog !mrs mell : bila jari berbicara.


Yok kawan-kawan, support Rexylla ni.

Comments

  1. tenkiu tag i .hihi. lama dh x join ga tau
    kena karang ghope gini ke. alahai
    nway. good luck

    ReplyDelete
  2. Good luck lyd...sama la kita...baju2 mmg selesa yg longgar2 je skrg + bwh buntut...klau x, mmg xlepas sirim la..kiki...

    ReplyDelete
  3. hehehe... terima kasih join. doa kan success utk bisnes wife aku (dan aku sekali kira nyer la).

    ReplyDelete
  4. Maaf lama x jenguk. Singgah ari ni & nk ucap terima kasih mendoakan kesihatan saya yer!

    ReplyDelete
  5. tq lyd tag2.. dah ronda2 tadi.. nanti ptg2 sikit up entry.. nk karang dulu.. hehe

    ReplyDelete
  6. yeayy thank u puan lyd...hehe...
    sila join semua! ;p

    ReplyDelete
  7. good luck lyd..
    kalau sy nak carik baju ngan anak tengah menyusu nie prefer yg ade button..senang sikit nak bukak bagi kan..

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana sudi join GA kami. untuk makluman, GA telah pun tamat dan pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.

    ReplyDelete
  9. jom check senarai pemenang GA.
    http://rexylla.blogspot.com/2014/03/pemenang-rexylla-fb-page-launching.html

    ReplyDelete
  10. salam. anda masih belum menuntut voucher 20% sempena dengan GA ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya