Iklan! Iklan! Sila Click!

28 January 2014

Petanda Langit Dan Bumi ; Bagi Kaum Yang Berpemikiran

sejahteralah ke atas kamu...

aku sedang menghabiskan buku ini. dah lama baca tak habis-habis.


eksyelli, buku ni sangat menarik untuk dibaca. [bagi sesiapa yang suka buku tentang fakta, tentang sains, tentang keajaiban ciptaan Allah, buku ni sesuai la. takde drama-drama, takde fiksyen. semuanya kisah benar.]


aku baca buku ni sebagai pengisi masa, sewaktu aku pam susu. daripada tak buat apa-apa, baik aku membaca. dapat 2 muka surat sehari pun dah okay le daripada takde langsung kan.



Harun Yahya ko kenal? aku tak kenal sangat, yang aku tahu, beliau adalah seorang penulis buku sains yang bersandarkan Al-Quran. beliau berasal daripada turki. hasil karyanya diterjemah ke banyak bahasa. agak femes di situ. buku lain yang aku pernah baca tulisan harun yahya ni ialah seperti buku;

 dan juga satu lagi, Kaum-kaum Yang Pupus.. sangat menarik. insyaAllah aku akan beli lagi buku-buku lain tulisan Harun Yahya ni.

*ada satu gossip pernah aku baca beberapa tahun lepas pasal harun yahya ni. katanya dalam begitu banyak buku tentang kekuasaan Allah yang dia tulis, dia sendiri sebenarnya pelaku maksiat. pernah berbuat zina dan macam-macam. *aku tak fokus sangat akan salahlaku yang didakwa harun yahya dah buat tu. bagi aku, tak kira la dia buat apa pun, yang pasti ilmu yang dia sampaikan tu lebih patut aku highlight berbanding kehidupan peribadi dia. bagi aku, dia manusia. jadi dia terdedah untuk melakukan dosa-dosa. yang penting, sumbangan dia terhadap dunia islam sangat besar.

17 comments:

  1. Untuk mengenal seseorang bukan dari kisah silamnya.. ianya dari kebaikannya.. bukan kah itu lebih baik? cewahhh.. aku suka kalau kita selalu ingatkan kebaikan org.. dari kita ingatkan keburukan org tu.. sama lah aku nak org ingat aku camtu gak.. ingat aku dari kebaikan ku.. bukan dari keburukan ku.. masyaallah.. ini hanya pendapat aku je..

    teruja tengok ulat bulu tu.. ingatkan kepala dia.. rupanya ekor dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi gambar menarik yg kita akan rasa kagum gile dgn ciptaan Allah. kalau ada masa boleh beli. anak2 mesti suka.

      Delete
  2. pernah baca juga buku harun yahya ni.. best..

    ReplyDelete
  3. nampak menarik isi buku2 ni .. byk ilmu yg dikongsi tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak ilmu KA yg kita boleh dpt dari buku ni.

      Delete
  4. Aku suka baca buku yang berfakta macam di atas.

    ReplyDelete
  5. Aku pernah beli buku-bukunya, malah aku tak pernah miss dengan website dia.. dulu... 7-10 tahun dulu. Tapi kawan aku dah beri nasihat kepada aku agar berhati-hati dengan fakta-fakta yang dia beri.

    Dan aku juga ingin berikan nasihat yang sama... berhati-hati dengan tulisannya kerana tulisan-tulisannya hanyalah pendapat dan teori beliau, bukannya kupasan para ulama. Ada nama golongan yang cuba memberi tafsiran baru yang dikaitkan dengan sains semasa...tapi aku lupa.

    Beginilah, ko baca buku dia, walau pun dia kaitakan dengan hadis dan Quran sekali pun, anggap la ko cuma membaca draf thesis untuk ijazah yang masih belum disahkan oleh pihak university.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku kalau ko kata tulisan2 dia hanya pendapat dan teori, aku tak la rasa bahaya sangat. sebab kebanyakan buku-buku yang ada sekarang pun memang pendapat personal penulis tu. seperti dia extract pemikiran dia ke sebuah buku. tapi aku faham maksud ko, sebab dia ni menulis tentang ketuhanan dan ilmu2 agama. maka perlula pengesahan daripada ulama. tapi skrg nak cari ulama yang faham sains pun bukan senang jugak. mungkin yg faham sikit2 tu ada, tapi bukan pakar. yang golongan yg cuba beri tafsiran baru tu, aku pun ada baca dulu. aku pun lupa dah nama dia apa.

      Delete
  6. Kalau ko minat discovery atau history kat Astro, cuba tonton Ancient / Aliens Gods (?..lebih kurang gitulah tajuknya. Pakar-pakar sains dan sejarah yang cuba mengatakan bahawa dewa-dewa kepercayaan dulu-dulu sebenarnya adalah makhluk asing...termasuklah dewa-dewa hindu.... termasuklah Nabi-Nabi....dan siap dengan fakta2 sejarah dan ayat2 dari al kitab lagi tu.

    Aku tunggu juga kalau dia orang kata Buraq tu sebenarnya UFO yang Nabi tumpang... tapi aku rasa kalau ada pun dah kena sensored... hahaha. Ye la... bayangkan kalau ko yang pernah Nampak kapal terbang jet A380 tetiba kena terangkan kepada Sultan Mansur Syah (Melaka)... cemana nak terangkan? Mesti ko kata begini... sayapnya besar sejauh mata memandang macam garuda, kakinya 3 tapi kukunya 20 (tayar), bila terbang bunyinya amat bising seperti guruh, seperti bumi hendak terbelah dua tetapi burung tu dikawal oleh manusia...hahaha... takkan nak terangkan pasal enjin jet kat Sultan Melaka tu. Adakah itu juga cara terbaik untuk terangkan tentang Buraq pada zaman itu?

    Demikianlah aliran pemikiran sains di luar sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku minat history and discovery channel. yang ancient alien tu aku penah la tgk, tapi tak la minat sangat sebab bila aku tgk ada fakta2 yang aku boleh fikir mcm mengarut je, aku dah malas nak tgk. lagipun aku terpaksa juggle antara nak tengok ancient alien atau nak pantau anak aku merayap masuk bawah meja. dokumentari macam ni kalo nak faham kan kena fokus betul2 depan tv. kalo setakat sepintas lalu je nak tgk, tak faham la otak aku.

      apapun aku ucapkan terima kasih di atas nasihat yg ko bagi ni. insyaAllah aku akan berhati2 menerima fakta yang ditulis oleh Pakcik Harun ni,

      Delete
  7. Bagi kita yg dahagakan ilmu ini, fakta2 sebegini sangat menarik. Sekurang2nya ia lebih baik dari membaca novel cinta yg entah apa-apa.. Tapi seperti kata Nizam.Ariff perlu berhati2 dengan apa yg kita kira fakta kerana kadang2 bukan seperti yg disangka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu jr. saya ni plak memang bukan jenis pembaca novel. jadi, bahan bacaan saya jenis yang macam ni je la.

      Delete
  8. Menarik ni...nti nk dptkan koleksi buku dia jgk..

    ReplyDelete
  9. kaum2 yang pupus. mcm menarik je buku tuh.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...