Iklan! Iklan! Sila Click!

17 January 2014

Persediaan Berenang Untuk Bayi

Sejahteralah ke atas kamu.....

Kata je berenang, tapi sebenarnya berkubang je dalam kolam. Orang Malaysia payah skit nak ajar anak berenang, betul tak? Kalau ada pun masih lagi dalam golongan minoriti. Mana taknya, banyak sangat pantang larang. Tersampuk hantu air la, jin ikut la, takut kembung la, macam2. Tak mengata orang la, aku sendiri pun tak yakin sangat bila mat azgul kata nak ajar Luth berenang start umur 3 bulan. Tengok tengkuk lembik je lagi, tak confident la aku. Padahal omputih selambe je campak bayi kecil mereka ke dalam kolam renang. Menurut teori, bayi lagi senang belajar berenang sebab paru2  mereka masih lagi di dalam mode 'air ketuban'. Gitu la serba meleretnya muqadimah aku.

Rasa dah makan sebulan jugak aku dan mat azghul plan nak bawak Luth berenang. Ye lah, Nabi Muhammad pun menggalakkan kita ajar anak kita berenang, berkuda dan memanah. Jadi, sementara Luth kecik ni, ajar la berenang dulu. Dah besar skit baru register dia masuk kelab menembak. Atuk Luth bekas polis tau, penah aktif dalam sukan menembak. Atuk Luth kata, kalau nak latih dia supaya menembak dengan tepat, kena la selalu suruh dia pumping. Haaa.... Siap la ko Luth, mama tak sabar nak dera Luth ala-ala askor *capai rotan pastu pukul tapak tangan sendiri sambil buat muka komander dalam iklan Dequedin*.

Minggu ni, insyaAllah nak bawak Luth pergi mandi kolam kat Putrajaya. Pergi kolam awam je la kita. Memang ada aku baca pasal pusat untuk bayi belajar berenang kat Damansara. Satu sessi dalam Rm35 (betulkan aku kalau info ni salah). Aku sanggup je bayar, demi anak la katanya. Tapi aku fikir, tempat tu exclusive. Aku sedar diri aku kat mana. Dan aku pon nak Luth membesar dalam suasana seperti rakyat kebanyakan, maka aku akan pilih yg paling marhaein sekali utk dia. Untuk pergi berenang dalam bahasa tersiratnya, mandi kolam ni, aku dah prepare beberapa alat bantuan berenang untuk Luth. Let's che...che...chec....checkidautttt...


Aku mudah sangat beriya, siap beli diaper utk kegunaan dalam kolam. Punye la aku risau kalo anak aku berak dalam kolam. Takut nyusahkan orang je. Sekali kawan2 aku kata takyah pakai pon takpe. Hehe. Sengal je aku nih.

Baju mandi ni aku beli online. RM15 je. Kalau swim suit yg branded aku tgk, harga dalam 59.90rm. Jenama ogival. Yang aku beli kat Luth ni jenama cap cina. Keke. Asal boleh je aku ni. Bukan nak good-good sangat.

Seluor kecik ni longgar dgn luth. Aku jahit kat sisi kiri kanan tu bagi kecik.

Tak pasal2 pistol buih ni pun aku masukkan dalam list. Yg ni sebagai backup je kot2 luth tak minat mandi kolam ke. Boleh la guna ni sebagai umpan utk dia suka masuk kolam.RM10 beli kat Melaka.
Ini pelampung, atau baby float jenama Intex. Harga RM26 beli kat ebay Malaysia. Aku baru je sedar yg ebay dah ada kat Malaysia.
Itu je la buat masa ni. Aku harap Allah permudahkan untik kami ajar Luth berenang. Selamat le aku tak jumpa kaki itik yg org buat diving tu, kalo tidak aku beli gak tu. Melampau. Hehe.

23 comments:

  1. Wah..dah bagus plan nak ajar luth berenang nie lyd..lagi cepat lg bagus...kalau ade pelampung takyahlah nak risau2 sgt kan..inshaallah..sy tgk anak2 mat saleh kecik2 pun dah masuk kolam...pernah bc yg kembar pandai berenang secara semula jadi tuh.mmg kagum btul ngan kuasa Allah

    ReplyDelete
  2. salam kak.. cita2 kita sama.. hehe.. nak ajr anak berenang, memanah, menungang kuda.. :)..
    berenang dah.. tp x terfikir lak lady nk beli semua tu.. huhu.. lady cume pakai pelampung jerk.. lepas tu pakai seluar tanpa pampers.. dudukla terapung2 dalam kolam tu .. hehehe.. akak, chayok2.. ajrin anak ikut sunnah... i ll follow ;)

    ReplyDelete
  3. ko ni selalu prepare kasi lengkap punye kan...

    rajen ko survey itu dan ini...

    semoga luth tak meragam dalam ayer jap lagi...

    hehe.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum lyd...tentu seronok luth bermandi manda nanti...:)

    ReplyDelete
  5. bagus jugak bagi anak belajar berenang. aku sendiri x reti berenang.

    ReplyDelete
  6. Walaupun berasal dari kampung, tapi saya tak pandai berenang. Malu juga dengan isteri sebab dia pandai berenang, hehehe....

    ReplyDelete
  7. smga luth berjaya membiasakan diri nnti.
    memudahkan kerja mama & papanya juga.

    anak dr sheikh muzaffar pon diajar berenang masa kecik. alhamdulillah ok je

    chaiyok lyd..

    ReplyDelete
  8. Rin rsa klu bgthu hubs ni nk ajo aish berenang..mau je dia tgok rin ats bwh..btul ke bini aku nih..haha

    ReplyDelete
  9. lyd, sy tak amik biodex.
    suami amik biodex (kalau dua dua amik biodex, mau dkat 1k sebulan) utk suami saja dah 400 lebih. belum termasuk sy lagi)

    saya amik ephyra je.

    ReplyDelete
  10. sbb mengikut planning kami laki binik. nak gna satu prdouk sampai 3 bln. if x da pa pe, sambil teruskan penggunaan, nk register dekat lppkn, jln raja laut pulak

    ReplyDelete
  11. Hye, saya suka bace blog awk, baru2 ni saya baru buat blog hope awk boleh follow dan singgah la blog saya :) http://awksweetgitu.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. wahhh bestnya lyd...mesti luth excited..

    ReplyDelete
  13. wau Luth dah nak belajar berenang dah.. oklertu.. akakni nak antar nak antar anak tapi tak terbuat2 .. lani anak pun dah darjah 2 .. ha.. ha..

    ReplyDelete
  14. wahhh lengkap segalanya siap pistol. haa kan nnt Luth boleh belajar memanah, nunggang kuda semau pasni, kami ni malas nak mencari tempat renangan untuk JJ, tak der masa pun satu, harap sekolah nnt depa ajar la dia berenang, jangan macam mama nya ni smapai sekarang duk merangkak dalam kolam.

    ReplyDelete
  15. Mana beli baju renang tu.. bg link bleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://butikibuezqandar.blogspot.com/ tapi rasanya dah takde stok. Try la contact dia.

      Delete
  16. As salam kt mna beli diapers swimming tu ek...puas cari x jumpaS

    ReplyDelete
  17. salam kak lyn kat mana beli diapers swimming tu... nak pi fmly day weekend ni duk cari tak jumpa.. info please

    ReplyDelete
  18. Sy tlg jwb yer..diapers swimming ni blh beli kt jaya grocer..sbb hr tu sy beli kt sana..kebetulan nmpk..hrga 25++..ade 12 kot..

    ReplyDelete
  19. Kalau ada teknik berenang boleh lah share...hihi

    ReplyDelete
  20. Untung kalau anak tahu berenang, anak akak jadi takut pula bila dh besar ni

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...