Skip to main content

Mosquito Repellent : Sticker, Roll On or Spray?

Sejahteralah ke atas kamu....

Cakap Melayunya obat nyamuk. Zaman dulu, ubat nyamuk hanya ada sepesen je. Yang lingkaran tu, perlu dinyalakan dan berasap le sampai pagi. Hidung bersawang. Ubat nyamuk jenis lingkaran ni agak bahye, pertama asap tu boleh efek kepada paru-paru, kedua bara pada ubat nyamuk tu boleh menyebabkan kebakaran jika tidak berhati-hati dan ketiga, pemegang ubat nyamuk tu tajam terpacak ke atas. Kalau tak perasan, terpijak, boleh nampak bintang dan burung berterbangan atas kepala.

Waktu arwah mak aku masih hidup, dia banyak guna spray nyamuk untuk halau nyamuk, lalat, lipas dan segala serangga yang dia tak berkenan. Bukan serangga je dia spray. Kucing yang badannya berkurap pun dia spray. Alhamdulillah luka kurap pada kucing cepat je sembuh kalau spray dengan Ridsect. keke. Masalahnya spray seperti Ridsect atau Shieltox ni, bau dia kuat sangat. 

Kemudian bila dah maju skit, kat umah aku kat kampung tu start guna ubat nyamuk elektrik yang perlu ditukar token tiap2 hari. Eh, token ke nama dia? Lebih kurang macam disc tapi kecik je bentuk 4 segi. Aku tak rajin nak gugel utk cari gambar. Harapan aku agar ko dpt imagine la yang mana satu.

Lepas dah guna yang tukar2 token tu, aku gunakan pulak ubat nyamuk elektrik yang jenis liquid. Yang ni tukar sebulan sekali. Dulu-dulu nyamuk gentar jugak la nak masuk rumah aku kalau aku pasang ubat nyamuk jenis ni. Lama-lama, nyamuk dah hilang respect dah pada ubat nyamuk tu. Selambe jugak derang attack umah aku. hisshh.. nyamuk ni. Aku pasang ubat nyamuk ni kat bilik tidur, pagi-pagi tengok kaki tangan anak aku dah berbintat-bintat merah. 

Aku pernah guna mosquito repellent jenis sticker. Yang ini aku dapat free masa pergi Mom & Baby Expo kat MidValley tahun 2012. Dah lama dah tapi aku rasa macam baru je lagi aku pregnant. Padahal anak aku dah nak masuk setahun dah. Huhu... Time...time..time... how fast you fly?


Jenis sticker ni, perlu ditampal sama ada pada kulit bayi atau baju. Baunya ala-ala serai wangi tapi tak kuat sangat. Aku tak tau apa silapnya, bila aku tampal anak aku dengan sticker ni, nyamuk tak takut pun. Dia gigit jugak anak aku.

So, aku berusaha untuk cari alternatif lain. Aku cuba beli spray yang boleh di spray pada badan dan kulit baby. Mula-mula aku beli yang ini,

Selama aku pakai Meditots 2 in 1 Mozzie Block ni, alhamdulillah sangat berkesan mengelakkan nyamuk. Aku spray pada kulit anak aku yang tak ditutupi baju, pada kaki, tangan. Dan aku spray sikit pada tangan aku untuk sapu nipis je pada pipi anak aku. Sampai habis spray ni aku pakai. Memang nyamuk tak dekat. Bau dia takde pun bau serai sangat. Bau Lavender. Wangi.

Bila dah habis Meditots tu, aku ingat nak beli lagi. Tapi pegi farmasi lain, tak jumpa plak brand tu. Aku pun jenis yang tak rajin nak dapatkan apa yang aku nak, aku tak pegi pun farmasi yang ada jual Meditots tu. Jadi, aku beli je mana2 yang ada. Yang ini je yang ada untuk baby. Jenama Pureen pun femes kan. Pureen Rekito Mosquito Repellent Liquid. Aku tak tau lagi prestasi dia macamana. Setakat ni aku baru pakaikan 2 kali kat anak aku. Dan tak ada nyamuk gigit lagi. Bau dia lagi wangi dan ala-ala baby sikit berbanding Meditots. Dia punya spray pun sekata. Cuma texture dia macam melekit sikit. 

Saje-saje je aku nak cuba, yang ini jenis roll-on. Tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 3 tahun. Maknanya aku beli untuk aku la. Tapi aku belum try lagi. Aku mengendeng yang pureen Rekito tu je dengan anak aku. Heheh.

Mosquito repellent ni sesuai kalau kita gunakan masa balik kampung. Senang nak bawak, senang nak guna. Lagi satu kalau sesiapa yang suka masuk hutan, memancing ke, berjungle trekking ke, elok la ada spray2 macam ni. Dapat protect daripada nyamuk. 

Kalau rasa tak suka nak beli dan rasa membazir. Jangan risau. Ada caranya.... Iaitu boleh buat sendiri. Cara ni aku dapat daripada rancangan BackYard Medicine. 

Bahan-bahan nak buat mosquito repellent spray sendiri di rumah;

1. Serai 30 batang
2. Minyak bunga matahari [boleh tukar guna minyak apa2 yang tak berbau dan tak berwarna]
3. Cengkih
4. Botol spray kosong.

Caranya ; 
1. Blend serai dengan minyak bunga matahari.
2. Masak di atas api dengan menggunakan periuk bersama dengan cengkih.
3. Tunggu sehingga serdak serai seperti 'terasing' daripada minyak.
4. Sejukkan kemudian tapis.
5. Letak dalam botol spray. Wallaaa... boleh le guna bawak masuk utan. 
 



Comments

  1. ada org ckp kulit kayu manis pun boleh halau nyamuk..

    ReplyDelete
  2. Saya pakai juga mozzie spray & sticker. Cute sangat sticker. Memang bau serai.

    ReplyDelete
  3. Yg mozzie tu mmg setia pkai kt aish..pnh bt entry psl ni..mmg best bau dia..n nyamuk xdtg pun kt aish..best!!

    ReplyDelete
  4. rasanya jenis lingkaran tu jugak paling berkesan. nyamuk memang tak dekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Cuma kalau ruang terkurung lama² ada pedih sikit la mata

      Delete
  5. kayu manis? iyake boleh halau nyamuk .. setau sy boleh halau semut je. hehe

    ReplyDelete
  6. Nasib baik rumah saya jarang2 jumpa nyamuk. Tapi standby juga ubat nyamuk utk spray seranga2 lain seperti lipas...

    ReplyDelete
  7. Ish memang tengah cari alternatif nak kurang gigitan nyamuk.. banyak sangat la pulak.. setiap malam mesti 2-3 gigitan kene sabor jer la.. thanks for this good info :D

    ReplyDelete
  8. aku pakai repellent jenis liquid je. time nak tdo baru pasang. time x tdo, aku gigih menampar nyamuk kat badan sampai nyamuk tu mati...

    ReplyDelete
  9. Myra kat rumah pakai hat jenis token tu la.. senang.. tp bil letrik konpem naik la..hahaha

    ReplyDelete
  10. haa tu la masa kat kampung, penuh satu badan si Jelita kena gigit, I pakaikan full body for her pun still dia attack tang pipi, kesian my mom kena halau keluar umah supaya I boleh bunuh nyamuk2 tersebut ngan spray satu umah (my mom asma, anytime dia boleh masuk wad bila bau benda alah ni huhuhu). kalau la I baca awal2 entry u ni, better i ke farmasi beli yg spray badan jer kan.

    ReplyDelete
  11. mcm mcm jenis ada kan.
    ada anak kecik nnti boleh la try nnti. thanks sharing lyd

    ReplyDelete
  12. THANK YOU FOR SHARING WITH US THIS IMPORTANT INFORMATION AND SPECIAL TIME OF YOUR LIFE.
    MOSQUITO REPELLENT ROLLON

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya