Skip to main content

Minum Kopi Anda Bersemangat Juara!!

sejahteralah ke atas anta, ente dan antum... 

Greeting aku ni aku cakap arab skit, sebab nak cerita tentang insan kesayangan kita semua yang berbangsa Arab, siapa lagi kalau bukan Nabi Muhammad, rasul kita yang teragung. Peace Be Upon Him. tentang minuman kegemaran baginda ialah kopi. 

perenggan kat atas tu, aku taip lepas tu aku cuba cari hadis. tapi aku sengaja tanak padamkan perenggan atas ni. biar la orang tahu kesalahfahaman aku ni.

syukurlah aku cuba mencari dulu hadis yang berkaitan, tapi melalui google search, aku tak jumpa satu pun hadis berkenaan nabi suka minum kopi. ada satu artikel yang aku jumpa di blog OTAK BEKU DOT COM, katanya begini; 

Masyarakat kita cukup sinonim dengan kopi. Ada yang mengatakan kopi adalah minuman sunnah, namun tidak dinafikan dari sudut kesihatan kopi mempunyai kelebihan. Tetapi, adakah kopi ialah minuman sunnah seperti yang diperkatakan sesetengah orang. Setakat saya tahu, tiada satu hadis sahih pun yang menunjukkan Rasulullah pernah meminum kopi. Walau bagaimanapun, terdapat banyak jenama produk minuman atau makanan mengunakan label ''minuman sunnah'' yang boleh didapati dalam pasaran

Namun, agak pelik jika dikatakan sesetengah orang bahawa Rasulullah pernah meminum kopi kerana mengikut sejarah kopi hanya mula ditemui pada abad ke-9, iaitu 200 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Saya di sini bukan nak mengutuk tapi berdosa hukumnya berbohong atas nama Rasulullah. Seperti hadis nabi yang bermaksud :

"Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaknya ia mengambil (bersiap) tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari)

Walaupun di sini tidak menunjukkan kopi haram diminum tapi haram berbohong menggunakan nama Rasulullah untuk melariskan jualan. Ada sesetengah masyarakat menganggap kopi sekarang tak sama ketika kopi zaman Rasulullah. Mereka menyatakan kopi zaman Rasulullah adalah kopi habbatus sauda. Tetapi tahukah anda apakah ia habbatus sauda ?. Habbatus ialah sejenis jintan hitam dan bukannya kopi.

Saya tidaklah menyatakan bahawa kita tidak boleh mencampurkan kopi dan habbatus sauda kerana mungkin ianya boleh menjadi minuman yang berkhasit, tetapi ulasan ini hanyalah ditujukan kepada sesetengah pihak yang mungkin tersalah faham bahawa nabi meminum kopi dan juga kepada mereka yang menganggap bahawa habbatus sauda ialah sejenis kopi.

Tidak dinafikan, kopi juga mempunyai banyak kelebihannya, tetapi janganlah kita mengambil kesempatan atas kejahilan masyarakat untuk melariskan produk jualan dan menggunakan nama Rasulullah untuk kepentingan diri sendiri sedangkan perkara tersebut tiada usul padanya sama sekali. Wallahualam.


mula-mula tadi, aku nak cerita pasal aku ni bukanlah penggemar kopi. sejak kecik memang tak suka minum kopi. sakit kepala kalau minum. pastu, suami aku ni tetibe je menyarankan supaya kami amalkan minum kopi. sebab mengikut sunnah katanya. maka, aku yang tak suka kopi ni pun, ikut la minum. memang dah ditakdirkan yang coffee maker pemberian seorang sahabat sempena perkahwinan aku dulu, akan dapat dimanfaatkan oleh kami. kami minum kopi o pekat tanpa gula dan hanya letak sedikit madu. sampai sekarang ni, aku minum la jugak walaupun aku tak begitu suka rasa kopi. support suami la katakan. heheheh... lama-lama aku macam boleh terima la rasa kopi tu. ada rasa refreshing.

point yang aku nak ketengahkan hari ni ialah tentang betapa pasangan kita mampu mempengaruhi kita. sebenarnya kami saling mempengaruhi antara satu sama lain. korang pulak macamana? ada tak apa-apa yang pasangan korang dah berjaya pengaruhi korang?

Comments

  1. Kakcik tetap suka minum milo atau teh o je... :)

    ReplyDelete
  2. Ros ni memang penggemar kopi.. tak dipengaruhi oleh sape-sape.. hihi.. kebetulan, dapat pula suami yang suka kopi jugak..

    ReplyDelete
  3. Sehingga kini aku belum lagi terpengaruh dengan pasangan untuk sama-sama pergi kedai pilih-pilih-pilih-belek-belek-pilih-belek tudung untuknya...

    ReplyDelete
  4. kopi sy pun xsuka minum lyd..sekali sekala boleh la..sbb sakit kepala kalo minum. Pengaruh dr pasangan...sy rasa kalo bab makan..maybe sardin dalam tin kot huhuhuhu sy xmkn sardin dlm tin dulu..tp sejak kahwin, hubby suka mkn..so sy pun jd kena mkn jgk huhuhu..

    ReplyDelete
  5. Dapat minum kopi time hujan2 pastu lawan plka ngan ubu rebus....perghhhh...terbaek ☺☺

    ReplyDelete
  6. Dulu aku pun tak suka minum kopi pastu membe belanja dan paksa minum kopi. Kopi radix. Tetiba macam sedap pula an then lama-lama tekak ni boleh terima apa-apa jenis kopi. :)

    ReplyDelete
  7. ada jugak.. suami saya suka mkn kerang.. saya pulak dari kecik mmg spesis tak makan kerang dan yg seangkatan dengannya.. tp sbb selalu cuba2 makan sikit2..lama2 tersuka pulak.. bila saya cakap saya dh pandai makan kerang.. dia tanya..sedapkan kerang??... den senyum je..dalam masa yang sama..saya berjaya pengaruhi dia makan sushi..hahaha

    ReplyDelete
  8. Dulu kecik2 saya tak sentuh coffee,, sbb makjang saya suka ajuk saya.. kalau minum kopi jadi hitam.. uwaaaa.. dah la saya itam.. kalau minum maka lagi hitam.. oh tidak.. tapi bila dah besar minum gak kopi.. anak sulong saya sakinah pun dulu tak minum kopi.. sbb saya usik dia kalau minum jadi hitam.. wakakakakaka (mana nak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan) .. one day dia minum kopi o ais.. langsung minat sampai skrg.. hahahahahahah

    ReplyDelete
  9. ada...

    suami kata kalau nak makan kfc kena makan waktu malam je..

    masa Ya mintak kfc ahad lepas tengahari buta, tetiba aku, "eh..kfc makan malam je.." walhal selama ni aku tak kisah pun malam ke pagi ke siang ke tengah malam ke..

    hairan ok!

    ReplyDelete
  10. Rumusan yg saya baca dari artikel itu, ialah tiada hadis soheh yg mengatakan Baginda SAW minum kopi. Wallahualam

    ReplyDelete
  11. haha,, betul tu lyd..bila hidup lakibini ni, mmg masing2 akan mpengaruhi..
    tp lya mmg x minum kopi & mmg xleh minum kopi..pernah 2 -3 thn lps kot, tringin sgt nk rasa..minum la..lps tu trus naik ke kepala ..tumbang & masuk ICU..

    ReplyDelete
  12. setuju,...memang setuju, Dulu koi minat chelsea, sekarang minat jdt...hahaha..

    ReplyDelete
  13. Salam ziarah dari bunda...
    Bunda minum juga kopi...tapi jarang2 sebab nanti bunda susah nak tidur..tapi bila bunda kurang sihat..minum kopi twrasa segar sikit..

    ReplyDelete
  14. Saya pencinta kopi. Sedapnya bau kopi. omnomnom.
    pasangan saya berjaya mempengaruhi saya lepak2 makan kat kedai mamak. haha. Dulu tak suka makan kat mamak, sekarang takde la suka sangat...tapi best la sekali sekala layan roti nan dengan tandoori kat situ. hehehe

    ReplyDelete
  15. Kopi adalah minuman terbaik buat lelaki juga wanita yang semakin meningkat usia.... tu pasal suami beriya mengajak iserinya minum kopi bersama.. :)

    ReplyDelete
  16. rasa sy pun tiada hadis nabi suka kopi..kalau susu tuh benarlah byk sy jumpa...
    hmmm ..btul tuh ..dl sy tak suka makanan orng sini, tp kerana dek suami, asyik makan sepinggan ngan dia jer lama2 tekak pun leh masuk jgklah

    ReplyDelete
  17. kalau susu tuh banyak tuh jumpa dalam hadis..kopi tak pernah plak...
    btul tuh lyd..cam sy nie kerana dr awal kawen dok makan 1 plate ngan somi, mknn sini yg sy takleh telan akhirnya dpt masuk jgk...hehe

    ReplyDelete
  18. pasangan sememang nyer boleh mempengaruhi kita. aku pun jarang minum kopi kat umah. kadang2 je.

    ReplyDelete
  19. mmmm.. perkongsianyg jelas.

    mmm, ada.. kalau kami laki binik cik suami la byk pengaruh sy. terutamanya bab mkn ikan.. hahaa. sbb sblm ni sy hnya suka mkn ikan kembong je kot..

    ReplyDelete
  20. X pernah suke kopi pun selama, ttbe jadi ejen mineral coffee suka teros minum sbb menghilangkan gastric dlm perut..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya