Skip to main content

Mencari Barang Yang Kita Lupa Letak Di Mana

sejahteralah ke atas kamu.....

kat rumah, aku selalu je lupa aku letak barang kat mana. yang paling selalu aku lupa ialah speck mata dan henfon. yang lain-lain tu kadang2 kunci keta atau getah ikat rambut[kunci keta jarang la, sebab mmg ada tempat letak kunci, cuma kekadang je tak letak kat tempat kunci tu yg lupa tu]. 

waktu bujang dulu duduk sorang-sorang kat rumah tu, bila terlupa letak barang kat mana, pandai la cari sendiri. sama ada cepat atau lambat je nak jumpa. waktu tu kalau speck mata yang hilang, memang berpinau la bijik mata nak cari. [power aku kanan 4.00, kiri 4.00. kalau tak pakai speck ni dah tahap nampak berjerebu je pandangan, pastu semuanya kembang je tak sharp.].

sekarang dah tinggal dengan manusia lain dalam rumah tu, bila terlupa letak barang senang la sikit nak cari. tak cari pun sebenarnya. main tanya je. "ada nampak tak speck mata syg?". masa mula-mula kawen dulu, jawapan dia selalu je buat aku menyirap limau, "syg letak kat mana?". eiii... kalau aku ingat aku letak mana, dah tentu la aku tak tanya. orang tanya dia, dia tanya aku balik. ni maroh ni.... hinss.. [eh, tak baik marah suami. berdosa.]

tapi bila dah lama kawen, dia pun dah faham dah. kalau aku tanya ada nampak tak barang aku yang aku terlupa letak kat mana tu, sama ada dia akan terus jawab tak tau kalau dia tak nampak atau dia akan bagitau barang tu kat mana bila dia nampak. hehehe... dia baru sedar kot istewi dia ni naga tasik chini. cepat benor keluar asap ikut hidung. 

aku tau pelajarannya, lain kali letak le setempat kalau dah tau ko tu pelupa. tapi aku macam tak sungguh-sungguh pun nak berubah. rasa macam best je bila terlupa letak speck kat mana. baru la penuh drama skit hidup aku. [padahal suami aku plak yang menyirap cincau sebab asyik kena cari je. alaa... boleh la boleh la boleh la... ].


Comments

  1. lyd..sy sejak bersalinkan qisya, memg kerap sgt lupa huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Ada satu konsep yang orang-orang Jepun guna... 5S...
    Cuba amalkan konsep yang ke-5 itu... standardization...pastikan apa yang diambil diletakkan semula ditempat dianya diambil supaya orang lain juga senang cari/guna....

    ReplyDelete
  3. Lyd, cuba petua dari ustaz harun din:

    'Bila tak ingat sesuatu, gosok belakang tengkuk dan selawat. Then, pejan mata ingat kuasa allah. In sha allah menjadi'

    ReplyDelete
  4. Yg selalu lupa spec, suami saya. Sbb dia suka letak merata. Saya jenis terus simpan dlm kotak atau berhampiran kotak spec tu. Mmg ngeri kalau spec dia ilang..sbb frameless.

    ReplyDelete
  5. mood minggu ni mood barang ilang kot...laki smlm gembur rumah cari wallet..jumpa dalam gebar..ntah camne ada kat situ..pagi td kunci kereta...hisshhhh

    ReplyDelete
  6. huhuhu.

    aku mcm ko jugak suka buat hilang barang...

    nk buat macam mana kan, kerap makan semut...

    kehkeh.

    ReplyDelete
  7. hahahaha.. sama la spesis dengan saya.. suka lupa.. even bercakap pun kadang2 saya lupa.. when kena menyampok dik anak2.. lepas tu langsung terlupa yang saya nak cakap.. hahahaha siap tanya diorang lagi * mama nak cakap apa tadi? hahaha..

    ReplyDelete
  8. kalau saya kan buat2 cemas, yang yang cepat carikan spek org kat mana tah. nnt dia pon cemas2 cari. hahaha camtu la taktik dia

    ReplyDelete
  9. kak, ema jenis yg selalu tk ingat letak barang kat mana..bila ty abang,,,kita pula yg kena marah balik...hehe

    ReplyDelete
  10. Pernah dengar satu petua, katanya kalau barang hilang, panggillah barang yg hilang itu berkali2, ia akan memantul minda kita mengingati semula di mana kita meletakkn barang tersebut....

    ReplyDelete
  11. Heheh..sib baik che suami semakin memahami...kalau sy kalau terlupa tuh mmg amek ms jgk nak jumpa balik, almaklumlah berserabut semuanya diatas almari sana sini..kalau dok bwh2 kang ade jer jd mainan nanti..huhu

    ReplyDelete
  12. wife aku pun selalu hilang barang gak. kadang2 cari dlm barang dlm handbag pun payah nak jumpa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya