Iklan! Iklan! Sila Click!

22 January 2014

Bila Naluri Fitrah Itu Dicabut

Sejahteralah ke atas kamu....

Aku, kalau anak aku menangis yang aku tahu nangis dia tu sebab kesakitan, aku pun akan rasa nak nangis. Aku kesian sebab dia kecik, dia tak mampu nak bagitau dia sakit kat mana. Sebab dia kecik. Dia bergantung kepada aku. Dia tak mampu tanpa aku, tak berdaya nak selesakan diri sendiri.

Orang Tu Yang Jahat

Korang mesti dah baca tentang kes pembunuhan kanak-kanak yang terjadi di Paka, Kemaman. Sebaknya hati aku bila tertengok gambar gadis kecil tu terbaring dengan darah berlumuran dan pakaian yang terselak ke atas pinggang. Aku terbayang, gadis kecil itu menangis kesakitan, merayu minta dilepaskan. Tapi si orang jahat terus je menyudahkan 'tugas' dia. *nangess*. Aku cuma tak dapat bayangkan sengsara yang gadis kecil itu hadapi di saat-saat terakhir nyawanya melayang di tangan si penjahat. Hoi penjahat!! Tak adakah belas kasihan kamu???!



Mak Ayah Pun Sukar Difahami

Banyak kejadian kematian yg melibatkan kanak-kanak berlaku di negara kita ni berpunca daripada kecuaian mak bapak. Aku selama ni, memang tak pandang negatif kepada mak bapak yang secara tak sengaja menyebabkan kematian anak mereka. Ye, aku tak salahkan mereka. Sebab bagi aku, mereka manusia. Memang biasa cuai. Kadang- kadang aku pon cuai. Cuma kecuaian mereka menyebabkan mereka kehilangan anak mereka. Waktu tu, aku fikir, tak mungkin ada mak ayah yang sengaja nak biar anak mereka menerima musibah.

Tapi dalam aku bersangka baik tu, banyak pulak aku baca pasal mak ayah yg biar je anak dia yang masih kecil main kat luar pagar, sendirian. Bila orang hantar anak ke rumah, mak dia boleh cakap "dia memang macam ni". Pastu muka tak risau langsung, terus je masuk umah semula tanpa membuka pintu. Dibiarkan je terus anak tu kat luar. Tak baca surat khabar ke korang ni? Tak tengok berita ke? Paling tidak pun, tak ada ke jiran-jiran atau kawan yang sampaikan berita jenayah sana sini berlaku kat Malaysia ni kat ko? Tak tau ke Malaysia ni bahye? Haiyo.

Aku bila dah dengar macam gitu, mula la aku terfikir.... Orang beranak ni untuk apa? Serius aku jadi keliru. Kenapa ko nak beranak kalo ko taknak peduli, kisah dan jaga anak ko? Sedih aku bila fikir nasib anak yang terabai oleh ibu bapa sendiri ni. Sedangkan betapa ramai orang yg nak anak dan sanggup sayang anak tu dengan lebih baik. Allah jualah yang tahu, kenapa Dia anugerahkan anak kepada orang yang tak sayang anak, tapi tak berikan anaka kepada orang yang betul-betul menghargai anak. Betul betul hanya Allah yang tahu rahsianya.

Tentang gadis kecil ini, sedikit masa lagi, rakyat Malaysia akan lupa tentangnya, termasuk aku juga. Tapi orang jahat tetap jugak tidak pernah berhenti melakukan jenayah.....




25 comments:

  1. Kejadian yang berlaku skrg ni memang kadang2 susah kita nak faham.. hanya 1.. manusia dah banyak berhati binatang.. nauzubillah..
    semoga semua anak kecil terpelihara akan keselamatannya.. aminnn
    Kesian sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu juga doa saya untuk semua manusia kat bumi Allah ni.

      Delete
  2. Rasa kesal dengan sesetengah orang yang sanggup mengambil foto mayat dalam keadaan mengerikan dan kadang2 mengaibkan. Tak tau di mana hati mereka ketika mengambil gambar2 itu, disimpan di dalam dada atau disimpan di celah paha? Hormatilah mayat dan bersimpatilah dengan waris2 yg kehilangan org2 yg mereka sayangi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul tu JR. Mereka hanya sesuka hati je sebarkan gmbr yg terdedah dan tak cover2 pun.

      Delete
  3. Saya pon baru tau pasal berita ni Lyd. Sedih sangat2. Kecil lagi budak tu. Mayat pon dah lebih dari 24 jam. Parents tak cari ker? Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kan mak dia buat report kata anak hilang. padahal dia terlibat skali bunuh anak dia.

      Delete
  4. Susah nak paham mentaliti org zaman sekarang ni..lyd,klu ko kat sekolah lg ko pening..apabila agama dan dunia dipisahkan..hmm..macam2 hal jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku boleh imagine kat skolah lagi la macam2.

      Delete
  5. tengok fakta kes katanya budak ni pernah hilang... arghhhhh! marrooohhh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pelik kalo mak dia taknak sangat jaga anak dia, ngape tak tinggalkan je dia dengan nenek. Nenek tu sanggup je jaga dia.

      Delete
  6. baca post ni teringat ada sorang budak kat sini..suka merayau merata rumah orang..mak dia ada je kat kedai tu..mak dia berniaga.tapi tak kan berniaga sampai lupa anak tak de kat sebelah..budak tu kecik je..ukur dalam 5,6 tahun kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab belum kena, mak dia tak alert. Semoga Allah lindung kita semua.

      Delete
  7. Jd binatang...tu yg jd gitu tu..
    Binatang pun elok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Binatang mmg fitrah mereka dah mcm tu. Mmg binatang lagi elok.

      Delete
  8. oppsss....memang betulla lyd...parents camni memang banyak kot..
    tapi tula kan..derang ni rasanya tak aware kot..mgkn jugak dia buat dia tak pk akibat mendatang...hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemana perasaan mereka sebagai parents ye? takde rasa nak protect anak ke?

      Delete
  9. saya selalu kata bangang pada si ibu yg sanggup mengandungkan anak selama 9 bulan dgn segala jenis susah payah termasuk terpaksa menahan loya , kesakitan , muntah2 pastu menahan sakit nak bersalin dan bersalin , terpaksa berpantang lagi tapi bila baby dah kuar , selamba jer pi campak kat tepi jalan ... haish !

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul QV. Mengandung bukan senang. Nak bersalin pun sakit. Tetibe tak sayang anak. Haiih tak faham.

      Delete
  10. Memang sedih, geram sakit hati marah ya amat dengan perbuatan kejam tak kira lah drug addict or else tp tetap tak berperikemanusiaan. Apa yg si kecil di usia 2 tahun tahu?
    Ya Allah lindungilah mereka..
    Tapi apapun si kecil itu telah pun menjadi bidadari syura

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila fikir yang budak tu dah terplih jadi bidadari, rasa kurang sikit sedihnya.

      Delete
  11. kdg sy dk berpikir jgk punca berlakunya semua jenayah2 pd budak2 nie..salah masyarakat ker, budak itu sendiri ker, ibubapa ker..namun mcm sesetengah kes rogol bwh umur sy tgk betapa berani budak2 pompuan ikut n percaya lelaki, kenen2 dah nak ikut...naif sangat atau takder rs curiga?
    rsnya pembatasan pergaulan tuh sgtlah penting dlm masyarakat n kembali pd ajaran quran akan menyelamatkan anak bangsa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. solution kembali kepada ajaran al quran tu, memang the best. Dah ramai yang propose perkara tu, tapi ada yang menghalangnya. Dah tu nak buat mcmn.

      Delete
  12. aku speechless...

    nangis aku tengok budak tu...

    ReplyDelete
  13. sedih kan.
    ingat lg masa kes arwah nurin ciksu kumpul smua paper pasai arwah. terpikir & terbayang.
    akhirnya senyap jua, skrg berlaku lagi.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...