Iklan! Iklan! Sila Click!

28 January 2014

Ada Masa Takde Hobi, Ada Hobi Takde Masa

sejahteralah ke atas kamu....

sekarang ni, bila dah ada anak, aku baru sedar hobi yang aku betul-betul suka ialah menjahit. mungkin minat ini diwarisi daripada arwah mak aku. warisan pusaka yang tak perlu dibahagikan mengikut faraid. iaitu ilmu mengendalikan mesin jahit. chey. [aku rasa menjahit ni memang mak-mak zaman dulu kebanyakkannya reti menjahit. semua jahit baju anak-anak sendiri. agak mengkagumkan betul tak? bukan setakat baju je jahit sendiri, kuih muih pun tiap2 hari buat sendiri. kagum..kagum..].

malangnya, bila aku dah jumpa hobi yang aku betul-betul suka ni, aku dah tak punyai banyak masa untuk mengadap hobi aku tu. untuk pengetahuan korang, ni la hobi yang paling konsisten aku pernah ada selain daripada buat karangan dalam blog ni, sejak aku beli mesin jahit masa mula-mula aku kawen dulu, [hampir 3 tahun lepas], aku memang memanfaatkan sungguh-sungguh mesin jahit tu. senang hati suami aku sebab tak sia-sia pembelian mesin jahit tu. bukan sekadar saje-saje nak buat tukun, beli pastu tak pakai. memang ade je yang aku jahit walaupun tah hapa-hapa je. janji ada fungsi ye dakk..

biar aku bagitau satu rahsia, dulu masa aku bujang.... aku ada banyak masa lapang. sangat banyak. tu pun aku baru sedar yang dulu aku ada banyak masa lapang bila aku comnpare dengan masa lapang aku sekarang. ye lah.. dah bujang. memang ko hanya perlu bawak diri sendiri je. nak bersiap gi mana-mana pun untuk diri sendiri je. masa aku yang banyak tu, selalunya aku habiskan dengan tidur, tidur, tidur. selainnya aku dok layan perasaan jiwa kacau. memanjang jiwa kacau. waktu lapang, tapi aku rasa aku takde masa sebab aku dok habiskan dengan perkara tak berfaedah seperti yang aku sebut kat atas tu la. time tu aku takde hobi. nak cari hobi pun takde idea.

nak penyesal pun tak elok jugak kan. yang dah berlalu tu biarlah berlalu. sebab itu la masa lalu boleh dijadikan pedoman untuk kita meniti masa hadapan. cuma dalam fikiran aku berlegar-legar idea ini, "kalau dulu aku dah jumpa hobi menjahit ni, sekarang aku dah expert menjahit, dan macam-macam benda yang aku boleh jahit dan mulakan bisnes, mesti sekarang aku dah mampu beli keta Peugeot.". tapi, memang tak tak baik aku nak ber'kalau-kalau' lagi waktu ni. sebab aku takkan tahu nak hargai masa kalau aku tak lalui tu semua. 

apa yang aku buat sekarang, aku bangun kul 5 pagi tiap2 hari supaya aku boleh menjahit. okay aku tipu. bukan la on the dot kul 5 pagi. ada la lebih-lebih skit. dalam 5.06 pg, 5.10 pg camtu la. biasa la set alarm kul 5, pastu snooze 2, 3 kali baru bangun. gitu le kaedahnya. ehehehe... biasanya dapat la aku menjahit sekejap, menyiapkan tempahan kawan-kawan. sikit-sikit lama-lama jadi habis kan? *projek yang aku tengah run skrg ialah set sarung tilam baby cot [sekali dengan sarung bantal dan sarung bolster] untuk bff aku yang dah bersalin dah sabtu lepas. lambat la siap ni sebab aku dapat kain yang dia nak bagi aku jahit tu pun dalam 4 hari sebelum dia bersalin. dah tu, mmg tak sempat le kan. hehe.

13 comments:

  1. LydSunshine has left a new comment on your post "Pemanggang ajaib HiG":

    salam, boleh saya tau kalau bakar ayam guna ni, berapa lama ye? pastu nak guna api kecik ke sederhana? atau kena buka utk tgk dah masak ke belum?

    jwpn : ikut saiz ayam..kalo setengah ekor,dlm 40 min..kalo nk cpt awak kelar2 kn daging ayam tu.kalo part by part dlm 20 min je..boleh je buka n tgk keadaan ayam tu masa kita masak. api tu terpulang nk guna kecik or besar..mcm saya, kalo masa tgh masak tu saya nk buat keje lain mcm sapu rumah ke,sidai kain ke, saya guna api kecik..kalo xde apa nk buat, saya guna api sederhana or besar

    ReplyDelete
  2. Best nya pandai menjahit. Nak menjahit ni pon kena ada minat kan.

    ReplyDelete
  3. sama la lyd.. sy pun minat sgt menjahit skang ni.. walaupon x tau hape pasal jahitan.. tapi beli gak mesin jahit sebab dah minat.. cuba jugak siapkan mana yang sempat.. time anak tido.. itu je masa yang ada nak jahit bagai.. hihi

    ReplyDelete
  4. menjahit syok tp sy jenis malas. kan best sy mmg minat

    ReplyDelete
  5. tdo pd masa lapang pun satu hobi gak tau.

    ReplyDelete
  6. untung ada hobi menjahit. mak saya memang tukang jahit, tapi saya tak mewarisi pulak bakat dia tu. hekhek. tahu asas sikit2 je..tapi memang ada plan nak beli mesin jahit jugak ni, nak belajar2 mana yang mampu. hihi

    ReplyDelete
  7. kan..kan...skrg mcm xde istilah masa lapang dh huhuhhu wpun ari cuti, masa tue penuh sentiasa..kdg2 rasa mcm ehhh kenap kejap sgt masa berlalu ni..itu pun xwat lg..ini pun xwat lg..

    ReplyDelete
  8. Mesin jahit di rumah saya lebih kepada mesin jahit gajah putih kerana sangat jarang digunakan. Ada 2 mesin jahit di rumah: pakai letrik dan manual. Tapi nasib kedua2nya sama lebih banyak bermandi abuk, hehehehe....

    ReplyDelete
  9. Wa untung la pandai menjahit .. tapi itu la sekrg ni ada hobi pun masa tak izin kan.. kdng2 masa dah izinkan tapi hobi pulak tak boleh di buat :P

    ReplyDelete
  10. SA plak perasan yang hobi SA sekaranga dalah masak dan masak...dan masak....

    ReplyDelete
  11. untung la boleh menjahit.. saya takat jahit suar koyak anak boleh la.. muahahahha.. jahit sarung bantal.. tu je yg pandai.. hahahaha..

    >> cuti CNY kat ofis ni dari khamis ni 1/2 day.. lepas tu masuk balik ofis 10hb February nanti.. mmg lama giler lah.. company bagi free 2 1/2 hari cuti.. so apply leave sendiri 3 hari.. wajib apply sbb company ni ikut fongshui.. ada hari2 kena tutup and buka on hari2 apa.. actually 7hb kena bukak ofis dah.. tapi alang2 lak saya nak datang ofis hari jumaat kan.. so alang2 seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan kan.. hehehe.. :) ofis saya cuma ada 4 org keje.. saya sorang je melayu, 3 chinese..

    ReplyDelete
  12. kena minat juga jahit ni.
    sy boleh la tapi kureng kemas asyik kena bukak balik je. ada je yg mak x puas hati. hihi. bljr dri kesilapan kan..

    lyd beli msin jahit jenama apa?
    letrik punya ke?

    ada masa kena godek n3 lama lyd blik le. hihi

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...