Iklan! Iklan! Sila Click!

07 May 2013

KESILAPANMU, KEEGOANKU.



*entry ni panjang nak mamppss.. Kalo ada banyak masa lapang bleh la baca. Kisah Luth masuk spital sebab kesilapan doktor. *Entry ni auto-publish




Sejahteralah ke atas kamu....


Airmata saya terus mengalir laju apabila nurse di NICU, HTAA mengarahkan supaya Luth diletakkan di katil kecil khas untuk bayi dengan semua pakaiannya perlu dilucutkan kecuali diaper. Manakan tidak, sewaktu datang ke hospital, Luth dipakaikan pakaian yang lengkap dengan barut, sarung kaki, sarung tangan dan bedung. Tiba-tiba di hospital yang suhunya sejuk hasil kerja keras pendingin hawa, semua pakaian selesa Luth diminta untuk ditanggalkan.

Perasaan sebak saya tidak habis di situ sahaja. Malahan, apa yang saya tangiskan semasa mula-mula tadi hanyalah permulaan.

.................................................

Semuanya bermula tengahari tadi bila nurse di Klinik Kesihatan yang berdekatan dengan rumah ibu, datang melawat dan membuat pemeriksaan terhadap Luth. [Biasanya memang begitu. Tidak kira di mana pun kamu bersalin, asalkan semasa berpantang tu kamu berada di kawasan yang dipantau oleh Klinik Kesihatan tersebut, maka sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil alih tugas-tugas pemeriksaan rutin. Dengan syarat, kita perlu maklumkan kepada mereka tentang keujudan kita di tempat mereka. Nurse akan datang membuat pemantauan setiap 5 hari sehingga hari ke 20.]. Mula-mula nurse menekan pipi Luth dan mendakwa ada tanda-tanda kuning pada Luth. Khuatir kuning itu melarat, nurse itu menggalakkan Luth dibawa ke Klinik Kesihatan untuk diperiksa oleh doctor.

Selepas nurse itu pulang, terus sahaja Luth dibawa ke klinik oleh papa dan neneknya. Saya tak ikut.  Luth hanya dibekalkan dengan susu badan saya yang telah dipam. Bila berjumpa dengan doctor, Luth disyaki demam berikutan suhu badannya terlebih 0.7 daripada normal. Kuning ada sikit, bacaannya tak tinggi pun dan tidak membahayakan. Menurut doctor bayi yang berusia 5 hari sangat berisiko dijangkiti demam virus jika suhu melebihi bacaan normal.  Tanpa berlengah lagi beliau terus membuat surat supaya Luth dirujuk kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan. Malam itu juga saya dan Mat Azghul membawa Luth pergi ke hospital, dengan penuh persangkaan baik bahawa Luth tiada apa-apa. [Sebab kami memang tak rasa pun badan dia panas. Kami yakin dia sihat.].

................................................

Apabila Luth diarahkan untuk dimasukkan ke troli bayi di NICU itu, nurse tunjukkan katil saya pula. Saya termangu seketika. Katil saya? Kenapa perlu ada katil pula untuk saya? Saya bertanya kepada nurse, Luth kena tahan ked an nurse kata ‘Ya’. Astagfirullah. Saya datang sehelai sepinggang je. Dah la luka episiotomy belum baik. Saya datang pun dengan barut yang ada herbal paste kat perut yang memang akan bertaburan jatuh bila saya berjalan. Memang tak selesa langsung. Katil saya plak terletak di dalam satu bilik kecil yang dimuatkan dengan 3 katil yang sepatutnya bilik tu hanya muat 2 katil sahaja. Sempit nak mampus.

Luth dibawa pergi salah seorang nurse. Nak ambil darah katanya. Saya pula diarahkan duduk di katil. Mat Azghul hanya boleh masuk sekejap je dalam NICU tu. Huhu. Sedihnya saya. Daripada katil, saya terdengar suara Luth menangis sekejap tetapi kuat. Walaupun baru 5 hari bersama Luth, suara tangisannya telah saya rakam dan simpan di dalam kotak memori saya. Sayu sungguh hati saya bila mendengar tangisan Luth, namun saya hanya mampu berdoa agar Luth kuat dan okay.

Tidak lama selepas itu, Luth dikembalikan kepada saya. Saya lihat pada kain alas di dalam troli itu ada 2 kesan muntah di kiri dan kanan. Huhu.. Sedihnya. Saya belum pernah tengok Luth muntah. Ntah apa la yang dilakukan terhadap Luth sampai Luth termuntah tu.  Tapi hati saya lega seketika bila Luth sudah berada dipangkuan saya. Menurut nurse, setakat pemeriksaan awal, Luth tidak demam. Suhu normal, kuning pun ada sikit tapi tak serius. Cuma nurse kata belum jumpa doctor sebab doctor busy dan darah Luth pun belum diambil lagi.

Selang beberapa minit, datang seorang pembantu hospital yang ingin membawa Luth pergi lagi sekali untuk diambil darah. Sebelum itu, beliau menemubual saya untuk mengetahui sejarah kandungan saya. Dia tanya saya pernah demam ke tak semasa mengandung. Ada darah tinggi ke tidok, ada kencim manish ke tidok, ada ahli keluarga yang demam atau selsema dan batuk ke tidok di rumah tempat saya tinggal tu. Apabila beliau telah berpuas hati dengan semua jawapan saya, Luth pun dibawa pergi. Saya menunggu di katil dengan penuh debar. Pembantu hospital tadi ada maklumkan kepada saya bahawa Luth akan di’drip’ persediaan jika ujian darah Luth positif virus.

Penantian saya semasa Luth dibawa pergi diresahkan dengan suara tangisan Luth yang panjang dan kuat. Kali ini suaranya lain macam sikit. Hati saya bagai meronta-ronta menyuruh saya pergi tengok apa yang telah dilakukan kepada Luth, tetapi saya masih ingat bahawa saya ini umat yang bertamadun. Bukan sebarangan ingin menyerbu. Saya bersabar. Seketika kemudian, saya dengar suara tangisan Luth semakin dekat. Bermakna Luth sedang dibawa kepada saya. Apabila sampai kepada saya, Luth telah berhenti menangis. Tetapi esakan suaranya masih bersisa. Airmata saya memang tidak dapat diempang lagi. Laju saja mereka berjuraian di pipi saya. Saya ambil Luth dan memeluknya. Pada tangan kanannya dipasang drip. Suara tersedu-sedannya masih kedengaran sekali sekala walaupun dia sudah tidak menangis. Sebak sangat saya rasa. Saya susukan Luth sambil menangis. [oloh... sedih sangat lettew konon.. woo...woo..].

Saya berharap Luth boleh discharge daripada ward, malam itu juga. Tapi memang jangan harap la. Ada doctor yang datang ke katil kami malam itu. Beliau maklumkan, setakat ini keadaan Luth langsung tiada tanda-tanda demam. Cuma perlu tunggu keputusan ujian darah yang hanya akan diketahui pada tengahari keesokan harinya. Jika semuanya okay, barulah Luth dibenarkan pulang. Owh Tuhan... lamanya nak tunggu.

Malam itu saya langsung tidak tidur. Saya pegang tangan Luth supaya dia tidak merosakkan drip pada tangannya. Saya risau jika dia menggosok mukanya dengan tangan yang di’dripped’ itu dan menyebabkan drip itu tertanggal. Jika tertanggal, drip lain akan dipasang pada tempat lain pula. Mungkin tangan kiri atau salah satu kakinya. Lagi la saya tak sanggup nak tengok. Jadi, saya rela tak tidur dan menjaga dia. Siannya anak mama. Huhu. Saya yang dah tua ni pun rasa sakit sgt bila tangan kena drip masa nak bersalin dulu. 5 kali cuba, kali ke 5 baru Berjaya cari urat saya. Bongok betul. Derang ingat tangan haku ni gabus bunga nak main tikam-tikam je. Okay. Tak baik marah-marah. Sekarang ni nak citer pasal Luth, bukan pasal mama dia. Boo!

Esoknya, Mat Azghul datang membawa barang2 keperluan saya seperti towel, baju, sabun, berus gigi, bla..blaa...blaa. Mat Azghul sebenarnya ada kerja yang dia perlu submit by email kepada superior dia. Saya plak kena tunggu tengahari nak tau keputusan boleh discharge ke tak. So, sementara nak tunggu tengahari tu, Mat Azghul pegi cari port untuk siapkan kerja dia, memandangkan kat NICU tu orang lain takleh masuk selain ibu bayi je. Saya bersyukur sebab saya dibenarkan bersama Luth sepanjang malam tu. Ada bayi yang ibunya tiada di sisi pun kerana katil tidak mencukupi. Semua bayi yang tidak ditemani ibu, ditempatkan di bilik nursery di dalam NICU dan dibiarkan je menangis sampai kerang. Sedih pilu betul.

Tengahari tu, keputusan darah keluar dan ternyata Luth bebas daripada sebarang sakit atau demam. Doktor yang memeriksa Luth kata, bacaan suhu di Klinik Kesihatan tu kurang accurate sebab suhunya diambil ikut telinga. Sedangkan suhu yang benar2 accurate adalah diambil bacaannya dari punggung.  Bukan ujian darah je Luth kena buat. Ujian air kencing pun kena gak. Sian plok budak baru 5 hari dah jadi suspek. Kehkeh.

Saya lega dan bersyukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan Luth, walaupun dalam hati saya agak bengang dengan doctor kat Klinik Kesihatan tu. Dia punya pasal, tak pasal2 Luth yang jadi mangsa padahal Luth sebenarnya sihat. Tapi saya pun tak la salahkan dia pun. Dia hanya concern tentang pesakit dia kan. Yang penting sekarang, semuanya dah Selamat. Alhamdulillah. Luth pun sampai ke hari ini [hari ke-40] sihat walafiat. Kena cucuk Hepatitis pun elok je tak demam.  Bersyukur ya Allahu ya Rahim.

03 May 2013

Hari ke-5 Luth bin Mohd Azrul


Sejahteralah ke atas kamu......


Kelahiran Luth memberi  banyak pengalaman baru untuk saya dan Mat Azghul.  Mula-mula sudah tentulah pengalaman melahirkan Luth. Ya. Saya mengaku memang sakit bersalin itu sangat sakit.  Sakitnya tak dapat dijelaskan dengan karangan dan setiap wanita yang pernah melaluinya mungkin akan explain sakit itu dengan cara mereka sendiri. Bagi saya pula, sakit yang saya rasai semasa bersalin itu adalah seperti perut di ‘squeeze’ sehingga kulit perut itu tegang macam belon yang ditiup terlampau tegang dan hampir pecah.  Rasa itu sampai menyebabkan saya rasa seperti nak demam. Dalam masa yang sama rasa nak berak sembelit yang sakit tapi tak boleh teran.  Rasa mencucuk-cucuk di sekeliling bahagian kandungan, rasa sengal + lenguh + memulas terhimpun pada saat yang sama. Huhu.. Seram.

Orang kata, sesakit-sakit bersalin tu akan serta-merta hilang.... bila sahaja kita tengok bayi yang kita lahirkan . Tapi saya tak. Bila doctor letak bayi atas perut saya, saya seolah terlupa yang kelahiran dia tu adalah sesuatu yang saya nantikan.  Fikiran saya waktu tu tak ingat lain hanya rasa trauma sehinggakan saya macam buat tak tau je dengan baby Luth waktu dia menangis kat atas perut saya. Kehkeh. Melampau betul saya rasa.  Otak pun blur je.  Saya pun tak tau nak respon apa terhadap Luth waktu saya tengok dia untuk kali pertama.  Hanya saya rasa gembira bila tengok jantinanya lelaki. Hah! Finally saya taHu jugak walaupun Luth asyik berahsia je dengan kami sewaktu dia di dalam kandungan saya.

Berada di hospital tanpa Mat Azghul di sisi membuatkan saya sangat sayu.  Saya rasa lonely sangat.  Rasa hopeless.  Hilang tempat bergantung.  Setiap kali Mat Azghul datang pada waktu melawat, baru la saya rasa seperti bernafas semula.  Dan itu adalah satu lagi bukti  yang saya memang sangat-sangat the very-very perlukan Mat Azghul di dalam hidup saya. Waktu melawat hanya 4 jam.  Arghh... Padan le muka kan. Next time insyaAllah nak bersalin kat private plak. Semata-mata hanya nak Mat Azghul sentiasa ada di sisi.

Malam pertama bersama Luth, memang membuatkan otak jadi makin blur.  Dia pada waktu siang tu hanya tidurrrrrrr je.  Saya kejutkan untuk menyusukan dia, dia buat ‘derkk’ je.  Nurse yang ajar cara-cara breastfeeding pun bantu kejutkan Luth tapi tak ada respon.  Menangis tidak. Terjaga tidak. Rasa nak menyusu pun tidak. Hanya tidur.  Kata nurse, itu mungkin kesan pain killer yang saya ambil pada 6 jam sebelum kelahiran Luth.  Tapi masuk je jam 7 malam, dia mula menangis dan celik mata then tidur-tidur ayam.  Perasaan yang paling meruntun hati bila saya lihat Luth menyusu susu dari badan saya untuk kali pertama.  Subhanallah. Perasaan itu sangat indah.  Rasa terharu sangat.  Mat Azghul pun turut terharu melihat adegan itu untuk kali pertama dalam hidupnya.  Kecilnya dia.  Pandainya dia.  Comel sangat bila mulut kecil Luth berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusu.  Kami sama-sama rasa nak menangis, tapi akhirnya kami sama-sama ketawa sebab terlampau comel.  Bila papa Luth balik selepas waktu melawat tamat, tinggal la saya dengan Luth sahaja berdua.  Dia terjaga untuk menyusu sebanyak 4 kali.  Penatnya saya rasa sebab  luka jahitan masih sakit dan terpaksa bangun dan menyandar untuk menyusukan Luth. Dugaan.  Tapi  saya hadapi dengan cool je sebab saya ni biasanya memang takde perasaan pun.

Cukup la setakat ini sahaja entry ini.  Apa-apapun saya bersyukur dikurniai suami yang melengkapi keperluan saya.  Bagi saya, memang Mat Azghul suami sempurna yang Allah pilih untuk saya.  Kelebihan yang ada pada dia ialah sikap ‘nak participate’. Itu yang jarang ada pada kebanyakan lelaki.  

ps 1 : entry ni mcm tak habis je. Dah takde idea la nok.
ps 2:  terima kasih banyak-banyak untuk yang masih setia singgah blog ai ini. Saya minta maaf sebab tak sempat blogwalking. Tak sempat lagi. Masih terhegeh2 nak manage masa dengan buat kerja rumah sambil jaga Luth.
Ni masa hari ke 3.

Pandai posing

I love you too Luth

Dibotakkan pada hari ke-8. Sepatutnya sunat hari ke7 tapi tak sempat nak cukur masa hari ke 7 tu. Tanda kat hidung tu dia sendiri cakor dgn kuku,


Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...