Skip to main content

Sekolah Tadika Yang Menyeksakan

Sejahteralah ke atas kamu...

Ada satu sekolah tadika ni. Lokasi dan nama sekolah itu dirahsiakan. Bila baca semua peraturan-peraturan ni, agak2nya nak tak korang hantar anak ke sekolah tadika ni?

Kalau nak hantar anak kat sekolah ni, ibubapa perlu ikut peraturan yang sekolah ni tetapkan seperti;

  1. Kena sediakan bermacam-macam jenis beg seperti beg untuk kasut, beg untuk baju bersih, beg untuk baju kotor, beg untuk bekas bekal, beg untuk letak selimut pastu saiz pulak kena ikut standard panjangnya perlu begini-begini, lebar pula sekian-sekian. Semuanya perlukan beg berlainan. Lagi bagus kalau ibu tu yang menjahit sendiri beg untuk anak yang nak dihantar ke sekolah tu. Pastu beg C perlu muat dalam beg A, dan Beg A perlu muat dalam beg B. Dan seterusnya.
  2. Kesemua beg-beg tersebut... perlu dihangkut sendiri oleh anak-anak. Wajib. Manakala ibu bapa atau atuk nenek yang menghantar anak tu ke sekolah hanya perlu berlenggang kangkung saje. Tak boleh tolong bawak beg-beg tu walaupun satu je yang kecik. Huh. Kejam.
  3. Perlu bertukar baju banyak kali, over and over again. Sebelum pegi main kena tukar baju dan kasut. Lepas tu tukar baju lagi. Sebelum nak tidur tengahari kena tukar baju. Lepas bangun tidur kena tukar baju lagi. Nak gi menari balet kena tukar baju dan kasut, lepas tu tukar baju lagi. Memang mendera mental dan fizikal anak-anak.
  4. Kena pakai seluar pendek tak kira la waktu tu sejuk cemana pun. Kalau anak demam atau selsema sebab kesejukan, parent dtg slow talk dengan cikgu supaya benarkan anak pakai baju yang tebal, tau cikgu dia jawab apa, "of course... memang tujuan anak-anak ni dihantar ke sekolah tadika untuk sakit.". ftttt...
Ada lagi reason yang ridiculous. Tapi nanti la aku sambung..... Oh.. lagi satu, sekolah ni dia punya syllabus dah la takde belajar sangat. Nak kata nak kenal hurup atau belajar mengira memang takde la. Hanya aktiviti je yang banyak.

Aku nak tanya pendapat korang, serius ni... kalo korang la... nak ke ko hantar anak ko ke sekolah cenggini gayanya?

Comments

  1. Ni tadika ke tempat latihan rekrut askar? Haha. Gila betul dia punya rules. Kalau dah takda choices pun, sanggup lagi tak hantar ke tadika tu. Kesian kat budak la kan. Kecik-kecik lagi life dah stress.

    ReplyDelete
  2. Menjengkelkan plak bila baca peraturannya. Kena bawa bag tarik jer lah klo mcm tu. Tak hingin lah nak hantar klo mcm ni gayanya.

    ReplyDelete
  3. aduhai syarat & peraturan kalah kem tentera ni.. kalau KA mmg idaklah nak hantar ke sana !

    ReplyDelete
  4. Rsnya ade hikmah disebalik setiap peraturan tuh..kena tgk dl taadika tuh nyer rekod, anak2 camaner yg terbentuk..menjadikah atau sama jer...tp kalau nak btk disiplin biar berterusan..jgn setakat tadika jerrr..

    ReplyDelete
  5. ini tadika mau untung ka mau lingkup ... pelik sebenarnya ...

    ReplyDelete
  6. kalau tadika private biasanye diorang particular n amik berat soal pelajaran. anak2 saya semua Alhamdulillah semua tadika yg ok.

    ReplyDelete
  7. Betul ke ni? Ada ke yg nak ikut?
    Kalau saya mmg takmo la, terlampau leceh.

    ReplyDelete
  8. lebih kurang macam sekolah JJ jer, kecuali tang bag tu la, selimut tilam semua disediakan cuma kena bawak soft toys sendiri jer. Yg lain tu semua cikgu depa yg buatkan, tukar baju apa semua tu, yer la tengok seluar dia itu hari kan, canner nak afternoon nap pakai seluar kotor cenggitu. Tapi tak la pakai seluar pendek tak kira musim, itu agak2 la, depa ikut musim ler pemakaiannya. Btw JJ pun tak la belajar ABC satu dua tiga satu2 kan, tapi disiplin dorang bagus, and benda lain banyak la dia belajar, hidung kaki semua tu. Everytime sebelum dan selepas makan dia minta wash hand. hehehe I rasa tengok umur jugak la kot, kalau dah besar 4 5 tahun duk menari bergelek jer mmg tak sesuai la kot.

    ReplyDelete
  9. Banyaknys syarat...
    bagus ke tadika tu

    ReplyDelete
  10. cenggini tanak la saya masuk tadika!!

    hmm mungkin susah pada kita tapi ada reason untuk mereka kot.tapi pasal pakai seluar pendek tu.. err macam takleh terima plak saya

    ReplyDelete
  11. Banyaknya syarat,nasib baik tadika anak xde peraturan camtu.

    ReplyDelete
  12. straight sangat la pulak.
    akan dipikir berkali kali. apa tujuannya ..mmmm

    ReplyDelete
  13. kena fikir banyak kali dulu cik belog.. ^^

    ReplyDelete
  14. Bab baju tebal tu je yg sy tak bape nak setuju. Anak demam, kena bagi togel.

    Yg lain, horror betul.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sa...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...