Iklan! Iklan! Sila Click!

27 November 2013

Kekampungan Makan KFC

Sejahteralah ke atas kamu....

aku hargai kalau ko baca sampai habis entry ni baru komen supaya tak tersalah faham.

ni kisah lampau. masa aku jadi student dulu. 
ada sorang kawan aku ni. biar aku namakan dia nana. dia memang asal dari kampung. aku pon asal kampung jugak.
malah boleh dikatakan kebanyakan kawan sekelas masa tu org kampung.
bila dok kat hostel. bila dah berkawan-kawan, selalu la kita nak makan sama-sama kat bandar.
nana ni plak bila time nak makan je, selalu je nak makan kfc. 
kalau kami semua tengah berbincang nak makan kat mana, nana mesti akan cadangkan kfc. kadang-kadang sampai merajuk-rajuk nak makan kfc.
masa tu aku serabut je. 
dah takde tempat lain ke ko ni.
balik-balik kfc. balik-balik kfc.
'kampung betul' aku kata kat dia. 
dia macam dah taknak try makanan lain. dia hanya nampak itu je la yang paling best.
ko nampak kan mulut aku memang laser. tu dulu la punye citer. 

bukan pasal aku tak suka kfc. cuma kfc ni kan antara fast food yang terawal bertapak kat malaysia ni. pastu dulu2 iklan kfc memang gempak. ambik peha ayam pastu makan peha ayam tu dgn muka berlagak. tagline dia plak 'sehingga menjilat jari'. kiranya dulu sape makan kepsi ni kira kaye raye la. tapi bila zaman dah berubah, kfc ni dah kira benda biasa je. banyak lagi pilihan lain selain kfc kalo kita nak gi makan kat luar. tak mewah pun walaupun sekarang harga kepsi memang makin mahal. ayam kan mahal. nak buat canner kan.

in fact, dalam banyak-banyak fast food yang ada dalam dunia ni, aku paling suka kfc. sebab kfc je fastfood yang masih merupa di dalam 'bentuk' asal dia. maksud aku ayam goreng dia la. masih lagi berbentuk ayam. bukan yang di proses. kan ke kalau burger atau nugget tu dagingnya dah diproses, dikisar, kemudian tah apa benda yang dimasukkan ke dalam daging burger tu kan. kalau ayam kfc tu, sekurang-kurangnya kita dapat lagi siat isinya dan nampak texture daging ayam yang berurat-urat tu. haaa.. gitu la kisahnya.

pasal nana tadi, cerita tu habis situ je. 
pastu kan, waktu tu walaupun dah tak jumpa kawan skolah, tapi selalu la juga bertelefon dgn kawan skolah dulu. nama dia wati. aku citer kat wati pasal aku 'sound' nana sebab asyik nak makan kfc. aku citer kat wati yang aku kata nana tu kampung. hahaha. [wati tak kenal nana sebab wati kawan sekolah menengah, nana kawan masa kat kolej.]

musibahnya aku cerita kat wati, sampai ke tua ni, aku memang kena menganjeng kalau aku kata, 'ari ni aku makan kfc'. memang confirm wati akan panggil aku 'kampung'.  aku memang gelak je la. sebab kalo sesape je yang kata nak makan kfc aku akan panggil 'kampung'. walaupun bukannya aku sebut tu dengan niat nak kata dia kampung. sebenarnya nak mengejek diri sendiri je. then, aku cerita le kisah ni kat ofismate aku yang tengah cuti bersalin sekarang ni iaitu mekjan. nah, sekarang pun kalau anak-anak dia kata nak makan kfc, dia boleh kata anak2 dia 'kampung'. hahahaha. but please don't take this story seriously. seriously don't.

aku harap ko tak anggap entry ni menghina. aku cerita ni hanya sekadar mengimbas kenangan je. sesungguhnya makan kfc tak kampung ye walaupun mungkin aku sebut kampung. dan kalau kampung pun apa salahnya. aku pon orang kampung jugak. hahaha... 

haaa.. sebelum terlupa... korang dah pernah terai tak kfc crazy crunch ni? untuk tekak aku, aku rasa sangat sedap. sebab ada rasa daun kari dan penuh rempah-rempah. rasa macam kuih siput/kuih gunting pon ada. betul-betul ho liaw.... tapi mestilah penuh dengan msg. hehe.


31 comments:

  1. Saya pun suka kfc.. Hee.. Kalau nk mkn kuih siput, mak saya ada jual... Ehhh... !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sempat dia promote kuih siput mak dia.

      Delete
    2. Elly myra nak!! dah lama tak makan..heheee

      Delete
  2. Masa kecik-kecik dulu, jarang-jarang dapat makan KFC. Sekali-sekala je. Kalau hari tu tetiba ayah payung KFC, memang rasa heaven giler time-time tu. Kitorang makan bukan takat jilat jari, sampai ke kotak-kotak dia pun kitorang jilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. masa kecik2 dulu, kfc tu kira makanan mewah la. berebut bagi sikit sorang kalau nak makan.

      Delete
  3. Fav ank2 kfc..terbeliak bijik mata klu tnya nk mkn kfc x??gitewww...umminya kurang sikit..wuwu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... jgn nak kata anak2... saya ni pun excited kalo org ajak makan kepsi. ngape ummi nya kureng suka kfc. sbb msg ke.

      Delete
  4. Kakpb pun suka kfc tapi ayam yg ori je. Paling suka coleslaw dan kentang putar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya suka ayam ori. saya suka spicy sebab mcm crunchy. coleslaw dgn kentang putar tu mmg terbaik in the world.

      Delete
  5. saya pun asalah kampung..'kampung kelubi' biarpun kawasan bandar...hehehehe...dulu selalu gak mkn kfc ni...tp dah kurang sejak cik hubby dah jarang makan ayam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngape plak ery jarang makan ayam. ikan kan mahal. heheh.

      Delete
  6. kfc crazy crunch? Ada rasa daun kari?
    tak nak lah... kampung... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... lawak je komen ko nih. tergelak aku.

      Delete
  7. Teringat lak zaman dok sekolah asrama dulu..kalau outing mesti nak gie kefci kat kota baru tuh..mmg bak kata lyd..bangga n seronok woo ms tuh..tp skrang kefci pun tetap menjadi kerinduan jugak bila berjauhan nie..:) kampng kan...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... ye la... sedangkan saya yg dok kat mesia ni yg senang nak gi makan kefsi bila2 masa ni pun selalu teringin nak makan. inikan pula ummuaidan yg jauh di fiji.

      Delete
  8. Hahahaha!

    Sy pun selalu je cop menda alah tu kat suami. Asal makan kat lua je, mst nak makan kepsi. Apakah? Dah skg ni, turun kat anak lak. Kepsi manjang. Pening pala mak, nakkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la anak suka kepsi daripada mekdinal. yang tu lagi la tak menyihatkan wp kefsi pun tak la berapa menyihatkan sangat.

      Delete
  9. sy pun suka KFC so saya budak hometown jugak lah kan.. haha tanak sebut kampung tu.. pdhal mmg aku budak kampung.. tp skang sy dah tinggalkan semua fastfood & junkfood..nti penyakit dtg semula.. tak sanggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, makan fastfood ni mmg tak elok pon. dulu akak ada juga berazam nak makan fasfood sebulan sekali je. tapi kadang2 tersasar la azam tu bila tak sempat nak masak dan malas keluar rumah, order je delivery.

      Delete
  10. sejak dok "kampung " ni. lama dah tak makan kfc. haha. hubby kite org bandar. tp fanatik kfc. asik2 kfc. i yg kampung ni pun tak kampung macam dia. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah... lawak je hubby awak ni. dia lebih kampung dari org kampung. heheh.. gurau je tau.

      Delete
  11. itu la apa yg i terfikir masa angau nak makan kfc last year ker kalau tak silap. sebab kenampakan bentuk ayam dia tu masih wujud, hahahaa I pun kampung wei sampai ke Berlin duk gedik nak kfc. so kfc terbaru ni rasa nya berempah gitu yer, yg perasa siput sedut atau siput sarawak ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i tau, i ingat lagi yg papa jj berlari gi beli waktu salji2 sbb u nak makan kan. u mmg kampung sejati la mama jj. tak melayu hilang di berlin giteww... bagus, i bangga dgn u.

      uih,,, selamat u tak kta siput babi. heheh.

      Delete
    2. yesszaaa punya haru kisah kefci I tu kan. Takkan Melayu hilang di Berlin, tekak gua di kampung halaman (walaupun KFC ni asalnya amerika). Hebak orang kampung.

      Delete
  12. hehehe KA baru lepas makan dgn Adik minggu lepas, btp kampungnyer KA kan kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA jangan gitu. saya ni tengahari tadi gi makan. lagi kampung. hahahah.

      Delete
  13. Dulu masa mula2 duk kl nak masuk kfc tak berani sebab takut nak order makanan pasal member cakap kalau nak order kena cakap omputeh..hehehe
    tapi bila mengandungkan anak2 sulung hari2 makan KFC hingga bos pun perasan. Bila buat kerja kt luar bos belikan kfc sebab dia perasan saya duk perhati jer bangunan kfc..sepanjang jln balik office (terharu pulak rasa) Anak2 takyah cakap bila time gaji "Ma KFC..." pandaikan diorng pilih time hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nita. dulu2 takut nak masuk kfc sebab takut nak order. tak reti nak order.

      baiknya bos awk nita. memahami. kalau saya pun terharu. hehehe... memang pandai anak2 awak. mcm tau2 je ma dia dpt gaji.

      Delete
  14. kfc pon dah pandai ikut selera org kampung.kiki
    yg tu blom try lg la

    ReplyDelete
  15. Myra dulu masa skolah + study gilakan KFC (so kampung la kan..haha) lepas tu start keje kot baru kenal Mekdi... :)

    Crazy Crunch tu mmg sedap ;D

    ReplyDelete
  16. time kat universiti dlu pun, kalo ajak mkn best2 sket, kitorang gi kfc. x pun pizza.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...