Skip to main content

Aku Tak Bertegur Dengan Dia

Sejahteralah ke atas kamu....

entry ini negatif. sila jangan teruskan pembacaan jika tidak mahu unsur2 negatif melekat kepada kamu.

Aku tau kalau orang Islam tak bertegur lebih dari 3 hari tu dah kira berdosa, nabi tak mengaku umat. Huhuhuhu... Tapi kan..... ada sorang ofismate aku ni. Aku cukup sentap dengan dia. Sebab dia selalu ketawakan pada setiap pakaian yang aku pakai. Ada je yang tak kena di mata dia. Aku pakai baju besar-besar gedobos dia ketawa yang macam tersekat-sekat yang macam tahan nak tersembur tu. Boleh ko imagine tak? Pastu bila aku pakai tudung yang dilabuhkan ke dada, dan kat bahagian kepala senget benget, dia pun tetap akan ketawa macam tu. Ko faham tak betapa tersinggungnya aku bila dia buat gitu. Sebab aku tak pernah heran pun dia nak pakai cemana. Aku tak pernah amik tau pun baju dia, rambut dia, kasut dia segala-mala pasal dia. Aku tak amik kisah pun. Bila aku tanya, "kenapa? Ada masalah ke?". Dia boleh kata, takde apa-apa pun cuma dia rasa nak gelak [sambil menahan gelak daripada tersembur]. biadap kan?

aku memang berbeza daripada dulu dari segi berpakaian. baju aku sekarang memang selekeh. rupa pun macam makcik-makcik je. baju aku, tudung aku semua berunsurkan makcik2 pulang petang. ko nak cakap apa kalau aku kata, suami aku yang suruh pakai camtu. dia lagi suka kalau aku pakai baju yang paling tak menarik perhatian orang. nak kata aku ni santekkkkk sangat sampaikan mcm tu sekali suami aku kongkong aku, memang tak la. tapi mungkin memang itu caranya suami aku menjaga aku bila aku tidak berada di sisi dia. aku sendiri pon suka macam ni. aku tak rasa pun dia kongkong aku. selesa apa berpakaian macam makcik-makcik ni. takyah nak pikir untuk jadi perfect setiap kali keluar umah. waktu perfect tu ialah masa kat rumah.

Okay, sambung balik pasal ofismate aku tadi. bagi aku senang je. daripada aku selalu rasa sakit hati dengan ejekan budak tu, lebih baik aku menjauhkan diri daripada selalu terjumpa dengan dia. biasanya jumpa kat pantry je. dah tentu waktu makan sama je kan. aku cuba sedaya mungkin untuk mengelak daripada bertembung dengan dia. supaya aku tak nampak dia ketawakan aku. tapi kalau dah macam tak boleh elak, aku takde la sampai tak jadi masuk pantry. aku masuk je. kalau dia tanya, aku jawab. aku bukanlah sebegitu childish sampai taknak bertegur sapa dengan dia. cuma, kalau nama aku nak mula bertanya dengan dia, memang takde la. aku takkan start a conversation dengan dia. lagipun bagi aku tak perlu pun nak berborak dengan dia sebab kawan pompuan aku ramai. tak perlu aku bersembang dgn dia pun.

selepas dah lama aku macam tu. aku harap dia perasan dan sedar yang aku tak suka dia ungkit pasal penampilan aku. sebab aku takkan nak ubah gaya aku semata-mata sebab dia ejek. aku cuma ikut cakap suami aku. aku bukan nak suruh dia suka dengan gaya aku, cuma aku harap dia respect je. ikut suka aku la kan. ikut suami aku la nak suruh isteri dia pakai cemana. takde kena-mengena dengan orang lain. yang penting aku tak kacau orang. pastu kan...pastu kan.... ada la dalam bulan lepas... bila dah lama aku berjaya mengelak daripada bersembang atau bertegur sapa dengan mamat ni, aku bertembung jugak. pastukan...pastukan..... dia tegur aku... nak tau dia tegur apa? Dia sengih-sengih, mata tengok aku atas bawah atas bawah sambil berkata, "ei, nampak gemuk la ko pakai baju ni"....... argghhhhhhhhhhhhhh.....

dia tak sedar pun aku tak tegur dia selama ni!!!!!!! marahnya aku rasa. tapi aku tanya la dia balik, kenapanya kalau nampak gemuk??!! dia kata takde apa2, cuma nampak kelakar. dalam hati aku, ko ni memang bangsa buta hati. so, aku terus je la buat tak tau je dengan dia. aku lagi prefer kalau tak jumpa dia langsung. supaya dia tak gelakkan aku, then dia tak berdosa bila aku tersinggung.

Comments

  1. Mcm2 pe'el manusia kan.. M
    ula tu ingatkan pompuan, rupanya lelaki ye Lyd?
    Sabo ye, mulut lelaki ni kalau bercakap kadang memang berbisa..
    Pedulik orang kata yang penting lelaki aka suami kita suka ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... lelaki2 kat ofis saya ni, kalau yg jenis mulut mcm pompuan tu ramai myra. cuma yg lain2 tu saya jarang bertembung. pastu takde la nak ketawa2 tahan tu. dierang sound direct je lagi tersinggung. tapi tak la selalu.

      Delete
  2. Ya Allah ada juga yg macam ni yer... Kalau kena kat KA taulah KA nak buat aper hehehe. Sebab KA ni jenis sound tepat je !

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni mulut laser gak ka. saya dah sound, tapi dia mcm tak efek apa2 pun. last2 tu yg malas nak amik port tu.

      Delete
  3. Laki yer dier nie lyd..mmg jenis bangsa yg tak paham bahasa n hukum hakam..elokpun hang jauhkan diri dari orng yg camnyer. kalau tak tegur dia pun tak berdosa sbbnya dia pun bknnya mahram..
    janji kita menutup aurat lyd, ikut suruhan Allah n suami, elak dari fitnah..apa yg orng kata n fikiri not matter anymore..biarkan akhirat sahaja pemutus bainakum(in between u ppl..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah, lelaki ummuaidan. itu la, bila fikir yg saya tak penah amik port pun hal dia, sebab tu saya cuba elakkan diri. kalau nak diikutkan.... dia ni mmg banyak la kekurangan kalau saya nak kutuk atau ketawakan dia. tapi bagi saya, itu hal dia. bukan hal saya. so, takde kaitan dgn saya.

      Delete
  4. kih3 cam lawak je plak ngan mamat tu (musti ko bengang aku kata lawak..padahal ko tgh bengang) tp mmg betul...juz ignore dia & elakkan bertembung ngan dia utk elakkan sakit hati...buang karen je sakit hati kat org...
    hmmm...smlm perasan aku pakai tdg camne kan...pakai yg tu en suami senyap je..no comment..tp hari ni tdg tersingkat sket so kene la tegur...pakai tdg bawal senang le blh jatuhkan tdg...cer bg idea kat aku cam ne nak labuh kan tdg F aku ni(supaya x yah beli tdg baru...kene simpan duit utk baby baru huhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko memangggg.,.. hinss.. kang aku tak tegur ko kang. hahaahaha... tipu je. mana bleh tak kawan dgn ko. ko kan bff. itu la yg aku sedang buat ni. mengelak je.

      perasan, semalam tudung ko labuh. tudung bawal mmg boleh labuhkan, cuma aku pun dah jarang pakai tudung bawal sebab jarang nampak bayang tengkuk dan telinga cegeng aku. hehe. aku cadangkan ko tambah kain kat bahagian dalam tu supaya jadi labuh. aku nak tolong buatkan pun boleh, tapi mesin jahit aku takde jahit tepi. heheh. banyok plok masa aku nak tolong jahit.

      Delete
  5. la lelaki rupanya ye..sy ingat pempuan..
    ada jgk lelaki kepochi mcm nie..
    biarlah lyd..kita pakai cantik bukan utk tatapan org..
    cuma hak suami utk lihat isteri berpakaian cantik..
    sy memg xksah kalo nk ckp hal nie..
    pd sy kalo dia nk ckp gitu...biarlah..ilmu dia setakat tue shj..
    kesian pd dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaaa... lelaki kalo kepochi, lagi teruk dari pompuan. mmg azie, nak perpakaian cantik kat rumah. sbb kalau pakai cantik2 sgt gi ofis, suami saya mesti akan.... ermm... akan tegur. tapi kalo keluar bersama dia, pakai jugak la cantik skit. sebab nak jaga airmuka dia. kena la jaga penampilan skit.

      Delete
  6. memang kadg2 mulut lelaki ni lg hampeh dr pompuan.. penah terkena gak dulu.. tp mase bujg ar.. kite pun selekeh gak. boleh dia pi canang yg kite nk kt dia. hampeh giler.. sakit ati betul.. dah mulut rupa ape. perasan pulak.. eloklah pun jauhkan diri.. ade kwn kate.. anggp je org tu macm iklan kt paper yg kite xkn bace. ignore jer.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi mengarut mamat tu. perasan sangat org nak kat dia. sian dia ek.

      hahaha... terbaik... anggap je iklan mencari kerja yang tak kuasa nak baca. satu pages terus skip kan.

      Delete
  7. laa..lelaki ker? kalo lelaki lantak aje asalkan bukan suami kita yg gelakkan sudahla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki la yan. suami gelak takpe lagi, sebab boleh merajuk pastu kena pujuk. heheh..

      Delete
  8. kalau dah kena kat diri dia sendiri, baru dia tahu mcm mana perasaan lyd agaknya.. berdoalah supaya dia insaf.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak, kadang2 bila saya dah sakit hati dia mengata saya, saya pon kata balik kepala dia tu rambut botak pesen rambut tah hapa2. tapi kejap jek dia tersenyap. dia tetap tak perasan yg apa rasa kena kutuk tu.

      Delete
  9. Kurang hajo kot nk perlekehkan pakaian orang!!

    ReplyDelete
  10. ingatkan pompuan..lelaki rupanya.. sy pun g keje selebet je.. mmg mcm makcik2.. .. suami pun xkisah.. dia kata buat apa pakai lawo2 g keje? bukan dia nampak pun..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... kan... suami kita sependapat. bagus. dah tentu suami kita takde nak skodeng kita. so, takde point pon kita nak cecantik sangat.

      Delete
  11. kelakar la lyd...hehe...tapi kalau saya pun sentap gak kan. tapi peduli lah dia bukan laki kita...tapi kan bezanya dgn suami saya...kalau boleh dia naks aya keluar tu nampak pefect je...apatah lagi kalau keluar dgn dia. hehe. apapun, just be yourself ok. chill up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, mcm tu pulak. tapi takpe mrs r. sbb dia suami. dia boleh request isteri dia sendiri untuk pakai cemana pun. kita ni sebagai isteri, hepi kalau dpt ikut ckp suami kan betul tak. tapi ini kalau org lain yg sibuk pasal penampilan kita, hangin la kita.

      Delete
  12. apa hei dia nak sibuk errkkk?
    pelik bin ajaib

    macam ciksu senang je pi keja pakai macam makcik makcik cleaner.. hihi
    sbb bukannya cikabe kita keja skli,so, pakai cun cun untk sapa.
    untuk minta puji ke...
    no.no.no

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah le, mungkin sebab dia rasa dia hensem sgt kot. padahal tak pun. kadang2 saya perli dia, saya mintak maaf sebab berpakaian terlampau buruk kat depan mata dia. tapi dia tak faham pun org sindir dia.

      Delete
  13. Lelaki rupanya? Ingatkan pompuan tadi! Tak sangka pula ada lelaki macam tu? Agaknya dia terkurang hormon lelaki tak?

    Apapun saya setuju dan sokong 200% pendirian Lyd. Antara ketegasan hukum Allah dan kata-kata orang yang tak faham agama, kita boleh menilai yang mana yg perlu dipilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adaaaaa jr. kat ofis saya ramai lelaki yang mulut bau longkang. cuma dia ni mmg betul la terlebih hormon pompuan skit, tapi dia dah kawen ada 2 org pon anak.

      Delete
  14. oiii memang pokemon budak tu, kuajaq. Tapi u kira sangat baik lagi Lyd u just elak jer dia, kalau I tak tau la makan lempang kot. ehhh sikit2 nak lempang huhuhu.

    apa maslaah dia kalau orang lain pakai selekeh sekali pun? Nak bergaya semata tapi takder kehidupan, buat apa. Seriously kat sini kan much much better, sempoi jer pemakaian orang kat sini, kalau u pakai koyak2 pun orang anggap itu arts. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat pokemon dah tu, digimon pon skali lah. i kan... ada jugak rasa nak tarik kolar baju dia, pastu nak debik sekali kat atas hidung dia. cuma i terfikir dalam hati je la. karang jadi kes polis susah plak anak i nak menyusu badan dalam penjara. eh, ke situ plak i merepek.

      kan senang org negara lain takde pun nak kisah. org malaysia ni sgt2 suka menilai org. i pon tak tau kenapa.

      Delete
    2. muahaha jauh imaginasi kamu Lyd, takper kot penjara wanita sana still terjaga kan, choiiiii. hahaha btw done your nuff :)

      Delete
    3. hehehe... kuat tgk tv mmg gitu. nak2 csi. thanks ye.

      Delete
  15. Kak lyd...wani tau sape...hahaahaha..sbb dah tekena jgk ngn dia.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke tak ko ni wani. ofis kita ramai yg mulut longkang ni. ko kena dengan yang mana satu. tp mungkin jgk kot org yg sama. hehehehe.

      Delete
    2. tak la...wani yakin sgt ni..org yg sama...wani pun dh mlas nak bckp ngn dia kalau kak lyd nak tau..huhu..

      Delete
    3. ye ke wani? ko dah tak bercakap dgn dia ke?hehehe... tapi dia tak sedar perbuatan dia tu. mcm takde apa2 berlaku pon kan.

      Delete
  16. salam kenal...tq sudi singgah blog akak

    ReplyDelete
  17. Mamat? Lelaki la tu?
    Kalau gitu, dia tu jeles sbb tak dpt intai bila pakai longgar longgar....huh, mmg dasar jantan!
    Eh...aku jantan gak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, lelaki. kalo pompuan mmg la tak pelik sgt.
      aku rasa betul la teori ko ni, dia dah tak dpt intai bila aku pakai baju2 besar. patut le dia selalu tak puas hati kot.
      ko mungkin lelaki.

      Delete
  18. Lelaki spesis bermulut laser agaknya tu. Entah macam mana la rupanya. Terpengaruh dengan diva Azwan Ali kot? Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang jugak la cam azwan ali. hahaha... cuma ni yg dah kawen ada anak 2.

      Delete
  19. suami akak mcm suami sy la.. mmg takkan bg pkai pakaian yg menarik perhatian org..warna baju pun ala2 makcik timah sebelah umah je.. hukhuk tp ok apa kita cantik utk suami je..(n____n)

    ReplyDelete
    Replies
    1. makcik timah tu kadang2 lagi vogue daripada kita. heheheh... kan??? cantik untuk suami je sudah. tak perlu nak susah2 utk org lain tgk.

      Delete
  20. La...mamat ke? Hahahaha! Klu sy, direct sound je. Mulut mcm makcik2.

    ReplyDelete
  21. Sakit hati plak baca. Ingatkan pompuan. Rupanya lelaki. Malang lah sapa dapat laki mcm ni. Suka suki jer nak gelakkan org.

    ReplyDelete
  22. Laaa lelaki ke? Itu namanya Jantan Hati Kering Yg Tak Tahu Jaga Hati Orang Elok Duduk Dalam Hutan Berkawan dengan Monyet dan Khinzir Hutan!
    Maaf, over pulak ye?
    Jom ambik wuduk, kasi reda sikit... :)

    ReplyDelete
  23. adakah dia cuba mengorat anda dengan menyakat anda? huhuhu...

    ReplyDelete
  24. eish bengang jugak bile bace..mmg xsuka org mcm ni..kalau ayah yg kena mmg dah kena sound dah org tu..hehe

    ReplyDelete
  25. mati-mati ingat orang tu perempuan...

    tapi memang dh kawen kena jaga penampilan (sopan)

    aku pun.

    tapi enviroment aku takdak la nak gelakkan. dorang support je...

    hehe.

    ReplyDelete
  26. Lelaki....maybe dia sebelum ni ada hati ngan awak..tup2 awak dh kawin...sbb tu dia jd lagu tu......pandangan SA je...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya