Iklan! Iklan! Sila Click!

13 September 2013

Dulu Aku Anti Dia Ni

Sejahteralah ke atas kamu....

Sebab minat sangat kat kumpulan rock kapak melayu, aku memang bengang bila artis-artis rock feveret aku tak boleh keluar TV selagi mereka berambut panjang. Kalo nak keluar TV, potong rambut! Awie dengan Amy Search pon patuh dgn arahan tu. Ramli Sarip plak terpaksa ikat rambut kemas2 dan sorok rambut dalam baju rambut dia. Ni semua Tan Sri Mohamad Rahmat [kini arwah] la yang punya angkara. Masa tu beliau adalah Menteri Penerangan Malaysia daripada tahun 1987 hingga 1999]. Memang syarat nak keluar TV agak ketat waktu tu. Artis wanita takleh berpakaian yg nampak ketiak. Skirt pon kena bawah lutut. Kalau filem pulak, adegan-adegan tak senonoh memang kena cantas. Cerita hantu, jangan harap nak keluar TV.

Memang langsung tak supportive. Waktu itu, ramai juga orang yg mengutuk Tan Sri Mohamad Rahmat ni. Ye la.. Dah itu tak boleh, ini tak boleh. Cemana industri hiburan Malaysia ni nak berkembang. Pengkarya-pengkarya seni tanahair kita pun memang susah nak berkarya. Terbatas gitew. Aku pon ala-ala cam bosan nak tengok TV. [Ini mungkin satu pembohongan secara terang-terangan].

Setelah beliau tak lagi menjadi menteri penerangan dan jawatan beliau diganti oleh menteri penerangan yg baru yang namanya biarlah korang cari sendiri, semua peraturan ketat tu dilonggarkan. Artis-artis dah bebas berkarya. Filem-filem pun boleh dihasilkan ikut kreativiti pengkarya dengan sewenang-wenangnya. Now, hasilnya korang tengok la sendiri musibahnya. Filem hantu je dah macam-macam jampi serapah keluar. Filem gangster boleh dikatakan tiap2 tahun  2,3 buah keluar wayang. Aksi rogol dah terang-terangan ditunjukkan. Artis nak rambut panjang, nak bertatu, nak seksi ke, semua boleh keluar TV. Nak peluk-peluk kat atas katil pon boleh. Buat je. Takde masalah punya. Asalkan namanya hiburan. Erm, dulu aksi-aksi pondan pon tak boleh keluar TV tau.

Dulu memang aku rasa aku menyampah dengan Tan Sri Mohamad Rahmat ni. Tapi sekarang aku rindukan dia. Ini serius ye. Bukan sarcasm hokey. Tolong la selamatkan media elektrik Malaysia daripada rancangan-rancangan yang melampaui batas. Err.. tapi... aku faham stesen TV terpaksa la keluarkan cerita yg paling hot untuk bersaing dengan internet. Kalo letak cerita ikan paus je, sape nak tengok TV plak ye tak?

"Babak itu paling susah sebab saya perlu menghayati watak secara fizikal dan bermain dengan emosi. Tapi alhamdulillah ianya menjadi" -kata seorang aktress setelah melakonkan aksi rogol yg direlakan bersama seorang aktor yg juga suami orang. segala puji bagi Allah kerana mengizinkan maksiat itu berlaku? Homai..

17 comments:

  1. itulah kan.. ada sebab kenapa peraturan itu dibuat.. :-)

    ReplyDelete
  2. Awak, kang klu kite merungut byk sgt nanti ade menteri tu kate: KLU RASA TAK ELOK, JGN TENGOK! SNG CITE...

    Kan? Skg ni takde sape pun nak pk kan jln penyelesaian. Semuanya jenis advice dgn nada bongkak gituhhhh.

    =D

    ReplyDelete
  3. mcm boleh agak lakonan kena rogol tu sapa..rasa segan bila tgk filem mcm tu.

    ReplyDelete
  4. Hmmm..itulah jadinya kalau yg tak elok itu diindahkan oleh syaitan utk nampak cantik dan best ajer dgn niat nak menyelewengkan kita..mrk tak nampak hakikat itu semua sbb telah tertipu ngan keseronokkan sementara...

    ReplyDelete
  5. dah kurang tengok movie melayu skang ni..kurang moral...selalu ternantikan animasi je...berkualiti, boleh tgk dgn anak2. sampai skang belum pernah tgk cite kl gangster sampai habis...dan kompius bakpe ada org boleh tgk cite tu ulang ulang kali.

    ReplyDelete
  6. Adyuyai...Tapi Alhamdulillah iannya menjadi... sapa erk..??
    moga Allah beri hidayah buat mereka..

    saya jarang tengok citer melayu, selalupun layan kartun..tak pun tengok CI..
    tapi suka layan citer Tanah Kubur..

    ReplyDelete
  7. agaknya semua jenayah rogol itu hanyalah lakonan.. .maka ianya bukan jenayah... huh.

    ReplyDelete
  8. itu padah bila ikut nafsu & hati...betullah kata org tua2 dulu..ikut hati.. mati, ikut kata.. binasa..alahai me"layu"..

    ReplyDelete
  9. skang dah terlalu "sosial" sgt artis kita.

    ReplyDelete
  10. Scary tgk citer melayu skang. Nak mcm citer mat saleh dah.Nak bagi anak tgk pon segan.

    ReplyDelete
  11. 100 % sependapat ngan lyd. rata2 skrg islam atas nama jer.. tgok tv lglah.. budak2 dahla makin bijak skrg. jenuh nk pantau.. kang ada yang tanya.. mama.. nafkah batin tu apa? huhuhu

    ReplyDelete
  12. itu yang buat ramai suka tengok tv sekarang ni..sudahnya gemuk..lepas tu sakit..heheh..
    (ke situ pulak)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.. saya panggil tokmat...
    Arwah dah kan....
    Sama gak.. dulu tak minat tokmat sebab yg sama gak... Hahahaha.. tapi semuanya bersebabkan.

    Bubur tu 2 kali makan je.. tak banyak pun fiyya makan... sebab tu termasuk kot anak bs makan skali.... hahahah... licin setiap kali balik... sebenarnya saya masak 1 sebiji nasi tambah air and tanak atas dapur hasil sampai lembut giler... lepastu tak benda dah, cuma lenyek dengan belakang senduk buat pecah pecah dan halus.... sbb fiyya dah 8 bulan. Makan pun dah macam2 gak... so far boo boo dia okeh.....dulu 6 bulan sampai 7 bulan semua blend halus...

    ReplyDelete
  14. nak tgk berita pon dah malas tau skrg.macam2 yg terjadi diluar jangkaan kita..

    cib baik ciksu tak anti dgn arwah.. hihi

    ReplyDelete
  15. I myself kadnag2 segan bila tengok cerita melayu yang banyak adegan manja2, dah hampir nak sama dengan yg kat sini yang totally free country. babak drama laki bini, tapi bab peluk romantik tu kalah orang yg betul2 laki bini. Bab gangster semua tok sah cakap la, tu budak2 sekolah duk cuba ikut nak jadi gangster semua tu, konon cool gangster berhati suci phuiii.

    ReplyDelete
  16. betul3... kdng dah jauh dri nila2 melayu songsang sudah...huhuhuhu

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...