Skip to main content

Mejik Bulet Bebi Bulet

Assalamualaikum, tak jawab dosa kalo jawab dapat pahala. [Bajet Maria Elena].

Kecenderungan aku sangat tinggi untuk menyediakan sendiri makanan pejal untuk santapan anak aku. Sebab itu la aku tetiba je pegi beli Magic Bullet Baby Bullet ni kat Groupon. Kuhik. Harganya dalam 90 lebih[ aku tak ingat dah 'lebih' tu berapa].






Aku paling gembira sekali kalau aku beli barang, bila dalam satu kotak tu ada macam-macam. Contoh macam Magic Bullet Baby Bullet ni, dapat bekas kecik2 [storage cups], spatula, dpt beg, dapat tray getah untuk storage dan jugak blender kecik dan blender sedang.


Pastu kan... pastu kan... dapat plak 2 buah buku ni. Ini memang paling mengujakan aku. Banyak information yang diceritakan dalam buku ni. Tentang cara2 nak buat puree, buah apa yang boleh guna untuk buat puree, buah apa yang tak patut bagi pada baby, ada resepi... arghhh... memang best ahhh... Memang semua maklumat tu semua ko bleh gugel, tapi bila dapat buku percuma aku rasa hepi terlampau. Cool apa. Boleh baca sambil lipat baju atau sambil pam susu. Maklum le... Aku takde tablet. Henfon separa canggih aku yang cinonet tu plak rosak sebab dah pat belas juta kali jatuh atas simen. Cuba kalo manusia jatuh atas simen sebanyak tu, lagi awal dah Allahyarham.



Kenapa aku nak beli blender lain untuk blend makanan anak aku? Kat umah aku takde blender ke? Ini adalah soalan sendiri tanya sendiri jawab. Kat umah aku memang la ada blender, tapi mostly aku guna buat blend lada dengan bawang. Kang kalo aku blend bubur Luth guna blender yang sama, pedas pulak mulut kecik budak Luluit. tu. Dia tu dah la kalo menangis, menangis sampai kerang. Itu la kaedahnya kalo budak jarang menangis, sekali menangis memang panic room kejap mama dengan papa.

Siapa sangka, insan pemalas macam aku yang suka makan bubur sebab malas nak kunyah ni pon rupa-rupanya rajin bila tiba part anak. Nak masak bubur tiap2 hari, taknak simpan2 dalam freezer. Mampu ke aku ni? Hehehe... Aku yakin nanti bila anak aku dah mula merangkak dan pandai mengutip, aku juga akan jadi rajin mengemop lantai. Pengemop lantai rajin abadi. Sekarang ni masih malas lagi sapu dan mop lantai. Keke.

Comments

  1. Waalaikumsalam w.b.t.

    dah boleh makan ke si Luth, berapa bulan umur dia?
    sebab anak kan Lyd, berubah jadi rajin kita.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah makan dah NIta start umur 4 bulan. Pengasuh dia bagi makan. Memang Nita, banyak jgk saya berubah sejak ada anak ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Best ujie. Comel sangat. Kalo guna untuk blend jus pun okay. Tak campur dgn blender cili.

      Delete
  3. bagus mamanya sanggup blender lain untuk anaknya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha yang terbaik awk. Nanti awk dah ada anak akak yakin awak pun akan jadi mcm akak. Heheh.

      Delete
  4. kalau Lyd nak tahu,baby bullet ni lah ada seorang majikan akak bubuh makanan baby dalam tu,sangat mudah akan nak bagi makan,akak tak yah salin-salin kat bekas lain dah...sudukan je terus je dalam bekas tu..baru juga tahu benda-benda ni,eloklahlah ada bekas khas untuk baby je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ye kak baby bullet ni? Wah... makin bersemangat la saya nak buat bubur untuk Luth.

      Delete
  5. ila pun suka baby bullet nie walaupun xpernah beli...heheh...banyakkan barang2 lam nie... mama nak buat bubur tiap2 hari yer..bagussss... cayok2... =)

    ReplyDelete
  6. awak..bagus awak wat entry nie. murahnya awak dpt harga tue. ..tgh cari jgk blender utk qisya..berkenan dgn hand blender sbb mudah n sng kalo nak travel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah azie, kebetulan beli kat Groupon. Hand blender pon okay. Nampak pon lebih canggih.

      Delete
  7. W'salam lyd.

    Ada beli juga. TApi tak pakai² lagi. Anak pon dah tak mkn sgt yg blended. Kena tunggu next baby lah baru bley pakai...ahaksss...Murah tu harganya. Saya bely RM100++

    Bila dah jadi ibu ni, memang automatic jadi rajin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pakai ke fiza? Let go je la murah2. Mesti ramai yg nak beli. Hehehe.

      Betul tu awak, terpaksa jadi rajin sebab nak cukupkan keperluan anak dan beri contoh yg terbaik jugak utk anak.

      Delete
  8. Seronoknya jaga baby zaman sekarang, banyak makanan ready made ada di pasaran. Zaman anak JR kecik2 dulu kebanyakan kena buat sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg banyak makanan ready made JR, tapi tak bagus. Saya tetap nak buat sendiri makanan untuk anak saya.

      Delete
  9. Hehehe... akan tiba masanya nanti as insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. bagus2...masak sendiri untuk anak..saya pun masak hri2 untuk Mikhail..ngade la tu nak simpan2 dalam peti sejuk padahal bukan keja pun..heheh

    ReplyDelete
  11. murah tu lyd beli..cikgu google tgk seratus lebih tu harganya..slmmt memasak dgn riang ye..(^_^)

    ReplyDelete
  12. wahhh... mmg tgh dok usha gak blender untuk food baby wawa... macam best tu... baby wawa lum makan lagi... tunggu 6 bulan nnt ;)

    ReplyDelete
  13. NIceeeeeeeeeeeee. I tak beli pun benda alah ni masa JJ baby, tapi mmg teringin nak ada. Perfect la for working mom like u kena sediakan dengna cepat,tepat dan pantas, I dulu boleh lagi lecek ngan tangan since banyak masa kan... mmg I tak pakai blender kat dapur tu, kang bakteria belacan apa masuk sekali sana hehhee.

    Pstt: Jangan jadi macam I, sekarang kalau tak mop lantai sehari tak senang duduk. Ni rasa nak mop lantai lagi since takder kerja bosang weh duk umah menggelupur sorang2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya