Iklan! Iklan! Sila Click!

02 August 2013

Gangguan Makhluk Halus

Sejahteralah ke atas kamu...

Masa aku pregnant dulu, aku memang tak masak langsung. Kalo masak pun boleh kira guna sebelah tangan je berapa kali aku masak. Beras ada banyak lagi masa tu. Tak habis. Aku punya la tak buka pun bekas simpan beras tu, sekali aku buka,aku tengok penuh dengan makhluk halus yang aku panggil bubuk. Aku tak tau la korang panggil spesis ni dgn nama apa, yang pasti dia kutu beras. Memang berlambak giler. Boleh dikatakan macam seekor bubuk nisbahnya hanya dengan 3 ulas beras je. Punye banyak. Kalau dah sampai macam tu punya banyak, jawapannya memang aku buang je la beras tu. Sampai tahap, kalo aku beli roti letak kat atas kabinet dapur, bubuk pun tumpang makan sekali roti aku. Binawe betul. 

Itu boleh tahan lagi. Sebab roti kan still kat dapur. Jadi tak mustahil la bubuk tu nak play around sekitar kawasan dapur. Yang tak tahannya bila aku jumpa bubuk2 tu  dalam bilik tidur.  Kekadang jumpa je sekor sesat atas bantal. Yang aku paling menyirap bila aku masuk spital masa nak bersalinkan Luth, pada GL[guarantee letter] aku tetiba aku nampak macam kenal je mamat ni. Tgk-tgk memang bubuk. Bukan itu je, aku bawak bekal kurma dan kismis konon2 utk beri tenaga nak meneran, sekali tak boleh makan langsung sebab dah melimpah dengan budak-budak bubuk tu. Haiyaaa... lei mo kau choo aaa... Padahal kurma dan kismis tu aku simpan kat ofis. Baru je bawak balik beberapa hari sebelum bersalin tu.

Lepas tu, balik kampung berpantang kat kampung lega la rasanya sebab dah tak jumpa dah bubuk-bubuk tu. Habis berpantang, bila dah balik umah semula, saya dah boleh memasak semula. Beli beras, bubuk dah tak kacau. Takde walau seekor pun. Saya sangka, cerita gangguan bubuk ni dah berakhir. Masa saya kemas drawer barang-barang makanan kering saya, tengok-tengok dalam bihun, dalam megi dan spageti penuh dengan bubuk2 tu. Arghh... Yang paling teruk, ketupat segera sampai tahap semua beras tu dah bertukar jadi hitam dan air hitam tu menitik2 dah keluar dari plastik. Sabarudin tukang kasut je la aku sekejap. 

Sampai sekarang, walaupun bubuk dah tak lepak dalam beras tapi sekali sekala ada je aku jumpa sekor kat tempat-tempat yang sepatutnya takde kaitan langsung dengan bubuk. Contohnya;

Pada kain lampin Luth. Dia ingat warna putih lampin tu beras kot.

Pada pam susu pun boleh. Mungkin bau susu macam bau beras kot?

Taik mata aku bau beras? Atau mungkin bubuk ni terlampau advance dia ingat kaler beras dah bertukar jadi transparent?

Yang ini paling tak bleh blah. Sampai ke ofis pun ikut.... Haiyaa..
 Aku dah rasa kehidupan aku ni macam dalam citer katun tom and jerry plak. Ini kalo aku terjemahkan gangguan bubuk ni dalam bentuk animasi, mesti boleh beat tom and jerry. Selamat le aku tak pandai lukih katun.

Itu je la kisah gangguan makhluk halus aku. Korang mesti ingat ni cite hantu kan? Takde antu bulan puasa ni. hahaha. Sekian.

29 comments:

  1. hahaahaha.. memg dasyat!! sy iktirafkan akak peternak bubuk berjaya...camnerlah leh ada bnyak2.. biasanya klu buag beras yg dia duduk menumpang 2 dia akn xde...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. lah..aku ingat aku je kena gangguan budak ni.. tp sebab aku jarang masak kan.. nak buang beras sayang.. aku gi jemur di tengah panas bergilir laki bini mengasingkan bubuk dengan beras.. bubuk ni lari ke tmpt yg teduh..pastu meninggal..

    tapi betul.. ia akan ada di merata-rata.. dlm cawan - tetiba. tepi peti ais - tetiba.

    sekian, mangsa gangguan..

    -mak Ya yang malas nak log in

    ReplyDelete
  3. hahaha...tajuk memang suspen
    pelik jugak, camner boleh banyak cenggitu bubuk tu?
    sampai boleh ikut ofis bagai hehehe... :P

    ReplyDelete
  4. ehh ingatkan bubuk duk dlm beras je..x sangka sampai kemane2 ade die..bahaye tol..ni kalo nak elak gangguan makhluk halus ni kne pindah rumah je jawabnye,.haha

    ReplyDelete
  5. ada peminat ni sampi bubuk pun ikut..hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Kahkahkah...sampai office di ikutnya yer. Memang gangguan makhluk halus betul lah. Adoi lyd...gelak² daku membacanya. Ni dah kira menternak bubuk ni ☺☺

    Hairan juga yer. Ini bubuk spesis apa ni. Setahu saya bubuk duduk dalam beras jer. Tapi ni dah merata² rayapnya...ahaks...

    ReplyDelete
  7. nak gelak tergolek2.. dia ikut gi ofis tu yg tak tahan... adoiiii... banyak sangat ke sampai camtu.. cer bayangkan kalau tu ulat.. wakakakakaka... :) saje je k.. :)

    luth dah besar ke?

    ReplyDelete
  8. pergh..ni serangan tahap kronik ni lyd.
    pening jugak mikir..

    ReplyDelete
  9. aku syak bubuk tu dah berevolusi...
    dah tak makan beras tapi dah pandai hisap darah orang...
    aiiyokkkk!

    ReplyDelete
  10. akak kena kemas satu ghumah macam ni punya serangan makhluk halus...

    ReplyDelete
  11. hiiii..takutnya dia dah ade dimana2...baik hang tukar umah laa lyd..heheheh, lawak jer..
    tuh maknanya kena bua pembersihan seluruh umah n ofis tuh

    ReplyDelete
  12. huhu...

    mcm mana nak bunuh benda alah ni?

    memang pelik masalah ni...

    hehe.

    ReplyDelete
  13. Pd pam susu pun ada bubuk?? Ini dah masuk kes sex maniac nie..hehehehe...

    ReplyDelete
  14. hahaha... mmg aku ingat citer hantu td. alah, bubuk tu pun nak cuti2 malaysia gak. tu yg travel sampai ke ofis tuh. maklum, tiket penerbangan free...

    ReplyDelete
  15. wah lyd,saya pun tak tahu sampai ke tahap tu bubuk ni g merata-rata..

    ReplyDelete
  16. tuler pasal ingatkan perler tadi.. jenuh membacanyer...
    isyh tapi rungsingkan makhluk halus yang ini pun...

    ReplyDelete
  17. terkejut jugak sbb selalunya bubuk nie dlm beras jerk tp nie kat mana2 jerk ada bubuk...hihihihi

    ReplyDelete
  18. Kalau myra stress jugak dengan 'makhlus halus' ni

    Dlu penah jadi kes macam Lyd, beli beras at alst bubuk yg makan :D

    ReplyDelete
  19. salam aidil fitri dr saya .http://www.gilamodified.com/2013/08/saalam-aidil-fitri-buat-semua-rakan2-ku.html

    ReplyDelete
  20. Suspen je tajuk entry lyd ni..hehe...bubuk tu biasa...tp yg luar biasa tu bila bubuk tu ikut smpai ke office tu..;-)

    ReplyDelete
  21. hihi..igtkan luth kna ganggu mahkluk halus ke apa.. rupanya mamanyer y kena ganggu...
    hihi..nmpknyer bubuk ni dah bermaharajalela la ni....

    ReplyDelete
  22. la..banyak sangt dah kalau macam tu..ni kes pelik ni sebab sampai ke opis dia ikut..selalu orang ada masalah dengan anai2..ni bubuk pulak..kena cari tempat dia berkumpul la..lepas tu bakor!!!kita bako!!kita bakor!!!

    ReplyDelete
  23. seram jugak kisah lyd ni..hehe..apa2pun,selamat hari raya,maaf zahir dan batin ye lyd..jom kita aminkan doa di bawah ni..

    Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk mesir, syria, palestin, iraq, afganistan dan negara2 Islam..

    Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Dr Morsi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu
    musuh melawan mereka.

    Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong
    musuh melawan mereka.

    Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk
    menghadapi musuh-musuhMu.

    Ya Allah! tepatkanlah bidikan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada
    setiap langkah mereka.

    Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah
    segala upaya mereka.

    Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

    Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir dan semua tempat.

    Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

    Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

    Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan
    kalimat mereka.

    Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

    Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

    Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

    Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah

    ReplyDelete
  24. hihihi
    bab pi ofis yg tak menahan tu
    selamat ahri raya lyd :)

    ciksu mai singgah bagi jejak dulu.kih2

    ReplyDelete
  25. ee takut juga yer, kena cari mana punca tu, kalau dari beras bubuh cili kering or daun limau purut hehehe

    ReplyDelete
  26. ini memang kes berat.. gangguan makhluk yg terlalu halus..
    rasa2 kingdom semut dgn anai2 pun bubuk tu tawan.. kalau dah ikut pi hospital, office makna kata bubuk tu dah serasi la hehehee..
    rasa2 xde la company pembunuh bubuk ni.. anai2 banyak la.. doa je la..

    ReplyDelete
  27. hehehe.. bubuk tu suke tgl kat rumah kak lyd kot..
    tp comey jer bubuk tu..
    te tra ambik gambor close up.. hihi

    p/s : aah kak, alhamdulillah ld dh bersalin 23 hb 5 ritu :)

    ReplyDelete
  28. Kalau macam tu sekali gangguannya, bukan tom and jerry lagi tapi apa nama si cockroach katun tu? Dasat tul gangguan mereka ni.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...