Iklan! Iklan! Sila Click!

12 July 2013

Pengasuh Luth

Sejahteralah ke atas kamu...

Nenet
Pengasuh Luth adalah isteri pak imam kat surau flat aku. Beliau nampak seperti seorang yang baik, berusia akhir 50-an. Selain Luth, beliau turut menjaga lagi 8-9 orang budak lain yang berusia dalam lingkungan 5 tahun ke bawah. Kalau ikutkan aku kaget gak nak tinggalkan Luth kat dia. Ramai sangat. Baby pun ramai dalam 5 orang tapi Luth yang paling kecik sesuci embun pagi.[eii... cekomeinyaa... rindunya]. Pengasuh ni dipanggil Nenek oleh anak2 jagaan dia. Dia ada 2 orang pembantu. So, kira kurang la skit kaget aku tu.


Menangis La Sampai Kerang
Oleh sebab aku tak buat stok susu dan akan hantar susu fresh kat Luth waktu rehat tengahari, aku kerap la masuk rumah nenet, tengok budak2 yang dia jaga tu. Memang agak huru hara dan tak menang tangan gak sebenarnya. Selalu gak time aku datang tu ada budak-budak yang nangis unattended sebab nenet dan pembantu tengah attend budak lain. Tapi aku rasa tu normal je kot. Kalo kat umah pun aku selalu je biar Luth nangis lama-lama kalo aku nak siapkan keja umah. Dah alang-alang  buat keja, aku siapkan je la kalo masih tinggal sikit je. So, tak de la aku nak rasa bad impression pada nenet pasal benda ni. Cuma aku nak citer yang betapa comelnya budak-budak tu. Bila aku tengok yang menangis tu aku rasa mcm nak amik nak peluk. Heheh, dan memang aku buat pon. Dah sementara nenet bz, aku comfort kan la anak orang ntah sape-sape punya anak. Aku harap mak dia tak kisah, sebab aku pun harap kalo Luth nangis pastu pengasuh bz, ada orang yang sudi tenangkan dia. Tapi harap-harap orang tu dah basuh tangan dan takde demam atau selsema atau penyakit berjangkit. Huhu.


Budak Yang Nangis Tu
Ramai budak yang kuat nangis bila aku datang umah nenet tu. Ada sorang tu dia memang kuat nangis [tapi comel la, gomut]. Dia jenis yang nak berdukung memanjang.  Bila letak bawah dia nangis le. Ada sorang lagi tu masa aku ada kat situ, dia nangis sebab dia tak reti nak terlentang balik lepas dah meniarap. Dia penat kot. Comel sangat. Macam semalam, ada sorang lagi budak ni, dia duduk dalam walker. Masa aku datang tengahari tu bila dia nampak aku, terus dia nangis. [Adakah wajahku seperti puaka niyang rapik?]. Nenet kata dia takleh tengok orang bertudung sebab dia ingat mama dia. Hahahah... kiut sangat.[buat muka penyayang]. Aku cepat2 je lari. Tanak bagi budak tu menangis lama2. Lagipun Luth tido. Aku jenguk Luth kejap pastu aku blah la. Petang semalam masa aku datang amik Luth, budak yang sama menangis lagi bila tengok aku. Pastu aku ni plak gedikzz sangat pegi dekat dgn dia then gosok kepala dia. Dia diam kejap. Tapi bila aku bangun, pegi amik Luth, dia menangis lagi selok daripada mula-mula tu. Berdosa plak aku rasa sebab dah bagi budak tu harapan palsu. 


Cukup Ke Susu?
Setiap hari aku bekalkan Luth dengan 4 botol susu, setiap botol hanya 3oz susu. Bila aku amik Luth kul 6 ptg, biasanya aku tgk ada sebotol lagi yang Luth belum minum. Sebotol tu mesti buang je. Huhu. Syahdu betul aku rasa. Nak pam tu bukan senang. Dah la aku dah bacakan doa pada susu tu. Terbuang sia-sia je. Sobb..sobb... Mintak maaf susu... Saya tak sengaja. [Macam mintak maaf dengan nasik masa kecik2 dulu kalau makan tak habis]. Sekarang sejak bulan puasa ni aku balik awal. Kul 5 aku dah amik Luth. Aku bekalkan pun 3 botol susu je, sebab aku rasa sempat kot tunggu aku balik utk susukan Luth direct. Maknanya aku dah tak perlu hantar susu dah tengahari. Tapi walaupun aku bagi 3 botol susu, aku tengok pun ada sebotol tak minum. So, maknanya hanya 6oz je ke Luth minum daripada pagi sampai kul 5 tu? Hebat betul Luth ni. Kalo cuti kemain lagi dia kejap2 nak susu. Balik rumah pun Luth macam lapar gila, minum susu byk. Aku rasa ada kemungkinan sebab Luth ni jarang menangis masa kat umah nenet walaupun dia lapar.


Air Kosong
Aku ada cakap kat nenet yang Luth ni payah nak berak.[Aku tau mak-mak moden sekarang suka guna pekataan 'poo-poo' dan 'wee-wee' untuk gantikan pekataan berak dan kencim. Tapi aku tak suka pekataan tu. Wp pekataan berak tu cam kurang sopan je bunyinya, tapi ada aku kesah? Selambe je la kan.]. Berbalik kepada Luth susah nak berak tadi, nenet kata dia bagi Luth minum air kosong lepas dia menyusu. Tak banyak la dalam 1 oz je. Aku tau menurut kajian homputish, baby bawah umur 6 bulan takleh minum air kosong. Tapi aku takde la rasa paranoid sangat bab tu. Pada pandangan aku, takde masalah pun. Bukannya bagi banyak. Kajian2 doktor2 homputish ni bukan semua pun boleh pakai. Derang, susu kambing pun derang kata tak bagus. Susu lembu je yang bagus. Padahal Nabi lagi galakkan kita minum susu kambeng. Cuma aku rasa daripada aku biar nenet tu bagi Luth minum air kosong yang takde khasiat tu, baik la aku beli air zam-zam suh dia bagi Luth. Air zam-zam ada jugak khasiatnya. Nabi Ismail pun minum air zam-zam je dulu. Aku pon beli air zam-zam tengahari tu, then hantar kat umah nenet.


Anak Baik, Anak Soleh
Aku buat-buat tanya pembantu dia. "Luth ni kalau dia nak susu dia nangis tak?" Pembantu tu nama Kak Kiah. Kak Kiah kata dia tak nangis. Bila time menyusu, kita akan kejutkan dia bagi susu. So okay la. Sejuk skit hati aku. Nenet siap tanya aku, Luth ni kalau kat rumah dia nangis tak? *ofcos la nangis nenet... Terutamanya time nak tidur. Merengek2 la dia.*. Nenet pelik sebab Luth langsung tak meragam masa kat umah dia. Nak susu pun diam je. Hekhek sikit2 je. Aku rasa dia lena sangat kot tidur dalam buaian kat umah nenet. Sbb tu antara tidur lena dalam buaian dengan minum susu, dia lagi pilih tidur.  Dah sah. Memang anak mama. Kahkahkah. Tapi bila time dia berjaga nenet kata mulut dia kemain riuh. Aku penah datang umah nenet time Luth tengah berkicau sorang2. Memang bising pun. Sorang2 pun jadi. Lawak je aku rasa budak Luth ni.

Haa.. itu je la citer pasal pengasuh Luth. Apa-apa pun, aku bersyukur kepada Allah sebab memudahkan urusan aku menjaga Luth. Dan terima kasih kat nenet dia sudi jaga anak aku.  Memang la tak macam kita jaga, tapi still acceptable. Nak hantar kat Brainy Bunch karang mahal sangat aku tak mampu.




23 comments:

  1. banyaknye kena consider kalo hntr rumah pengasuh ye??

    hehe.

    ReplyDelete
  2. Eh dah kenapa asek jadi yg 1st komen kat sini..hehe.
    Saya paham kesangsian Lyd. Masa mula2 anta anak pun saya gitu. Mujur pengasuh ade whatsapp, tghari je mesti tanya keadaan Hakim.
    Kalau2 ade rasa tak sedap hati, doa banyak2 Lyd, mintak kat Allah supaya anak kita sentiasa dilindungi :)

    Oh! Soalan awak psl Vitalea tu saya dah jwb kat entry saya ye :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wahai mama luth..
    bila baca pasal pengasuh kan.. bukan senang nak cari pengasuh yang betul2 serba buleh..
    ini di kira nenet ni teror lah.. ramai yang dia jaga.. dan semua nya baik2 je.. kan.. :) and budak la.. biasa la kan.. nangis.. meragam.. merengek.. normal dah.. fiyya dari awal 2 bulan 1 hari duduk dengan pengasuh dia skrg.. sampai skrg dia nangis je.. meregek.. menjerit.. bukan la kata apa.. tapi fiyya memang jenis tak nak sesiapa melainkan family dia sendiri.. comel je.. sbb dia kenal family dia walaupun dia kecil lagi.. kalau haikal ada depan fiyya pun fiyya tak nangis.. janji family dia.. :D tapi kalau dapat mama dia yg boolat ni.. bonus bagi fiyya.. :D hari ni fiyya demam lagi.. :(

    ReplyDelete
  4. ayoo...perkataan berak sopankan sikit jadi buang air besar..skema gitu..hehehe..budak-budak memang cenggitu kalau duk umah pengasuh,baik-baik belaka,macam anak2 yang saya jaga,tapi bila mak diaorang bagitau anak ni susah nak menyusulah,susah nak makan lah,elok je kalau kat umah saya..memanglah diorang nak bermanja ngan mak ayah diorang..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum lyd...Luth macam Aiman anak yg mama jaga skg ni la...kalau tak kejutkn utk menyusu pasti die lebih suka tidur jer...kekadang tu terpaksa juga bagi susu ketika dia tidur dlm buaian..nasib baik juga la Aiman hendak juga menyusu sambil mata pejam kalau tidak susah juga... nanti mama Aiman ingat mama tak bagi susu pula kat anaknya...apa2 pun sama-sama la saling memahami antara mak dan pengasuh yer...memang sekarang ni susah nak cari pengasuh...masa mama mula2 jaga Aiman dulu pun rasa dah tak tahan sebabnya aiman macam Lyd juga bagi bb menyusu badan jadi Aiman tak mahu guna botol tu yg rasa mcm dah tak mahu jaga Aiman tapi mama Aiman pujuk mama supaya jagakn Aiman juga kerana susah nak cari pengasuh skg ni...nasib baik skg ni Aiman dah ok tak mcm mula2 dulu...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah...semoga pengasuh luth sekrg akan terus serasi bersama..hehehe.

    ReplyDelete
  7. Ramai betul nenek tu jaga. Heheheh. Klu ikutkan sy yg cerewet ni, mmg dah reject. Heee~ Tapi tuhlah, susah nak cri bbsitter skg ni kan? Tak boleh nak cerewet sgt. Huhuhuhu....

    Sy klu singgah umah mama Aydin, suka tgk bebudak kecik tu. Comel je msg2. Tapi setakat ni, Aydin soranglah boy kat situ. Yg len seme girl. Batch boy seme dah berhenti anta sbb da besar. Tinggal-lah Aydin!

    ReplyDelete
  8. Alhammdulillah dapat pengasuh yang baik ye lyd..cikgu sekolah kat kwsn kampung,jadi senang cari pengasuh pun yang kat kampung ni..depan sekolah cikgu je..tapi xpenah cikgu kuar bg susu direct..sejak anak sulung lagi alhamdulillah ok je diorg mminum susu perahan tu..hehe..(^_^)

    ReplyDelete
  9. teringat masa kecik2x kena jaga dengan pengasuh kat rumah dia...asal kena tinggal ngan parent mesti menangis...bila pk balik, malu pun ada..muahahaha..

    ReplyDelete
  10. Salam,,
    sudah semestinya kita mengharapkan yg terbaik utk ank kita.

    ReplyDelete
  11. 5-6 orang tu ramai la..saya ni selalu ada orang tanya nak tak ngasuh budak..awal2 saya dah tolak sebab saya ni tak nak jaga baby..sebab saya pun ada baby kan..nak jaga yang dah boleh berjalan+.lepas tu saya ni jaga anak orang saya nak sama je macam anak saya.kalau perlu marah saya marah..satgi saya marah sentap pulak mak ayahnya..hehe..

    ReplyDelete
  12. syukurlah dapat pengasuh yang bagus macm ni... x lah kita risau sangat bila g kerja tu kan ! hehehe

    ReplyDelete
  13. salam lyd..
    mmg camtuh bila kita hantar anak kat pengasuh, rs serba tak kena kan..suspicious tuh kena ade jgk..jgn percaya 100%, manalah tau kan..

    ReplyDelete
  14. Baiknya luth. Alhamdulillah dapat pengasuh yg ok. Saya teringin juga nak hantar kat pengasuh, tapi tak der. Tawakal jer lah hantar nursery.

    ReplyDelete
  15. Ada dua pembantu kira ok la kot, tapi risau tu of course la tetap akan ada kan plus umur2 kecik sumer dorang jaga tu, hope all goes well.

    Luth baik nyer, hahaha kelakar pilih tidur dari menyusu. Mungkin excited jugak kot tengok ramai babies sampai lupa nak menyusu. But then, dia mmg tidur sepanjang hari ker sampai kena kejut untuk menyusu? Senang nyer nak jaga.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah dpt pengasuh yang baik..xdelah risau kan.. :)

    ReplyDelete
  17. Berbaur rasa baca citer lyd ni tau...risau, lawak, syukur..pun ada.
    Ok jugak lah luth tak meragam kat rmh pengasuh, kalau meragam pastu tu tak terlayan...kesian dia.

    ReplyDelete
  18. Assalam Lyd... bila fikir pasal pengasuh mmg laa rasa mcm nk berenti kerja dan jaga anak sendiri kat rumah kan... bby sy smpi skrg asyik nanges...taknak minum susu dlm botol... tiap2 hari waktu kije pengasuh kat taska akan kol kata nye bby nanges taknak susu, perut kembung...huhu...tiap2 hari gak sy akan melawat bby kat taska utk direct bf... hmmmm...

    pasal air masak tu sy pun dah tanya dr pakar, dr kata ok...takde masalah pun bg minum air masak cuma jgn le sampai kenyang... elok jugak utk cuci mulut baby lepas menyusu...

    ReplyDelete
  19. Teringat masa anak2 masih kecil2 dulu, memang pening kepala nak dptkan pengasuh. Pernah hantar anak ke rumah org, ambil pengasuh Indonesia, hantar anak ke kampung dll.......

    ReplyDelete
  20. Memang bila kita hntar anak ke pengasuh, macam2 andaian rasa sangsi ada, tp kita tawakkal padaNya, insyaAllah moga dilindungi

    ReplyDelete
  21. lyd dh abis cuti ke..mcm baru jer lyd beranak...nak cari pengasuh yang boleh jaga anak kita dengan baik bukan senang sekarang ni...sy pegang prinsip ni je, saya takkan berkira dengan pengasuh supaya pengasuh tak berkira dengan kita dan jaga anak kita macam jaga anak dia sendiri....

    ReplyDelete
  22. bab pengasuh anak nie...sy memg sorg yg cpt cuak..xleh nk pk positif je tiap masa. Mak sy ada ckp..yg sy nie cerewet sgt. Tp itulah bila suatu yg kita susah nak dpt..tentu kita lebih hargainya.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...