Skip to main content

Cara Nak Tambah Channel/Pakej Astro

Sejahteralah ke atas kamu...

Channel Astro kat umah aku, aku ambil pakej murah je. Selain yang basic, aku ambil Entertainment [suka sangat berhibur ni, hamba seni acekonon], dan Learning. Kalau time aku nak buat kerja, nak tinggalkan Luth biar dia tengok TV sesorang, channel yang sesuai hanya Learning. Learning ni semua channel dokumentari: NatGeo, Discovery, History dan Animal Planet. Rancangan-rancangannya okay, selamat untuk tontonan kanak-kanak tapi yang tak bestnya bila time iklan, terus keluar iklan yang kadang2 tak senonoh ciung-ciung mulut [sbb promo channel lain]. Memang la Luth tu kecik lagi. Tapi aku tak pernah under estimate tahap perkembangan otak seorang bayi. Apa yang dia tengok dan apa yang dia dengar akan diserap sepenuhnya oleh otak dia.

Aku rasa takleh jadi ni. Nak pasang katun kat Ceria atau TVIQ, kadang2 ada jugak dalam citer katun tu adegan bergaduh-gaduh sesama makhluk katun. Aku tanak Luth tengok pergaduhan sebegitu. [Haaa.. tengok aku dah over-protective lagi.]. Aku mula terfikir nak tambah channel Baby TV. Khas untuk baby je. Tapi rasa malas nak call careline Astro. Bosan hokey nak dengar robot tu bagi arahan "tekan 1 untuk bahasa Bajau, please press 2 for Manglish, bla..bla..bla..". Habis tu cemana nak tambah channel kalau malas nak call Astro?

Aku cuba browse semua channel yang ada, untuk cari information. Hebatkan aku. Aku boleh ada idea plak nak browse satu persatu channel untuk cari maklumat. Tah hapa-hapa pun ada. Tapi jangan pandang rendah tau dengan usaha aku. Aku jumpa channel 200.  Astro Service Portal nama diberi.

Ni aku ada amik gambar interface Astro Service Portal tu.

Aku amik gambar screen TV. Kalau nak tambah channel, pilih UPGRADE/BUY PACKS

Kat sini ada listkan semua channel atau pakej yang ada. Kalau nak tahu harga, sila highlight pada channel yang kita nak tu, then tekan Info. Nanti akan ada harganya dipaparkan. Aku tgk, package yang paling mahal ialah AOD Dragon Pack tu. RM54 kalau nak tambah.

Yang ada tanda titikntu [itu sebenarnya asterisk*] adalah channel yang sudah disubscribe.

Contoh kalau aku nak beli pakej Metro, aku tekan Info, nanti dia tunjuk le senarai channel yang ada dalam pakej tu serta harganya RM8. Katakan bil Astro korang setiap bulan ialah RM50. Bila ko tambah pakej ni, monthly bill korang akan jadi RM58.

Bila korang dah select OK, nanti akan keluar screen ni. Ko ikut je step yang dia tunjuk tu... Nanti dalam masa tak sampai seminit channel tu korang dah boleh tengok.



Jadi, begitulah caranya untuk tambah pakej atau channel di Astro tanpa perlu menelefon Astro Service centre. Senang sangat. Cuma, Portal ni takleh kurangkan channel. Nak tambah bleh, nak kurangkan takleh. Kena call jugak ye.

Comments

  1. Hebat..hebat..!!
    Umah ku takde astro..kikiki
    Sebab takde sapa nak hadap tivi tersebut..hahaha

    ReplyDelete
  2. skrg nie kat umah pakai superpack 1...ingat nak tmbh jgk bbtv sbb qisya dh pandai tgk tv..tq utk info nie

    ReplyDelete
  3. Hah.. tu la...
    Tambah boleh, nak kurangkan punyalah payahhh....

    ReplyDelete
  4. saya tak pasang astro, yg chanel biasa pun takde yg nengok.
    tapi kalau ada anak maybe kena pasang..yg sesuai mcm lyd kata tu. elok gak utk pembelajaran.

    eh, ado ko option bahasa bajau segala tu..:D

    ReplyDelete
  5. lepas tu nak kurang kan cenel kena pemilik akaun sendiri yang call..maisara kecik sempt la tengok babytv tu..sebab masa tu percuam je dia bagi..sekarang kena baya lak..Mikhail tengok je la katun yang ada tu..

    *saya pun tak bagi maisara tengok katun kat ceria dengan tv 9..ganas dan suka guna bahasa kesat.saya bagi tengok disney junior je..yang lain saya lock..heheh

    ReplyDelete
  6. Astro klau bab nak caj cust memang semua serba boleh.. tp part kita nk potong channel diorang takmau la bg keistimewaan camtu kang kita suka2 plak tambah or tolak kan :)

    ReplyDelete
  7. Sy mmg langgan kartun utk aydin. Dah nampak keberkesanannya, kartun boleh improve bahasa inggeris. Mak sy mmg sengaja bia adik bongsu tgk kartun selalu. Tak perlu hantar tadika mahal semata nak anak fluent. Hahahah! Tgk kartun je, english die berabuk dr kami. Heheheh...

    Ckp2lah sy langgan pek yg satu tu. Tak moh tmbh g. Pokai woo! Heheheh!

    ReplyDelete
  8. hehehe... tambah boleh kurang x boleh ni yg leceh

    ReplyDelete
  9. waaahhh... tq lyd... mmg tengah berkira kira nak tambah... tapi tak reti... dan malas usaha nak reti... hehehhehe

    ReplyDelete
  10. x larat nak tambah pakej dah. jenuh nak membayor nanti.

    ReplyDelete
  11. masa awal2 dulu xtau
    astro la pandai sgt
    x bgtau!

    ReplyDelete
  12. masa awal2 dulu xtau
    astro la pandai sgt
    x bgtau!

    ReplyDelete
  13. channel yg sedia ada ni pon dah tak tertengok.,
    ni kalo gatal² tambah carik penyakit namanya.,
    hahahaha... :))

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Kat umah tak der astro. Tgh berfikir2 nak pasang ker tak ☺☺

    ReplyDelete
  16. tak pernah nak tambah channel, yang ada nie pun tak tertengokk..haha

    ReplyDelete
  17. saya pun tak nak lah tambah,kalau dapat kurangkan lagi bagus,channel yang sedia ada tak habis tengok...berebut-rebut lagi adalah...tu belum tambah lagi tu..

    ReplyDelete
  18. cikgu pun dulu langgan babytv untuk razin tapi bila dia dah besaq cikgu stress dok tgk kartun yang sama berulang2 sampai lagu2 tu menyanyi2 dalam otak cikgu..huhu..last2 amik kartun network and the geng je bagi dia layan disney jr lagi senang..huhu

    ReplyDelete
  19. singgah jgk & nak wish selamat menjalani ibadah puasa dan mudah2an amalan kita diterima Allah swt hendaknyer !

    ReplyDelete
  20. dl aku x ajar zharif tgk tv pn...cuma skrg ni utk menyenangkan aku wat keje so pasang upin ipin je bg zharif tgk...mmg dia x bergerak dari dpn tv...klu idak zharif dok ngekor je aku g mana

    ReplyDelete
  21. Owhh begitu, walau I takder kena mengena dengan astro dah, tapi I tetap baca satu2 untuk tambah ilmu katanya. Hahhahaa

    U are right, never underestimate otak bayi, apa yang dorang nampak, dorang save terus dalam memori dan akan digunapakai soonest as they can. I used to be surprised by what Jelita knows.

    ReplyDelete
  22. Masa nk comfirm order tu.. Wajib ke sms ?

    ReplyDelete
  23. Masa nk comfirm order tu.. Wajib ke sms ?

    ReplyDelete
  24. Astro ni xda pesaing, die pn bermaharajalela..

    ReplyDelete
  25. Dia kata kena tunggu 5 minet tunggu punya tunggu Tak jadi dia kata Aq Tak langgan lagi

    ReplyDelete
  26. oo jadi kira dah beli 1 channel kekal la

    ReplyDelete
  27. Kalau berminat nak pasang Astro atau sebarang kemusykilan mengenai Astro boleh whatsapp 013-9790000 (Adha)

    ReplyDelete
  28. Kenapa aku x blh....


    Ini dia send...RM0 You have sent to an invalid shortcode. Pls check with the shortcode service provider. Thank you.


    Mcmne nk cek shortcode

    ReplyDelete
  29. kalau nak tambah channel macam 611 , 612 , 613 tu cane eh ,aku cri tk jumpa pun

    ReplyDelete
  30. saya punya dh laen la..jdi susah nak ikut step akak ni

    ReplyDelete
  31. Astro.... Astro...klu cuaca x ok ..xleh nonton...tp Astro x bagi diakaun

    ReplyDelete
  32. Klo dekoder jnis ultrabox nk tambah siaran kena ikut step yang sama juga ka?

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya