Skip to main content

Kepala Angin : Part 2 - Imam

Sejahteralah ke atas kamu.....


Bila saya mendengar bacaan satu ayat hafazan daripada satu surah di dalam Al Quran, saya pasti akan teringatkan dia. Dia yang tidak saya begitu kenali dengan rapat. Jika kenal pun hanya sekadar nama dan rupa.... serta beberapa kisah negatif tentang dia. Bagaimana boleh teringatkan dia? Manakan tidak.... Satu masa dulu, lama dulu semasa saya dan dia masih di sekolah menengah, dia agak kerap menjadi imam di surau asrama pada waktu Maghrib atau Isya'. Setiap kali menjadi imam, dia pasti akan membaca ayat hafazan yang satu itu. Seolah-olah hanya ayat hafazan itulah ayat terbaik dan terpanjang pernah dia hafal. 

Sampai tahap, saya dan kawan-kawan asrama puteri dah boleh agak ayat yang bakal dibacakan jika dia menjadi imam. Sebenarnya kami agak meluat dengan dia. Bukan kerana ayat hafazan itu, tetapi attitude dia pada waktu-waktu dia tidak menjadi imam sangat la poyo dan tidak bersesuaian dengan keadaan. Nak explain pun susah. Senang cakap dia ni memang mengjengkelkan pelajar-pelajar perempuan.

Satu hari, penyampaian tazkirah selepas Maghrib di surau asrama itu membincangkan tentang isu kredibiliti seseorang imam. Menurut isi kandungan tazkirah itu, "seseorang yang menjadi imam bagi solat berjemaah, perlulah seorang yang disukai oleh ramai. Tidak sah solat jemaah itu jika imam itu adalah seseorang yang dibenci oleh makmum-makmumnya.". Sejauh mana benar atau tidaknya hadis yang dibacakan oleh penyampai tazkirah itu, saya tak pasti. Benar-benar saya tak dapat mengesahkannya. Tapi pada waktu itu, apa je yang kita dengar, kita terima je lalu percayai 100%. Budak-budak la katakan. Time tu pun bukan ada internet nak gugel-gugel kesahihan sesuatu perkara.

Pastu kan..... Saya dengan kawan-kawan saya punye la kepala angin, kiterang siap request lagi kepada AJK Surau supaya dia tidak menjadi imam lagi. Dengan alasan.... kami benci dia. Huhu.... Lepas tu, dia dah tak jadi imam lagi untuk solat jemaah di surau asrama. 

Arghh... bila saya fikirkan balik kisah kepala angin kiterang masa tu, beristigfar panjanggggggg saya. Padahal apa masalahnya kalau dia jadi imam? Bukan kiterang nampak muka dia pun masa dia baca tu. Asalkan dia boleh jadi imam. Tapi itu la satu lagi kisah kepala angin masa skolah dulu. Buat apa-apa pun tak fikir.

Comments

  1. tkpe.. yg penting kita belajar sesuatu dari perangai kepala angin tu kan hehehe

    ReplyDelete
  2. ada sorg imam ms sy belajar tu pun asyik2 baca surah yg sama..surah kalam. mungkinlah masa dia belajar, dia hafal surah tu kot..

    ReplyDelete
  3. haha..tidaklah batal pun solat tu.

    cuma jadi makruh hukumnya solat dengan imam yang kita benci. tapi panjang lagi perbahasannya tu

    ReplyDelete
  4. pernah jugk alami menda camni...tp bertindak keluar dr jadi makmum dia.

    ReplyDelete
  5. susah jgk kan kalau kepala hangin nie..tp zaman dok asrama mmg camtuh..budak pompuan anti budak lelaki & sebaliknya...hehe..tak kiralah dia imam atau ketua murid...

    ReplyDelete
  6. kepala angin juga di panggil gong di kelantan.... hhahahahahaha...

    ReplyDelete
  7. cerita selanjutnya.... imam tu kecewa kerana dipinggirkan. setelah mengetahui dia sebenarnya dibenci oleh para makmum wanita, imam tu bawa diri jauh ke tengah-tengah hutan... dan hilang. tak pasti sama dia membunuh diri atau disorokkan bunian...

    ReplyDelete
  8. Kesuma Angsana : Ye betul KA. Banyak saya belajar daripada sikap2 saya yg terdahulu.

    4feet8 : Mungkin surah itu yang paling dia suka kot. Sbb itu asyik2 ulang surah yg sama.

    Nur Fauzi : Terima kasih di atas pencerahan. Saya nak gugel tapi tak tau nak buat ayat cemana.

    Nafisa81 : Masa skolah dulu tak reti plak nak kuar jemaah. Maklumle, main ikutttt je.

    UmmuAidan : Memang kan? Masa skolah dulu boleh dikatakan kita suka sgt anti2 org lain. Rasa cam best je bergaduh2 ni. Bila dah besar, terasa bodoh. Huhu.

    Desperate mama : Dan juga di Terengganu. Gila pangkat pulak dipanggil Jipang.

    Nizam Ariff : Owh.. tak..tak.. dia masih ada sekarang. Dengar cerita dia jadi conman. Tipu duit orang sana sini tahap puluh2 ribu. Wallahua'lam. Ko kalo bg ending mesti nak dramatik masuk utan. Heheh.

    ReplyDelete
  9. Dulu kita banyak turutkan perasaan je kan, sekarang bila kita ingat balik baru akan terfikir kan?

    ReplyDelete
  10. salam
    Manusia diberikn sifat utk menyyang dan membenci......knp harus ada bencii....benciknlah pd buruknya..usah pd orgnya....

    Haah kt blog tirana aduka tu bahasa jawa ladyshineshine......tq sudi lpgkn asa di tempt ta...

    ReplyDelete
  11. org kipal hangin ni susah nak ramal..
    lyd sihat :D

    ReplyDelete
  12. Biasa zaman tu.. Kt just fikirkn apa y kita nak.. Lya pon ada beberapa pkara y tjadi dulu dsebabkb kepala angin.. N skarang bila igt.. Nyesal pon ade. Klo blik nk ulang smula n pbaiki mane y x ptt. Tp itulah.. LumrAh la.. Kt kn mnusia biasa. Msing2ade angin blake

    ReplyDelete
  13. wow...pernah juga dengar dan belajar pasal hadis ini..tp dah lupa apa jawapan dia....
    Seingatnya makruh kalo dibenci oleh makmum..
    tp kalo membenci tanpa sebab makmum yang berdosa..ini seingat saya...kalo ada pembetulan tolong betolkan...

    Apa2x pun walaupun kawan2x kita sangat menjengkelkan, kita cuba kikis perasaan benci tu takot melarat jadi 'barah' benci teramat sangat. tu yang parah..

    Nabi Muhammad kita sendiri pun tak pernah membenci kaum yang mengutuk beliau apatah lagi kita kan? Malah menegurnya dan menasihati agar kembali ke pangkal jalan..

    ReplyDelete
  14. nakall jugakk kak Lyd kan hahah siap pergi ngadu kat AJK tu yg x boleh tahan tu hihihih ;D

    ReplyDelete
  15. Kesian kat budak tu kan hehe... zaman remaja dulu memang kita jarang pikir panjang... takpe jadikan teladan... janji kepala angin tu tak berterusan sampai akhir hayat... akak dulu pun macam tu la jugak :-D

    ReplyDelete
  16. Jaman skolah...biasalah, tak matang lagi. Terlalu ikut perasaan.

    ReplyDelete
  17. kuat gak pengaruhnyer yerk smp tak leh jadi imam dah...
    tapi memang kalau dah kepala anginkan...

    ReplyDelete
  18. biasalah tu kak..time budak-budak lagi..

    ReplyDelete
  19. ada jugak member masa U dulu macam ni. tapi yg menyampah tang perangainya. mgkn slh satu sbb lain dia mtk clashed dgn jiran depan rumah merangkap kwn baik jgk la. pdhal jdh semua tu di tgn Allah kan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya