Skip to main content

Menongkah Arus : Water Birth

Sejahteralah ke atas kamu....

Kalau saya buat keputusan untuk bersalin sendiri di rumah menggunakan teknik water birth, tanpa bantuan midwife, tanpa bantuan pegawai perubatan dan tanpa pengawasan mesin-mesin perubatan, agak-agaknya kena buang keluarga tak? Heheh.

Ahad lepas, seorang sahabat saya dah berjaya melahirkan anak menggunakan teknik ini. Sendirian bersama suami di rumah mereka. Bayi lelaki mereka seberat 2.95kg. Sihat walafiat. Saya yang mendengar berita itu terus je terkagum sampai sekarang. Bukan tak biasa dengar orang putih beranak sendiri kat umah. Kat Malaysia pun dah mula menular melahirkan anak secara semulajadi ni. Cuma sebelum ni saya tak feel sangat sebab saya bukan kenal pun orang yang ceritakan tentang mereka lahirkan anak secara water birth ni. Tapi bila member saya sendiri yang lalui pengalaman ni dengan berjaya serta selamat, maka 99 kali ganda saya kagum. Memang berani dan nekad la korang. Actually yang kawan saya tu suami dia. Isterinya saya hanya kenal gitu-gitu je. Yang pasti, suami isteri memang saling sapot menyapot biki antara satu sama lain. 

Walaupun naluri saya sebagai seorang manusia [eceh] sangat ingin mencuba bersalin se'natural' yang boleh. Baru la thrill kan? Ha ah... memang thrill. Padahal saya ni bapak le penakut. Nak kena amik darah pun mentakuti. Inikan pula memberanakkannya sendiri. Kekuatan dan nekad tu takde rasanya dalam diri saya. Kalo saya mengalami sensorang contraction dalam masa yang lama, mesti saya dah panik. Tak dapat saya bayangkan kalo kena handle tu semua sendirian dengan Mat Azghul je di sisi. Panic room la jadinya nanti. Macam kawan saya tu, mereka memang dah pergi kursus untuk lahirkan anak secara water birth tu selama 2 bulan. Mereka dan diajar cemana nak handle situasi genting, cemana nak tenangkan fikiran even control penafasan. Maksudnya mereka dan well-prepared, bukan zero knowledge tentang teknik2 tu semua. Lagipun yang paling penting, tentulah Allah melindungi mereka. Semuanya dengan izin Allah jua.

Padahalnya kalau kita berfikir.... masa zaman kuno sebelum adanya bidan yang belajar ilmu kebidanan, dan sebelum adanya doktor serta peralatan canggih dulu.... cemana wanita bersalin? Sorang-sorang jugak kan? Takde ubat apa pun. Kawan saya kata, isteri dia mengandung  memang cara oldskool. Langsung tak makan ubat atau supplement yang disyorkan oleh doktor. Dia makan macam biasa je. No chemicals was taken. Alhamdulillah anaknya sihat. 

Apa yang ada di dalam dunia perubatan sekarang ni, saya nampak lebih kepada perniagaan dan keuntungan. Kalo Cesarian bleh buat untung. Kalo suntik epidural pun buat untung untuk hospital. Suntik itu ini semuanya akan cas duit pada pesakit. Pendek kata, ibu yang mengandung akan serahkan diri sepenuhnya kepada doktor yang merawat. Yelah.. dah sebab kita kan tak tau pasal perubatan. Mestilah percaya kat doktor.Media pula memainkan peranan. Mereka boleh mengeluarkan berita melalui media iklan untuk menyampaikan 'kebaikan-kebaikan' ubat mereka. Mereka juga menyebarkan iklan tentang 'kesan sampingan JIKA TAK AMBIL ubat mereka'. Itu yang keluar statement, kalau kamu tak makan vitamin tertentu,  anak boleh jadi begitu, boleh jadi begini. Siapa tak cemas kalo those experts dah kata gitu. Kata-kata menakutkan yg dah macam ugutan.


Sedangkan pada zaman nabi-nabi dulu, mana la ada ubat-ubat tu semua. Semua nutrisi diambil daripada sumber semulajadi. Takde pun Folic Acid, Obimin, DHA, AHA segala jenis. Tapi tengok la anak-anak orang zaman dahulu, bijak-bijak. Menghafal Al-Quran dan mempunyai daya ingatan yang super hebat seperti 4 Imam besar kita, Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie. Yang menerajui bidang Matematik, Sains dan Astrology seperti Khwarizmi, Al Biruni, Avicenna [Ibnu Sina], Al Khindi dan ramai lagi ilmuwan Islam. Apa yang mak-mak mereka makan ye? 

Sape berani bersalin sendiri mcm kawan saya tu?

Comments

  1. Nizam : Kentut dlm air, aku pun berani.

    ReplyDelete
  2. lyd...cubalah lyd...nak gak tahu camne rasanya...hehehe...bersalin dalam air...nanti terus dia berenang dalam air tu...hehehe...

    ReplyDelete
  3. emm..tak berani la lyd!
    saya tak tahan sakit..

    adik beradik saya 6 org bersalin kat rumah, saya & 2 adik je kat spital.

    ReplyDelete
  4. Sumber2 tu banyak dalam makanan harian kita jer...tapi kalau dah jadi kari, jadi asam pedas, jadi kailan ikan masin..khasiat dah hilang..tinggal penyakit je.

    ReplyDelete
  5. kalau saya plak.. walaupun ni nak branak 4... takot tu still ada.. kot2 tak boleh nak teran ka.. kot2 apa masalah lain ka.. cam skrg dah tentu2 tahu baby songsang.. lagi 2 minggu tak tau la mcm mana.. dia pusing ke tak.. hmmm kalau nak wat teknik ni.. teringat saya Dato' angkasawan kita tu pun wife dia guna teknik ni.. dan akan guna teknik ni gak utk anak ke2 nanti...
    ape pun.. mmg kena training dulu, kursus apa yg patut, baru lah ada skit preparation utk sambut baby.. cam smlm saya kat spital.. sib baik asben ikut.. so dia tau lah gak cara2 nak tenangkan wife dlm bilik labour tu.. kan wife tengah nazak plus semput tak cukup oxigen nanti.. wallahualam... harap2 semua ok.. tak sabar tapi nerves gak..

    ReplyDelete
  6. rasa mcm nak cuba je bila dah nak dpt baby nnt...tp saya dpt bayangkan husband saya akan reject 100% sebab dia lagi takut dari saya...hahahaha

    lyd xnak cuba ke? pastu story pengalaman kat sini =)

    terima kasih share pasal ubat2 time pregnant tuh...teringat mak saya dulu pun takde plak asid folik bagai kan..yg penting jaga pemakanan. ni saya rasa ramai sibuk amek vitamin itu ini, tapi sebulan mesti 2,3 kali makan mcd la,kfc...sama je kot eh

    sorry pjg sgt(sebab topik byk subtopik) hahaha

    ReplyDelete
  7. boleh gak kot try kan :)
    tp ada berani kah? rasanya sy mmg serah diri kat sepital jela...
    anyway, mama lyd dah berselera mknx muntah2 dah? good :)
    take care both u n baby.

    ReplyDelete
  8. Woww!! seribu kali kagum jugak dengan member Lyd tu..

    Kena mintak pendapat dia la dan faktor penyebab dia boleh bersalin sendiri dengan teknik ni..

    ReplyDelete
  9. Kawan forum saya juga gunakan teknik ni. Tak jumpa plak blog dia pasal pengalaman dia tu. Kalau saya tak tau lah boleh ker tak nih ☺☺. Kalau yakin...boleh jer cuba ☺☺

    Salam kenal ☺☺

    ReplyDelete
  10. saya sangat panic masa air ketuban saya pecah di taman esplanade depan sepital tu.... pastu rasa tensen sebab kena u-turn jauh kat depan jalan wong ah jang masa nak terus pergi sepital.... *rumah saya takde tub mandi*

    ReplyDelete
  11. UmmiArissa : Huh.. kita penakut. Baby tak lemas kalo keluar dlm air. Sbb dia masih dlm proses nak sesuaikan diri utk bernafas sendiri. Kan selama dlm perut ibu, dia dikelilingi air ketuban.

    Ujie : Awk, saya pun tak berani. Saya cepat panic. kekeke.

    Nafisa81 : Ye jugak kan? Gaya masakan kita ni sebenarnya kurang sihat.

    JassNani : Ha ah, ada jugak baca pasal wife Sheikh Muzaffar tu. Tapi dia tak sendirian. Dia bersalin kat spital jugak cuma masuk dlm kolam. Untung la suami dpt kursus skali.

    Vanilla : Boleh mula cari maklumat sekarang dan cuba yakin kan aswad mulai sekarang. Saya rasa dia okay kot. Cuma yg bahyenya kalo time awk nak bersalin tu dia takde di sisi. Harap2 masa dah nak ada anak nanti korang dah dok bersama.

    Mrs R : Sama la dengan. Saya pun rasanya serahkan je la kepada doktor. Takut nak handle sendiri waktu cemas tu. Alhamdulillah skrg dah sihat, tak muntah2 dah.

    Myra Jay : Kan? Kagum sgt. Sebab derang berani. Anak tu ank sulung plak tu. Derang 2 org tu mmg agak moden dan berfikiran positif. Sbb tu boleh rasanya.

    Fiza Rahman : Salam kenal. Afda jugak saya baca blog yang share experience dia bersalin mcm kawan saya ni. Mmg inspiring.

    desperate mama : Hehehe... oleh sebab waktu tu saat genting, jalan wong ah jang dgn spital pun rasa jauh. Padahal kalo waktu biasa sebenarnya jaraknya dekat saje. Betul tak? *tak perlu guna bath tub awk. Bath tub tak cukup selesa. Derang gunakan kolam plastik yg macam kolam budak2 tu. Tapi design dia senonoh skit la. Mcm ada pelampung gitu.

    ReplyDelete
  12. waa.. seram bila pikir, tp untung, ganjaran besar,,huhu

    ReplyDelete
  13. tak pe laa... bersalin kat hospital je la... heee3x

    ReplyDelete
  14. bersalinlah kat hospital..tp dinasihat jgn ambil suntikan epidural yer..merana satu hari

    ReplyDelete
  15. baru2 ni la saya tau bole\h rupanya besalin dalam air gini..hehe


    dulu saya pun takut nak besalin..sampaikan terfikir cemana la nak teran nanti.pernah terfikir nak czer je..tapi bila dah besalin dan duduk dalam wad tengok ibu2 yang lain tu baru la fikir.."nasib baik aku bersalin normal..kalau idak nasib sama la macam diaorang.."kebanyakan ibu2 yang besalin cezer ni nak nyusu kan anak punye la susah,.ada yang sampai menonggeng..seriau ooo.

    ReplyDelete
  16. melainkan kecemasan aku tak sanggup kot sambut kelahiran tu sendiri je kat rumah tak kira la cara ape sekalipon..aku phobia darah kot..hahha..

    ReplyDelete
  17. kalau ada konowledge boleh je. tak pernah dpt suntikan epidural. tak ada dia orang offer nak bagi pun. setakat ubat utk matangkan paru2 baby je ada la. cucuk dibontot dan rasanya sangat 'sedap'. hahaha...

    ReplyDelete
  18. kalau Na mmgh xkan berani laaaaa pulak mcm ni gaya nya hahaha lagi macam bahaya dari tersangkut pokok je kak Lyd ;D

    ReplyDelete
  19. mmg dh lme psg impian nk bersalin dlm air...hope dpt..haha pregnant pun xlg...dh berangan =)

    ReplyDelete
  20. Lyd, ini blognya. Tak tau lah klo kamu pernah baca.

    http://superibu.blogspot.com/2012/10/our-first-homebirth-journey.html

    ReplyDelete
  21. JR pernah terbaca bahwa teknik bersalin dlm air ini menjadi teknik yg sangat popular di Israel yg digalakkan kerajaan mereka bagi membina generasi masa depan Israel yg tahan uji dan gagah. Jadi jika musuh Islam (israel) ada keazaman yg begitu kuat untuk membina generasi masa depan yg gagah, kita orang Islam juga perlu punya keberanian yg sama bagi membina generasi gagah di masa depan yg mampu menghadapi musuh-musuh Islam..

    Apapun tahniah kpd Lyd kerana ada keinginan itu....

    ReplyDelete
  22. macam penah dengar artis kitapun der yang cuba benda gini.. cam dah lama kot bendani...
    adik beradik akak sorangjer lahir kat sepital .. lain kat rumah bidan kampung...

    ReplyDelete
  23. tolong update kat bloglist url baru saya ye..

    www.dianarashid.my

    ReplyDelete
  24. waterbirth ni kt msia mmg xrmai yg buat...sy pn teringin sgt2 nk beranak natural dn guna air mcm mat salleh tu...kawan yg pernah beranak guna cara ni bgtau,xsesakit beranak biasa kt hospital kt negara kita ni...teruja dgr n nak sgt2 try since yg sulung kuar kt tingkap....

    ReplyDelete
  25. Berbagi Kata Kata Motivasi
    Jangan Pernah Menghitung Kerugian Karena Akan Membuat Kita Malas Untuk Membangun Kembali Usaha Yang Rugi Tersebut. Kerugian Cukup Sebagai Bahan Instropeksi Diri Agar Kita Tidak Jatuh Pada Lubang Yang Sama.moga bermanfaat salam kenal.

    ReplyDelete
  26. waa.. ni takot nak khawen ni. eh. salah topik ke ape ni?

    ReplyDelete
  27. salam lyd...
    menarik cite kawan awak nie..jom kita cuba...sy bila ingat pengalaman bersalin susah giler dulu cam terasa nak try water birth..tp kalo kat sini sape nak ajor kan....

    ReplyDelete
  28. erkkk... bnyak dah dgr n baca tentng teknik ni... tapi klu Ahlam pn Ahlam xbrani...huhuhahaha

    ReplyDelete
  29. kalau boleh biar laa bersalin normal...tak kisah le teknik apa pun kan... sy dah 2x cser... no choice... dah cuba utk normal even dah buka jalan 8cm dah pun last2 cser jugak utk selamatkan bby yg hmpr lemas kerana proses kelahiran dan contraction yg terlalu lama... kita bertarung nyawa utk lahirkn anak...bby dlm perut pun bertarung nyawa utk dilahirkn ke dunia...

    ReplyDelete
  30. Kalu dah prepare dgn ilmu bersalin kat mane2 sorang2 pon tak takot dah inshaAllah...bersalin secara alami ni sgt2 nikmat rasanya...saya dah 2x czer sbb xde ilmu...alhamdulillah anak ke3 dpt bersalin normal.hajat nak homebirth tp jd carbirth...inshaAllah kalu ade rezeki nak home n waterbirth plak

    ReplyDelete
  31. Nak tanye sikit. Kursus water birth tu buat kat mane ye? Sbb kalau g kt hospital private min kos rm6k. Mahal sgt. Betul2 buat duit tu. Tapi teringin nk guna cara water birth but xde ilmu. Huhu.

    Salam perkenalan semua.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya