Skip to main content

Hadiah

Sejahteralah ke atas kamu....

Hadiah yang orang beri, tak kira apapun... kita mesti menghargainya. Walaupun benda tu adalah benda yang kita langsung tak perlukan atau memang dah ada ramai orang berikan kepada kita. Contohnya.... Hadiah semasa perkahwinan saya dulu, saya dapat 3 rice cooker. Satu saya guna. Satu dah beri kepada anak buah saya. Satu lagi masih ada dalam simpanan tak tau nak buat apa. Jadi dah jadi sikit pembaziran di situ. Ini bukan rungutan ye. Cuma nak buka minda je. Saya tak kisah pun dapat hadiah apa-apa jua asalkan tak membebankan orang lain. Lagi afdhol kalau hadiah tu saya boleh gunakan dalam kehidupan harian saya. Malahan saya dah pesan kepada kawan-kawan saya, kalau tak bagi hadiah masa wedding saya pun takpe, asalkan derang datang majlis perkahwinan saya. 

Eh, keciknya adiah.

Saya selalu je pening bila nak beri hadiah kepada orang. Sebab takut benda tu dia dah ada. Saya sebenarnya suka jika dapat berikan sesuatu yang orang tu betul-betul perlukan, supaya tidaklah pemberian itu akan jadi pembaziran. Kang kalo kita bagi dia kipas angin sempena perkahwinan dia, kita rasa hadiah kita tu dah abis kretif dah.. tapi sebenarnya kat umah dia kipas angin dah ada 12 ketul. Termasuk yg kita bagi tu dah jadi 13 ketul. Kan ke membazir? Jadi pendekatan yang saya pilih ialah bertanya kepada orang tu... apa yang dia perlukan dan saya akan cuba dapatkan selagi barangan itu sesuai dengan budget saya. Tapi tak ramai yang berfikiran terbuka nak bagitau kita apa yang mereka mahukan. Bagi kebanyakan orang terutamanya kaum Melayu, perkara ini tidak manis. Tidak manis meminta-minta. Ramai juga yang sukakan surprise. Biasanya mereka akan jawab, bagi je apa-apa. So, kalau dah jawab cenggitu, kita pun takleh nak bantu la kan. Mungkin semua benda dia dah ada kot atau semua benda dia masih belum ada.

Tapi saya, kalo orang tanya saya apa benda yang saya perlukan atau biasanya orang akan tanya, "apa benda yang ko belum ada"?, saya selambe je akan jawab dengan jujur. Yang penting bukan saya meminta-minta. Dan yang penting jugak, barang tu saya betul-betul perlukan. Dan yang penting lagi skali, tak membazirkan duit orang yang beri tu. Dapat jugak saya manfaatkan hadiah yang dia belikan kepada saya tu. Dia beli barang tu dengan duit. Secara tak langsung, saya dpt menfaatkan duit yang dia susah payah spend untuk beli hadiah tu.  Sekali lagi saya nak bagi contoh masa wedding saya dulu. Biasanya ofis saya akan buat collection untuk staff yang baru kawen. So, kawan-kawan yang rapat dengan saya terus je tanya... apa barang umah yang saya masih belum ada. Saya pun apa lagi... direct je la cakap peti sejuk. Tapi saya tak de plak mengharapkan derang akan beri peti sejuk sebab peti sejuk kan mahal. Apa yang mereka buat, mereka buat collection, dapat sejumlah duit.... then mereka bagi semua duit tu kat saya dan mereka suruh saya pegi beli sendiri peti sejuk tu. Kalau saya nak yang mahal, tambah le duit sendiri. Saya sendiri pun tak kisah dengan cara begitu. Bagi saya lebih praktikal dan dapat memudahkan semua orang. Tak payah nak surprise2 sangat. Tak payah nak rahsia-rahsiakan harga ke apa. Kan senang? Saya pun dapat gunakan hadiah yang mereka bagi tu semaksimum mungkin. 

Korang plak rasa cemana? Sesuai ke tidak kita bertanya kepada orang... apa yang dia perlukan? Atau sesuai atau tidak kita berterus terang kepada kawan-kawan kita, apa yang kita betul2 perlukan sebagai hadiah?[itu pun kalo orang tanya la...] Kalau ada yang bagi jawapan nak 'kereta' atau 'rumah' tu elok kita lempang je. Lepas lempang tu kita tengking dia skali dengan soalan, "ko ingat aku ni ayah farid kamil?? Ko ingat aku mampu nak bagi adiah keta BMW kat ko???!!". ~okay, contoh tu over.

Comments

  1. Replies
    1. Hahaha..personally aku agak keberatan nak bgtau apa barang yg aku xde and apa barang yg aku nak..maybe macam yg ko cakap tu la, xnak nampak macam aku ni meminta2..segan kot bila org aggp camtu kat aku..

      Tapi memang betul pun apa yg ko cakap, better kita tau apa yg dia nak, and usahakan ikut kemampuan kita..yg tu aku setuju..kalau aku xtanya direct pun, aku akan dtg tengok sendiri and imagine yg barang tu adalah sesuatu yg dia betul2 nak..

      Delete
  2. ermm btol ape kate lyd ni..kadang2 rase nk tnye je ape die blom ade sbb tiap kali nk bg adiah wedding mst pening kepala nk bg ape sbb risau die dah ade..salu bg adiah selamat je mcm perhiasan rumah, frame ke ape..hehe

    ReplyDelete
  3. Klo hadiah kawin, biasanya tanya pengantin sendiri dia nak apa. Tak der pening2 kepala nak beli hadiah apa ☺☺

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. memang praktikal kumpul duit untuk beli hadiah pd org lain...sy pn prefer bg duit bila gi kenduri kawen org sebab xtau nk beli hadiah apa...common sngat kalau bg gelas, mangkuk dan seangkatan dengan dia...

    ReplyDelete
  6. mmm dulu dapat hadiah kawin.. macam2.. sbb kakak2 dan mak2 sedara dah pakat.. sape beli peyuk nasi, sape beli kuali, sape beli pinggan.. sape beli cawan.. oven, blender.. dapur gas.. so senang dah nak pindah umah tu.. semua dah complete.. cuma sofa ke katil ke, beli sendiri lah.. itu sudah lebih kalau nak org beli kan.. tapi abg ipar kasi paling besar.. hadiah peti sejuk.. time tu abg ipar keje kat arastu, so dia tarik barang org tak bayar.. jadinya dia bayar balance and pakai peti sejuk tu.. dia hadiahkan kat kitorang.. 10 tahun gak pakai peti sejuk tu.. sampai abis hayatnya.. alhamdullillah.. berbaloi sangat..

    ReplyDelete
  7. masa ciksu kawin dulu mmber tya dulu..ciksu ckp nak brg dapr..haha
    alhamdulillah smpai skrg masih guna lagi

    blender, rice cooker, heater, pinggan mangkuk..
    kalau hadiah anivesary sellau tanya suami dulu..bukan apa takut nanti bila tak berkenan pula..sapa yg kecik hati ciksu jugak kan.sama juga dengan suami..

    lyd sihat ?
    maaf yer lama tak singgah.ciksu bercuti:D

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni kalau ke majlis perkahwinan, kakcik lebih senang hulur duit. Walaupun jumlahnya kecil, setidak2nya duit itu boleh digunakan untuk apa-apa saja... :)

    ReplyDelete
  9. kalau time tu kewangan saya mantap, mungkin boleh tanya. Itupun utk kwn/keluarga rapat je..yg lain segan pulak. Kalau tak, saya prefer bagi je ikut kemampuan saya.

    ReplyDelete
  10. Salam Lyd..
    Hmm ...sy rs wise jgk cara menanya dahulu kan sblm bagi hadiah..terutamanya utk hadiah yg besar dan mahal spt wedding..
    betul jgk kalau main bagi jer..tgk2 semua orng bagi yg sama at the end hadiah yg kita bg tu tak jadi milik orng yg kita bg,,dia bg kat orng lain lak..

    ReplyDelete
  11. kalau bajet kecik...belikan ajerlah apa2..biasanya mmg set gelas/cawan lah..tapi kalau bajet besar..mmg tanya jugak...dan bajet besar biasanya untuk anak sedara dan adik beradik...Kalau mak bapak senang sikit...kita peratikan ajer kita tau apa yang dia idamkan... lebih2 lagi mak. Abah susah sikit sebab life beliau banyak kat kebun..tak nampak apa yg dia suka selain kebun...

    ReplyDelete
  12. Penah dulu masa nak kawen member opis tanya nak apa, MJ cakap tak kisah apapun, kalau ada duit banyak bagi la ekon..heheee :)

    Tp dapat pun, tak kisahlah sebab lepas kawen kami beli seniri :D

    ReplyDelete
  13. Lebih baik tya tp kena ckplah gak kan budget kita mcmana...hahaha

    ReplyDelete
  14. btul2..dah alaminye bru2 ni..da try buat mcm kak lyd ckp tu..sbb xnk org pike.."adehh..mende ni lg..ni org dah bagi sblum ni.." sbb bru ni ade jgk org bg hadiah yg sama..jd xleh nk maksimumkan penggunaan...erm..

    ReplyDelete
  15. tujuan bertanya tu betul dan sanngat praktikal tapi caranya mungkin menyanggah adab ketimuran kita....

    ReplyDelete
  16. saya suka kalau orang tanya... sebab say akan cepat je jawab.... hahahhaha....

    ReplyDelete
  17. sebab itulah KA lebih prefer ulu duit, kecuali yg rapat dn kita kenal lama KA direct tanya apa yg dia nak...

    ReplyDelete
  18. Ck khawin nanti ck nak tiket untuk hanimun ke paghis pergi balik.
    harap menabung dari sekarang.

    sekiang.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum lyd....betul tu kekadang kita malu nak bertanya...:)

    ReplyDelete
  20. Btl tu.. Lya suka bg hadiah y mmg akn dgunakan.. Biasa klo wedding kwn lya akn bg cadar.. Xperlu y mhl2 ,asalkn elok n ikhlas. Sbb bg lya klo cdr ada 5 org bg pon pasti akn dgunakn gk scara bgilir. Klo birth bdk2 lak lya suka bg bju.. Sbb akn slalu d gunakan

    ReplyDelete
  21. Hadiah paling kelakar JR pernah beri ialah batu lesung tumbuk cili yg dihadiahkan kpd kawan rapat JR..Beberapa bulan lepas kawin JR pergi ke rumah rakan tu makan tengahari dgn sambal yg ditumbuk isterinya gunakan lesung batu tu. Tapi apa yg paling seronok bila kawan tu beritau isterinya dah mengandung...dia tau batu tumbuk dan lesung tu satu 'hadiah simbolik' yg ada makna tersendiri utk sepasang suami isteri yg baru kawin....

    ReplyDelete
  22. aku selalu kasi duit je... ^_^
    kalau nak beli hadiah mmg x berapa nak reti memilih nk kasi hadiah apa huhuhu

    ReplyDelete
  23. bagus jugak bertanya. kalau dapat set cawan gelas, kadang2 sampai dua tiga. akak ni pernah dapat satu jenis sampai dua. adehhh...


    p/s: tak pasti la pulak burung tu spesis ke nama sebab pada board tulis macaw. cage satu lagi ada king parrot la... macam2 jenis parrot ada rupanya.

    ReplyDelete
  24. agak membuka mata entry ni..tp sy rasa orang kita ni asalkan nama HADIAH mesti segan nak cakap2 apa yg dia perlukan sebenarnya kan..

    betul juga cara bertanya tu. lebih praktikal untuk elak pembaziran kot2 terbagi hadiah yg sama atau tak diperlukan... :D

    ReplyDelete
  25. mmg patut tya pun..tp kwn2 aku kawen..takde pn aku tya nk adiah apa..paling2 pun aku bg kristal/album gamba/set pinggan mangkuk..hahaaa..
    penah kwn kawen aku bg coffee maker..pastu br aku tau dia dh tak minum kopi..ms zaman blaja..dia antu kopi..tp dh tua2 brenti minum kopi sebenanya..kan ke membazir tu..
    jadi..sila la tanya :)

    ReplyDelete
  26. akakpun sama dulu rajin gak carikan hadiah tapi dah sekarang masapun dah kurang nak survey2ni akak bagi duitjer... memang lebih berbaloi cuma cam tak bestler kan takder balut2 gitu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Panduan Memilih Buah Oren - Hanya Untuk Orang-orang Yang Belum Tahu

Sejahteralah ke atas kamu... Jika membeli buah oren sama ada untuk dibuat jus atau untuk dimakan begitu sahaja, pasti akan terasa berangin je seluruh badan apabila buah oren yg dibeli tersebut rasanya masam, betul tak? Ada orang kata oren Sunkist manis[*hanya sekadar memberi satu contoh]. Tapi kenapa kalau kita beli oren Sunkist, tak pernahnya nak manis. Kadang-kadang je manis, dan selalunya bapakkkk le masam. Why? Adakah salah Sunkist? Bagaimana nak tahu buah oren itu manis atau masam sebelum kita membayar harganya dan bawa pulang ke rumah dan makan kemudian terperanjat sampai bersimpul gigi sebab terlampau masam buah oren itu? Sebenarnya kalau nak pilih oren yang manis dan sedap dimakan, bukan dilihat pada jenama buah oren itu. Sunkist itu hanyalah jenama. Tapi yang membezakan tahap kemanisan buah oren adalah JENISnya. Tidak kiralah sama ada jenama buah oren itu Sunkist, Blue Field, King B, King Crown atau Tat Sing [eh, Tat Sing tu jenama selipor Jepun.], yang penting sila pastikan ...