Skip to main content

Saya Ini Orang Kampung Lagi Kekampungan

Sejahteralah ke atas kamu...

Keliru
Dah 2 tahun saya add Dia jadi friend di Facebook. Dia adalah kawan lama saya. Saya tumpang gembira bila tengok Dia post gambar bahagia dia bercuti bersama suaminya di luar negara di Facebook. Memang nampak loving couple habis. Seronoknya... Ada soul-mate pastu boleh pergi Paris, spend quality time together. Memang heaven. Selalu plak tu mereka bercuti bersama ke luar negara. Ada buat aktiviti menunggang motorsikal berkuasa besar di luar negara. Main salji bersama. Bergambar berpelukan di depan Eiffel Tower.

Pagi ini saya lihat Dia post di FB satu gambar kad kahwin yang tertulis di depan kad itu, Dia & Lelaki. Kemudian ramai yang mengucapkan tahniah dan berkata, "finally". Dan Lelaki itu adalah orang yang saya sangka suaminya.




................................................


Kasut
Masalahnya simple je. Kasut dah tertanggal tapak. Itu je satu-satunya kasut flat yang saya ada. Lain semua tinggi. Cadangnya nak beli sandal flat jenama Scholl. Dengar cerita Scholl selesa dan tahan lama. Tapi nak pergi kedai Scholl tu ntah bila. Kedai Scholl yang saya tahu ada di shopping complex. Nak pegi shopping complex tu la yang menjadi masalahnya. Rimas + lemas je rasanya. Dah tu sampai ke sudah saya hanya pakai selipar jamban je pegi dan balik ofis. Melampau pun ada rasanya. Kang susah-susah sangat saya beli je kasut Bata dari Bata Online. Yang ni okay tak? Murah je. Rm55 je.

Tapi tak best la beli kasut online. Sebab kasut ni kena betul-betul selesa di kaki. Kalo setakat beli photobook online kira okay lagi. Baju pun still boleh diterima. Tapi kasut? Tak berani plak rasa.

.......................................................


Pork-free.
Adakah halal jika kita makan di restoren yang berstatus pork-free, tapi di restoren itu juga ada dihidangkan arak dan minuman keras secara terang-terangan. Adakah anda begitu yakin yang makanan tanpa babi yang anda makan itu tidak dimasak menggunakan arak? Kalau tengok rancangan memasak di AFC, omputih ni masak apa pun nak letak arak. Nak buat cupcakes pun dia letak wine. Buat steak pun taruk wine, buat grill chicken pun nak letak arak. Lagipun, kalau pasal arak yang jelas haram tu pun derang tak kisah nak hidang kat restoren derang, jadi korang rasa derang kisah ke nak pergi cari ayam, lembu dan kambing yang sudah disembelih untuk kita makan?


............................................................


Ok.. memang sah saya kekampungan. *owh, nanti jangan ada yang kata saya menulis ini seperti saya tidak pernah berbuat dosa. Sudah tentu saya ini bukan orang yang maksum.*

Comments

  1. hahahaha... seperti saya, kemusykilan sampai sekarang saya tak dapat jawab... "halal ke makan waffle n roti kat london??????????... macam mana saya nak pergi london nanti??? saya kena bawak roti dari malaysia... saya rasa, sampai sudah saya tak pergi london sebab saya tak kompiden dgn roti roti kat sana...."
    *cakap macam banyak duit nak pergi london... hahahahahaha*

    ReplyDelete
  2. entri nieh best sebab simple tp penuh makna.

    Sha...memang faham dalam hati kita ada was2. Tp dalam acara pertama tu, rasanya memang kena sentiasa bersangka baik...kita pon tak tau betul atau tidak itu dan ini. Walau dalam hati ada curiga, yes....kadang2 kita tak boleh expect semua org macam kita.

    Hmm..itu statement penyedap hati.

    No. 2 - frankly kasut sha memang sha simpan di ofis utk pakai time official. Agak2 nak lunch atau naik lrt...pakai crocs aje..sbb selesa. Heels, tinggal office.

    No. 3 - kalau dah was2, dah yakin....jgn makan :)

    ReplyDelete
  3. no. 1 paling KA sukan.. kes biasa dah skang ni.. yg len2 no komen

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum.... Sihat ke?
    hehe.. :) baby ok? tekak dah boleh makan ke? hopefully semua berjalan baik ye.. :)

    hmmm saya pun pakai kasut flat je.. yang sesedap kaki je.. skrg ni mana leh pakai kasut bertumit2 ni, kang terpelecok kang.. hehehe.. jalan pun bukan nak betul sangat bila perut dah makin besar kan.. kena banyak berhati2... :)

    >> tak semua org yg berfikiran mcm mana kita fikirkan.. :)

    ReplyDelete
  5. Kasut flat paling selesa dipakai time pregnant. Walopun x nampak seksi :p haha...

    Bab pork-free tu kdg2 musykil jugak. Thats why saya bersyukur tekak saya ni masih tekak kampung jugak. hehe...so xdelah nak mkn yg western2 sgt...

    So, now dah ada selera mkn ke belum?

    ReplyDelete
  6. Desperate mama : itu baru kat london. Kalo kat amerika?

    QuTaq : Fish and chips kat amerika cemana pulak kan?

    Cheryna Pires : Itu la. Bersangka baik for the first place.

    Kesuma Angsana : Perkara biasa dah skarang.

    Jassnani : Itu la.. tapi kalo terlalu banyak fikir terasa kekampungan la plak kan. Narrow-minded bak kata orang.

    ReplyDelete
  7. saya pun masih kekampungan..

    tak pernah beli barangan online lagi.

    ReplyDelete
  8. Kakcik tengok rancangan 'makan-makan' yang dihostkan oleh selebriti chef tersohor di tv. Selamba je dia capai dan 'jamah' itu ini di luar negara. Hati kakcik tetap mempersoalkan 'halalkah?'

    ReplyDelete
  9. utk entry ni jna xnk bg banyk commnt sbb bg jna kampung ke bandar ke sama..
    klau kita tatw sesutu tu means kita kekampungan ke?? MEMANG TAK LAH lyd..
    nice entry btw lyd ;))

    ReplyDelete
  10. Keliru?? sama gak macam MJ, kalau MJ sure sangka mereka dah berkahwin..
    Wallahualam

    ReplyDelete
  11. ok... pergi mana smp ke obersea sama2 ek? lps tu br dpt kad kawin? adehhh...



    p/s: rumah ni dah berusia lebih 5 thn. br sekarang je ddk. asalnya tak ada anai2. dia orang ada la kata mcm komplot je. lepas ada anai2 tu terus la banyak pamplet pesticide la apa la... wallahualam.

    ReplyDelete
  12. saya juga musykil dgn nombor satu di atas... kasut bata elok gak..tp lebih elok pergi kedai..

    ReplyDelete
  13. pork free dah sah-sah haram...

    walau pun makan diberikan percuma, ia tetap haram kerana pork... hehehehe..

    ReplyDelete
  14. isu 1- sesuatu yg sgt dikesali..

    isu 2- kalau kaki jenis lebar jgn sesekali beli online. tapi saya sndiri pun tak berani..

    isu 3- saya cuma percaya yg ada halal jakim je. 'pork free' tu cuma ikut fahaman non muslim.

    ReplyDelete
  15. Nombor 1 tu..

    Paling best.. Hehehehe~

    Cam shiyel..

    Gua pon igt depa dua tu da kawen..

    Hahahahaha~

    Kira gua pon kampong galk la camtu, walau gua da belayar gi merata dunia..

    ReplyDelete
  16. erkkk... la bila sy baca yang akak tulis 2 pn sy ingtkn dia dh kawen... bila baca lg.. lahhhhhh!!!! huhuhu (^.^")

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum lyd...biasa la tu mana ada kekampungan...:)

    ReplyDelete
  18. Dari start kerja 4 tahun lepas. Aku rasa, sebulan jer pi kerja pakai kasut cantik. Selebihnya, hingga sekarang. Layan selipar jamban jer pi office. Tapi stand by jer kasut cantik dalam office in case kene g meeting luar. huhu.. Selekeh sungguh.

    Kadang - kadang terpikir. Aku nk pi kerja or pi jamban. hahaha

    ReplyDelete
  19. 1. wahhh..kaya bebenor lelaki tu boleh bawak pi luar negara sume2..sampai ke Paris lagi..bak la sikit duit tu bagi kat aku..grrrr..tapi nasib baik gak sebab dia kahwin dengan ppuan yg sama..:D

    2. kasut RM55 tu kira mahal tau..aku pi ofis pakai selipar RM10 jer..

    3. to be honest, aku pernah dan kerap jugak makan kat kedai cina..maklum la, mengikut bos..pada aku, kalau tak yakin, jangan makan..makan apa yang kita rasa yakin jer..

    ReplyDelete
  20. Saya juga tekak pure kampung, tak reti sangat mkn2 org putih, maklumlah asalnya org bendang, suka mkn ikan keli dan haruan...Prinsip saya tentang makan ni cuma satu: jika was-was jgn mkn, malah jika dah ada logo halal JAKIM pun jika masih was-was, tinggalkan. Lepas tu mlm boleh tido lena tak payah pikir lagi apa yg dimakan tadi...

    ReplyDelete
  21. Lyd..bagi depa halal tuh maksudnya pork free...sbb tuh jgn caya sgt orng2 bukan islam nie kalau dia cakap halal makanan itu & ini..bukannya depa tahu..atau ambil kesah

    ReplyDelete
  22. pernah alami kekeliruan cam citer no 1...siap upload gambar bercuti ke Bali...ala ala asraf singkleh dgn BCL gitu...last sekali upload kad jemputan kawen...ohhh....budaya...pre wedding photo...pre honeymoon..

    ReplyDelete
  23. CiM ada kwn spt prmasalahan 1. Dh puas tegur, untung kamu atleast dh nmpk kad kawin. Tp CiM blum dpt apa2 undangan lg, bila jmpa parents dia esp. mak dia, asyik merungut ank daranya tk kawin2 lg smpi jmpa bomoh takut jodoh sangkak.

    CiM suka beli flatshoes yg 25hengget jual kt online, tp CiM beli direct masa karnival/bazar/pesta convo.

    Pasal makanan halal, no komen. Masing2 boleh menilai. Jgn makan klau was2

    ReplyDelete
  24. rasanya biar lah kekampungan macam kita ni...tp masih memelihara kesucian agama, memelihara perhubungan antara ajnabi..bukan bermakna kita baik..sekurang2nya kita berusaha mempertahankan kesucian ISLAM yang Syumul ni..

    Hati2 memilih makann..kalau ada anak seawalnya lagi biasakan dorang melihat dan kenalkan simbol tanda halal...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya