Skip to main content

Rahsia Ajal Di Tangan Allah

Sejahteralah ke atas kamu....

Rasa kehilangan kerana kematian itu kita takkan dapat faham sehinggalah kita sendiri kehilangan seorang yang rapat dengan kita, terutamanya orang itu adalah orang yang kita sayang dan selalu kita peluk dan cium. 

Ini kali pertama saya kehilangan orang yang saya cintai di dalam hidup saya. Orang yang selalu saya rindui setiap hari sewaktu beliau hidup. Cuma kekangan masa, jarak dan tanggungjawab tidak memungkinkan saya selalu berada di sisinya. Sewaktu mendapat berita kematian Allahyarhamah emak saya, pada jam 12.30am, 26 September 2012, fikiran saya buntu dan saya seperti telah tersampuk jin blur. Sebenarnya saya sudah pun lena sebelumnya. Jadi bila dapat berita sebegitu, fikiran saya seperti tak dapat digest apa yang berlaku dan apa yang patut saya buat. Saya boleh plak decide untuk balik ke kampung pagi esoknya. Tapi bila kakak saya telefon dan marah saya bila dia tahu saya nak balik keesokkan harinya, saya terus bergegas dan bersiap untuk pulang malam itu juga. 

______________________________________________________________________

Rahsia Ajal

Allahyarhamah emak adalah seorang pengurus jenazah di kampung saya juga bagi kampung-kampung bersebelahan. Tugas terakhir memandikan jenazah sebelum Allahyarhamah disahkan mempunyai masalah jantung adalah memandikan jenazah seorang wanita orang asli. Mak saya cerita, semasa beliau sampai di rumah si mati [org asli], keadaan jenazah itu sudah disiapkan untuk dikebumikan mengikut cara orang asli. Seluruh tubuh sudah dilumurkan dengan tepung. Kemudian mak telah membersihkan seluruh tepung-tepung yang membaluti jenazah itu. Selesai tugas menguruskan jenazah itu, sampai sahaja di rumah, Allahyarhamah mak terus sakit dada sehingga tidak mampu untuk naik tangga rumah.

Sejak itu, Allahyarhamah emak mula disahkan menghidapi penyakit jantung iaitu pada tahun 2004. Masa itu saya sahaja anaknya yang masih bujang treng teng teng, jadi sayalah yang meneman emak ke IJN menaiki ambulan. Saya juga yang menemani beliau bermalam di IJN dan melihat beliau mengigau kerana bermimpi lembaga-lembaga yang ingin menyerang beliau.

Condition jantung Allahyarhamah mak saya ialah 95% saluran darah ke jantung telah tersumbat namun beliau tetap tidak mahu melakukan pembedahan. Bayangkan, dari tahun 2004 sehingga 2012 mak saya survive dalam keadaan jantung yang sangat lemah dan bila-bila masa sahaja degupan jantung boleh terhenti. Tetapi, ajaibnya kuasa Allah, dalam masa 8 tahun sakit berulang-ulang kali, pernah sekali nadi telah berhenti [malam sebelum perkahwinan saya], pernah jugak nazak sekali tidak sedarkan diri kerana sakit jantung.... akhirnya kematiannya disebabkan oleh sesak nafas. Tapi saya yakin itu bukan sesak nafas kerana asma, sebaliknya kerana sakit nyawa yang sedang diambil oleh Sakaratulmaut.

Saya yakin, andainya Allahyarhamah mak saya melakukan pembedahan pintasan jantung sejak awal dulu, beliau tetap jugak akan meninggal dunia pada tarikh dan waktu yang telah Allah tetapkan itu. Jadi, tentang ajal ni..... memang kita tak dapat nak jangka. Tiada siapa tahu rahsia-Nya. Orang yang menderita sakit barah, boleh meninggal dunia kerana kemalangan. Orang yang sihat walafiat boleh meninggal dunia secara tiba-tiba. Itu semua misteri alam ini.


Comments

  1. betul tu kak lyd .. ajal tu rahsia Allah .. takde sapa pun yg tahu ..
    Bagi sesiapa yg masih ada org tua, kasihilah mereka selagi mereka masih bernyawa,,..

    IBU.. angah sayang ibu sangat-sangat.

    ReplyDelete
  2. innalillahiwainnailaihirojiun..
    moga rohnya dicucuri rahmat..Alfatihah

    takziah buat Lyd sekeluarga

    betul tu Lyd, ajal tu rahsia Allah..
    saya juga kehilangan mak 4 tahun lepas sebab cancer. Doktor pernah cakap mak saya boleh hidup untuk beberapa bulan tapi mak saya boleh bertahan utk beberapa tahun.
    Kita tak tahu bila ajal kita kan sampai..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah
    takziah lyd..
    moga dye tenang disana..
    yup ape yg lyd bgtw mmg ade btul nye
    ajal maut ditgn tuhan..
    kalau da tetap tarikh kita patut kembali kepada nya (allah)
    even kita sihat walafiat pun bole allah bole tarik kita pergi mengadapnya.
    lyd harap tabah n kuat ye.

    ReplyDelete
  4. Semua di atas adalah betul. Buatlah canerpun, elaklah canerpun tapi kalau dah tertulis ajal kita pada sekian, sekian... pergi juga kite menghadapNya. SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MATI. Semoga ko tabah menghadapinya Lyd.

    ReplyDelete
  5. turut berduka ya, semoga lebih bahagia di sisi-Nya.

    ReplyDelete
  6. saya dpt rasakan pedihnya hati Lyd di saat ini. Begitulah saya rasa saat bapak saya pergi 3thn lalu. sebulan saya asyik menangis bila bersendirian.

    lps tu saya sedar, yg saya perlu hargai tiap detik dgn insan tersayang. sbb ajal tak beri signal.

    takziah sekali lagi. moga tabah melalui hari2 mendatang.

    ReplyDelete
  7. Sekali lagi takziah utk Lyd dan semoga roh ibu diletakkan di kalangan mereka yg beriman. Sbg seorg yg tlh kematian ibu dan bapa tersayang saya memahami perasaan Lyd. Cuma biarlah setiap kematian tidak diikuti dgn rasa kesal krn sbg anak pasti kita tlh cuba sedaya upaya membuat yg terbaik utk mereka. Memang betul kata Lyd kematian adalah rahsia Allah. Dan jika sekiranya Allah menawarkan utk memberitahu tarikh kematian kita rasanya tak ada sesiapa yg sudi mengetahuinya...

    ReplyDelete
  8. Untuk semua : Terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih kerana memahami terima kaish di atas ucapan takziah korang. Saya hargainya sangat. Sekurang-kurangnya ada yang faham.

    ReplyDelete
  9. begitulah janji Allah..sudah ajal,sesiapapun tidak dapat lari dari maut...cuma cara dan keadaan yang membezakan kematian kita...yang hidup teruskan perjuangan...bersabar ye LYd..

    ReplyDelete
  10. Kalau kita tau ajal bila, satu dunia mula buat baik... Salah satu hikmah ajal hanya pengetahuan Yang Esa, menguji keyakinan terhadap sesuatu yg di luar daya fikir makhluk...:)

    ReplyDelete
  11. betul. kena selalu bersedia menerima khabar berita sebab kematian datang tidak diundang. sentiasa muhasabah diri untuk terima segala kemungkinan.

    ReplyDelete
  12. sabar dan redha la lyd..selalu2 doakan kesejahteraan arwah ibu tu..

    ReplyDelete
  13. sabar dan redha... dua perkara yg mudah utk diungkap oleh org lain tapi satu cabaran bg org yg menghadapinya.. baca kisah pemergian insan tersayang mengigatkan ,,satu hari nanti kita pun bakal menyusul pergi...

    ReplyDelete
  14. Takziah..
    Mati itu pasti. tiba masanya kita juga akan dijemput pergi.
    Semoga tabah menghadapi.

    ReplyDelete
  15. salm takziah sekali lagi dari KA sekeluarga ye. Terima dgn redha dan sedekahlah Alfatihah utk arwah bonda ye!

    ReplyDelete
  16. Al-fatihah..smoga arwah mak awk d tmpatkan d klgan org y beriman.tul..ajal maut,jodoh p'temuan semuanya di tangan Allah.Kita hnya mmpu b'usha...bila tiba msanya sume i2 pasti tjadi gak kan....

    ReplyDelete
  17. ajal sumer kat tgn Allah. kita cuma bole ikhtiar.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum lyd...al-fatihah buat arwah mak yer moga arwah ditempatkan didlm golongan org2 yg solehah Insyaallah......:(

    ReplyDelete
  19. Dari Allah kita datang kepadNya pula kita akan kembali... :(

    ReplyDelete
  20. banyaknya jasa ibu pada masyarakat... memang sampai masanya Allah lebih menyanyanginya selama2x...

    ReplyDelete
  21. Sesungguhnya mati itu adalah benar..

    Aku rasa aku pun faham apa sebenarnya rasa kehilangan sejurus lepas aku dapat tahu arwah mak aku dah tak ada..aku tak beri apa2 reaksi masa jiran aku sampaikan berita (rumah aku tak ada telefon)..jiran aku menangis2 bagitau..but then, just after aku tutup pintu dan masuk bilik, aku rasa hiba sangat..rasa tu cukup sayu..susah nak gambarkan macam mana..aku rasa kau pun tau..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya