Skip to main content

GA kakinakl.com

Sejahteralah ke atas kamu...


Kak Ina KL kata , "GA akak kembali lagi..tentu ramai yang suka kannn.."


Mari kita jawab ramai-ramai... "mesti lah... SUKAAAAAAA"

Apa syarat-syaratnya tadi? Lupa plak.. Jap nak gi jenguk blog Kak Ina KL sekali agi.

Oo.. senang je.. Kena pilih barang mana yang saya nak dan kenapa. Okay. Inilah jawapan muktamaduni saya;

Saya nak Dermalogica GA dari KakInaKL.com kerana saya tak mau Loreal, Maybeline dan Neutrogena. Boleh gitu? Agak-agak kalo jawab cenggini, kena sekeh tak dengan Kak Ina KL?

Gurau je ye KakInaKL. Jangan menyirap. Ni jawapan sebenar saya;


Saya nak Dermalogica GA dari kakinakl.com kerana sejak saya hamil ni, saya suka benda-benda atau makanan yang berwarna putih. Tak tau la ngape. Jadi, untuk pilih hadiah GA pun saya nak pilih hadiah yang warnanya putih jugak. Lagipun dalam banyak-banyak produk yang ditawarkan tu, hanya Dermalogica yang saya belum pernah pakai. Sian kat saya kan? Lagi satunya pun, 2 produk penjagaan wajah lagi tu untuk anti penuaan. Saya tak anti penuaan, sebab saya anti pemudaan. [Eh, ni kena buat berapa patah perkataan ni? Kang dah abis limit perkataan plak]. 

So, itu je la.Untuk Kak Ina KL, pilihlah saya. [melobi diri sendiri].


Comments

  1. salam LS

    wah kelakarlah N3 kamu..terima kasih sudi join.

    ReplyDelete
  2. gd luck lyd!

    semenjak dua menjak ni rajin lyd join GA ni kan.

    ReplyDelete
  3. Suke kaler putih ye? Kite ade kucing kaler putih- ndak? Ngeh, ngeh...
    My latest Entry :)
    Jamuan Ghayer Opis Tahun

    Ni

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum lyd...selamat bersegmen yer..:)

    ReplyDelete
  5. rajin ko join kan lyd..aku boleh join ke?haha

    ReplyDelete
  6. nie perempuan je ke boleh join?...hahahahaa..
    produk laki takde?haha

    ReplyDelete
  7. KakInaKL : Sama-sama. Saya ni mmg kelakar org nya. [kelakarrrrr sangattt..]

    Ujie : Thanks Ujie. Kebetulan skrg ni byk GA yang hadiah dia saya rasa menarik. Kalo setakat hadiah topup tu, tak kuasa la nak masuk.

    Liya Hanif : Thank you dear.

    Farah Deeb : Kucim takleh dimakan. Tapi boleh dibuli kan? Haa.. nak nak...

    Maszull : Tima kasih mama.

    YM Bundle : Aku suka join kalo adiah dia aku boleh pakai. Ko nak join takleh. Nanti tipis peluang aku nak menang. Wakaka. Eh, mesti la ko boleh join. Ini bukan kira jantina. Ko nak hadiahkan utk wife ko kan?

    Bahrain : Teringin gak ke Dermalogica? Boleh-boleh. Silakan masuk...

    ReplyDelete
  8. Tahniah dear, menang dapat hadiah ni :)


    http://www.kakinakl.com/2012/10/pemenang-ga-kakinaklcom.html

    ReplyDelete
  9. TQ MJ. Tak perasan entry yg kak Ina umumkan pemenang tu. Rasanya time tu saya MC. So, tak buka blog.

    ReplyDelete
  10. rzki anak tu..nk suh mama dia cantik..=)

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...