Iklan! Iklan! Sila Click!

14 June 2012

Gambar Orang Mati Dalam Surat Khabar

Sejahteralah ke atas kamu...

Seingat saya dulu masa saya kecik-kecik.... bila baca surat khabar pasal berita kemalangan yang melibatkan kematian, memang payah nak tengok gambar mangsa kemalangan tu kat dalam surat khabar.  Confirm takde punya gambar otak bersepai, atau gambar tangan terputus dari badan dgn keadaan ngeri, mata tersembul keluar atau badan hancur tersepit celah kerusi.  Yang ada hanya gambar ic mangsa yang dah tentu la tak mendedahkan aib mereka. Waktu itu saya memang masih tak matang... jadi saya selalu je tuduh [dalam hati je] orang surat khabar tu kedekut. Tanak share gambar. Tanak tunjuk bukti kejadian tu. Cerita dalam artikel tu bukan main lagi pecah kepala la, apa la... tapi gambar tanak tunjuk. Apa la... Kedekut!

Sekarang, bila setiap akhbar pun dah begitu selambe derk je masukkan gambar-gambar mangsa kemalangan kat dalam halaman masing-masing.... baru la terasa, "this is not right". Really not right, dude. Kalau kita jenis yang tak fikir tentang perasaan orang lain mungkin tak rasa apa-apa. Tapi cuba bayangkan yang mati tu diri kita sendiri ataupun keluarga yang rapat dengan kita. Gambar jenazahnya yang di dalam keadaan aurat tersingkap bagi yang perempuan, atau keadaan jenazah yang sedang kesakitan, luka sana sini ditayangkan di halaman akhbar sehingga tersebar satu dunia. Apa perasaan kita? Kita rasa marah tak? Pasti kita akan rasa hak privacy kita telah dinodai.

Mungkin kita dah selalu sangat tengok CSI atau siri penyiasatan kat TV so kita dah kebal daripada perasaan seram apabila tengok gambar mayat. But, itu bukan pointnya. Bukan pasal diri kita ni takut ke tak takut. Seram ke tak seram. Enough la pasal diri sendiri je. Tapi ini pasal aib mayat tu, aurat mayat tu, privacy keluarga mangsa tu, tolong la cover skit dan tolong la hormat sesama manusia. 

Mungkin editor surat khabar tu nak masukkan jugak gambar ngeri mangsa kemalangan tu niatnya hanya untuk memberi keinsafan kepada orang yang melihat gambar tu nanti. Atau mungkin nak tunjukkan kredibiliti akhbar mereka dalam menyampaikan berita terkini dan sensasi. Namun, apa yang saya nampak, itu hanyalah niat yang melindungi niat sebenarnya iaitu nak bolot untung dengan cara cepat, nak tinggikan rating dan sebagainya. Bukan hanya surat khabar yang selalu sebarkan gambar2 begini. Di internet lebih berleluasa lagi. 

Walaupun saya mengaku kalau nampak gambar2 begitu, saya pun tengok juga... tapi saya sebenarnya tak suka dengan apa yang saya tengok. Juga tidak suka dengan hakikat bahawa ramai orang-orang di luar sana tak bertanggungjawab dan pentingkan diri sendiri menyebarkan gambar kematian seseorang. Ptuikhhhhh! Wajar diludah saje mereka ini.

Finally.... Saya rasa, apa yang saya tulis ni kadang2 hanyalah sia-sia. Sebab orang yang berkenaan dengan apa yang saya tulis ni bukan baca pun blog saya. Yang setia membaca entry saya hanya korang je. Nasib baik la ada korang. Tak la penat sangat saya mengarang. :) Thanks tau untuk korang yg sudi baca blog saya ni. Saya terharu sbb rasa dihargai. [ecey... entry emosi + touching plak].


31 comments:

  1. memang betul
    dulu kat tv... kalu mayat ada jugak dia buat blur
    skrg ni tunjuk terang2 jer :P

    ReplyDelete
  2. betol tu kan kak.. sepatut nye kena jaga sensitiviti keluarga mangsa... dah waris terdekat ngah bersedih, pastu nengok kt media pasal mangsa kemalangan tu.. lagi la teguris kn :(

    ReplyDelete
  3. salam;
    Kadang2 gambar seperti ini perlu juga disiar untuk tujuaan kebaikan mengikut keadaan contohnya ubtuk pelajaran..namun pihak yg bertanggungjawap perlu mintak kebenaran dulu pada yang ada kaitan dengan gambar tersebut...

    ReplyDelete
  4. TanpaNamaDer : Haah, dulu kalau letak pun gmbr yang dah ditutup mata dgn garis hitam, atau blurkan bahagian yg tak sepatutnya. Skrg dah terang2 dah tunjuk.

    Taufiq : Yelah kan... org dah la sedih, pastu bila org2 yg baca berita tu, mungkin buat andaian2 yg berunsurkan fitnah kepada mayat, lagi la buatkan hati keluarga mangsa terguris.

    YusufLaili : Kalau untuk pengajaran tu betul lah... tapi kena kabur2 kan skit bahagian yg tak sesuai utk tontonan umum tu. Tapi kalau keluarga mangsa dah beri keizinan, so that's okay la.

    ReplyDelete
  5. saya mmg tak tengok, ngeri sampai tak lalu mkn. Mmg betul, tak patut siarkan gambo yg teruk..kena jaga perasaan keluarga yg terlibat.

    ReplyDelete
  6. paling takmo tengok ialah gambar mangsa kemalangan ngeri...tak boleh ..tak boleh...nanti terbayang-bayang...itulah,betul tu,jika mangsa kemalangan gambarnya dipaparkan apakata keluarga mangsa,pasti tidak setuju,lagi-lagi dalam keadaan mengerikan..aurat si mati tidak diblurkan...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum lyd....saja jer nak tunjuk gambar yg mcm tu biar ada kesedaran dlm hati masing2kan...:)

    ReplyDelete
  8. kalau dulu kan ada berita orang meninggal langgar lembu dia punya blur gambar tu sampai tak tau yang mana satu orang yang mana satu lembu. sekarang ni dia punya 'keterbukaan' tu sampai muka mangsa ngeri kena tetak pun dia tunjuk. saya pun kadang-kadang teringat-ingat. seram!

    ReplyDelete
  9. Saya pembaca setia blog kamu...teettttt...

    Apapun, from Communication or Journalism perspectives, diorang mmg kena follow certain rules & etika. So can't simply letak any objects or picture dlm media...kena concern sensitiviti masyarakat. (cewah!)

    ReplyDelete
  10. mgkin gambar yg dipaparkan tu bkn ahli keluarga mereka .. jd kurang rasa simpati....

    ReplyDelete
  11. setuju sgt. teringat semasa gempa dan tsunami besar 11 mac 2011 tahun lepas di jepun...mangsa yang mati berpuluh ribu tapi satu mayat pun tv jepun tak tunjuk. yang mereka tunjuk kat tv adalah kebaikan2 yang telah dibuat oleh si mati semasa hidupnya sehingga saat2 terakhir hidup (ada yg mati sebab nak selamatkan anak kecil, nk selamatkan mangsa2 lain yg hanyut dll)... menghormati si mati bukan mengaibkan...hmmm

    ReplyDelete
  12. surat khabar ada lg cover2...yg internet ni..mmg takde cover langsung

    ReplyDelete
  13. Eh jangan le sentap! Kang tunjuk gambar ngeri kang haaa hahaha.. tapikan kite suke nengok gambo2 gituh walaupun sebenarnya lemah semangat. Sbb kengkdg bleh wat bagi insaf (skjap... okelah 10 minit) tapi yelah kalau gambar yang over sampai bloody giler tu mmg yeaks la tak nak pandang dan betullah tu. Itu jadik kat org lain. Cer jadik kat kuarge kite, sure sedihkan nengok gambo gitu. Hmmmph!

    ReplyDelete
  14. nak naikkan rating mcm tu la. tp serius saya mmg tak berani tengok. betul kat jepun jgn harap nak tengok mayat org, rancangan2 dokumentari yg disiarkan pun takkan tunjuk org mati live (kecuali drama la kan). kalau ada babak ngeri pun mesti yg selamat punya. berita tv mahupun suratkhabar pun sama walau kematian yg ngeri*jarang sangat ada) dia takkan tunjuk, yg ditunjuk mesti animasi kejadian lepas tu temubual dgn ahli keluarga mangsa yg gmbr blur kdg tu, lepas tu rumusan dari hospital ataupun polis. tak mengaibkan org pun. huhu..

    ReplyDelete
  15. betul tu..kesian dengan arwah dan keluarga arwah...

    ReplyDelete
  16. Yang paling kejam disiarkan media ialah foto wanita kemalangan yg terselak auratnya, tak bertamadun langsung!!!

    ReplyDelete
  17. tu la pasal kak.. kalau dulu teringin nak tengok tapi sekarang dah terpampang tak sanggup nak tengok. ZAman sekarang orang dah tak kesah apa dah asalkan duit masyuk. xpatut betul.
    anyway kak.. CK ingat akak muda lagi beza 2 3 tahun je.. xsangka 10 tahun lebih tua. meh kongsi rahsia awet muda. hee..:P

    ReplyDelete
  18. sya takot nak tgk gmbar org mati.. seramm rasa...

    ReplyDelete
  19. HUHU..SETUJU TU...
    lya lak..kalo tgk paper n nmpak mcm ada tunjuk2 gambar..mmg lya xkan tgk..sbb takut teringat-ingat..tp.. skarang bukan kat paper je.. kat internet/youtube pon tersebar gambar-gambar kemalangan ni..

    **sori sgt2.. lya lama x bw & jrg sgt update blog.. krg sihat bru2 ni

    ReplyDelete
  20. kekadang malas nk baca peper yg suka tunjuk gmbr ngeri kemaalangan/pembunuhan.boleh terbawak sampai tidur pun tak boleh..

    ReplyDelete
  21. setuju ngan u... dun wory will always follow u.. truskan update entry ye!

    ReplyDelete
  22. lady x suke tgk gmbr ngeri... agk mnktkn.. lbh2 lg klu knk2 yg tgk... ngeri.. xsesuai tuk ttpn umum..

    ReplyDelete
  23. saya tak suka tengok sbb kadang2 kesian. aib itu tak kira apa alasan, kena jaga. bukan senang2 je tunjuk.

    ReplyDelete
  24. Penat ke hahahahah.

    Saya memang tak setuju pasal gambar-gambar tu. Sebab pertama - saya jadi bahan rujukan anak-anak untuk diorang bertanya. Pada saya mereka tak perlu pendedahan gambar-gambar tu. Tak ada dalam syllabus pun. Pengurusan jenazah adalah; bukan rupa bentuk jenazah

    ReplyDelete
  25. betul la sesgt. kesian kt keluarga mangsa. sama2 ye. kalau saya jadik journalist saya suggest orang baca artikel ni tapi nak buat macam mana, takde pic best tak laku pulak paper.

    ReplyDelete
  26. Setuju dengan Lyd.. memang tak patut siarkan gambar ngeri mangsa kemalangan, cukup sekadar gambar kecik cam ic atau passport untuk pembertahuan saja.

    ReplyDelete
  27. jannah pon rasa mcm tu kak. seolah di buka aib kepada si mati. nauzubillah kesian si mati.

    ReplyDelete
  28. betul..betul..betul...huhuhuhu kt internet lagi teruk...klu dkt akhbar diorg ada batas2 jgk cam editor yg kontrol.. klu dkt internet.. mereka bebas.. kadang2 keterlaluan...huhuhu kesian si mangsa.. aib mereka didedah..huhuhu moga kita dijauhkan dgn pekara2 begini..

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...