Skip to main content

Beberapa Yang Saya Tak Faham Tentang Facebook

Sejahteralah ke atas kamu.....

Ayat di atas tu sepatutnya saya tulis "Beberapa Yang Saya Tak Faham Tentang [Orang-orang di] Facebook. 

Dulu saya update status di FB agak kerap. Masa tu apa-apa pun status yang saya update adalah supaya orang lain baca apa yang saya tulis tu dan mengharapkan orang komen. Sama jugak dengan gambar. Bila letak gambar mestilah sebab saya nak tunjuk kat orang. Mana ada orang yang upload gmbar kat FB dengan alasan untuk buat back up utk gambar tu. Kalo betul nak buat back up pun, kenapa tak private kan gambar tu khenn? khenn? Itu dulu la. Sekarang ada juga saya update status tapi tak la sekerap dulu.Gambar pun dah lama tak tukar kat profile picture semenjak saya dah gemuk ni. Hehehe.

 Saya  kadang2 nak amik gmbr untuk letak kat FB. Tapi suami saya akan tanya... syg rasa kalo kita letak gambar kita kat FB tu ada ke orang kisah? Atau syg ingat orang suka sangat ke nak tengok kita bergambar macam-macam? Lama-lama saya pun rasa ha ah kan... Betui jugak tu. Ingat orang suka sangat le tengok muka gedik saya ni. Hak hak. Okay..okay.. itu semua hak masing-masing la  nak letak apa pun kat FB. Saya cuma tak faham dengan beberapa jenis orang yang update status dengan begitu berdaya saing setiap hari. Setiap hari hampir nak 20 kali dia post status dia dengan benda yang sama. Kadang2 saya sampai rasa malas nak log in FB sebab bosan gila nak baca status orang. [mesti orang pon bosan nak baca status aku. ].

Saya kalo status yang biasa-biasa tu saya okay lagi... Tapi ada beberapa jenis orang yang saya memang cannot go la seperti;

1.   Promote Infinity Downline - Stress gile dengan jenis mcm ni. Kalau promote sehari satu tu boleh tahan lagi. Ini setiap sejam , 5 kali kali dia update status untuk promote Infinity Downline ni. 5 kali tu BACK TO BACK plak tu. Setiap status promote tu plak panjang dia macam satu perenggan puisi Pyan Habib - Bapaku Seorang YB dan yang paling pengsan, bila semua perkataan ditaip dengan HURUP BESAR. Saya baru semalam remove seseorang daripada friend list saya sebab dia promote Infinity Downline ni terlampau giat dan gigih. Tak dapat nak tahan dah, terpaksa la remove.

2.  Berdoa Kepada Allah di Wall FB - Saya boleh terima kalau doa tu dalam masa yang sama adalah announcement kepada kawan-kawan tentang situasi tertentu, pasal anak sakit ke, pasal tsunami ke, mangsa kemalangan ke, itu semua boleh dimaafkan. Atau sekali sekala berdoa utk apa2, naik gaji ke, dapat bonus ke. Tapi kalau setiap hari nak berdoa kepada Allah tapi melalui wall di FB? Perlu ke? Apa motif? Nak berdakwah? Kalau nak berdakwah terus je direct ajak, "sudah masuk waktu Asar, ayuh bersolat sahabat". Tak perlu la nak berdoa dengan doa-doa personal yang sepatutnya hanya dia dengan Allah je tau. Berdoa nak jodoh yang macamana pun dekat FB. Berdoa supaya sentiasa dekat dengan Allah pun di FB. Berdoa supaya dimurahkan rezeki pun di FB. Sejak bila plak FB ni diangkat sebagai perantara di antara manusia dengan Allah? Kalau nak berdoa, berdoa terus lepas solat kepada Allah atau anytime pun. Senyap-senyap je. Allah dengar. Allah akan tau. Tak perlu pun nak bagitau kawan2 yang kamu dah berdoa hari ni. Tak perlu nak beritahu kepada orang yang kamu sudah bersolat setiap kali waktu solat, "Alhamdulillah dah selesai solat Subuh", "Selesai solat Zuhur dengan solat sunat", "Saya nak solat Asar ni.", "Oh, dah masuk waktu maghrib, nak solat maghrib la kejap", "saya dah solat isya, boleh tido, yey yey". Eiii... solat tu kan wajib, macam tak perlu pun nak beritau orang macam ko sorang je dah solat. Grrr....

Sebut pasal wall, saya ada terbaca satu share di FB juga berkenaan dengan Western Wall di Jerusalem. Pernah dengar tentang Western Wall ini? Western Wall ini juga dipanggil Wailing Wall atau Kotel [cam lucah je nickname wall ni.. kuheh...kuheh.]. Western wall ini adalah satu tempat ibadat [kuil yahudi] di mana satu tempat untuk orang-orang Yahudi berdoa dan merintih tentang apa-apa sahaja berkenaan mereka di Wall itu. Rasanya ramai yang tahu facebook ini diciptakan oleh siapa. Pemilik Facebook yang bernama Mark Zuckerberg itu adalah orang Yahudi. Dan jika kita boleh relatekan facebook dengan penggunaan Western Wall ini nampak seperti ada persamaan tak? Kita boleh tengok betapa ramainya orang yang merintih di wall facebook dan ada juga yang berdoa melalui wall. So, apa pendapat korang? Ada persamaan tak? Hehehe...  Saya kelepet daripada Wikipedia 

Ni gambar daripada jarak jauh

Macam orang pergi haji kan?

Konsep dia pun macam cium Hajarul Aswad kat Kaabah. Yang bertopi dan janggut panjang ni biasanya di panggil rabbai [rabbi] macam orang alim agama Yahudi.

Jangan salah faham ye. Saya tak keluarkan hukum bahawa tulis status atau merintih atau berdoa di Facebook itu haram ke, halal ke, harus. Saya cuma share je nak ajak korang pun fikir sendiri.


Tu jela 2 yang saya rasa paling rimas buat masa ni. Yang status lain-lain tu biasa-biasa je. Tak menjadi kudis langsung untuk saya. Annoying selaki sekala tu adat le kan. Mana ada orang yang akan puaskan hati semua orang ye tak?


Gambar daripada : Khomeini dan Long Beach City College

Comments

  1. sume brgantung pd nawaitu...tp seeloknya brdoa scra smbunyi...tul x?...^__^

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum Lyd...betul tu semuanya tu bergantung pd nawaitu kita kan...:)

    ReplyDelete
  3. semuanya berpandukan niat masing2 kn... tp org yahudi memang pandai n teliti dalam menyesatkan umat islam...

    ReplyDelete
  4. orang yang merintih kat wall tu kurang kasih sayang lyd..kehkehkeh..
    merintih,berdoa lepas solat tu takpe la..haih..

    p/s : aku guna fb untuk troll atau kutuk mengutuk je..status emosi personal,sori..haha..

    ReplyDelete
  5. Rasanya kalau pasal berdoa tu saya pun tak berani nak komen pape. Mungkin ada yang sesuai untukmshare ngn org lain atau lagi baik doa tu antara kita dan Allah je kan :)

    ReplyDelete
  6. sbnrnya hidup kita lagi best kalau kita tak dedahkan segalanya pd umum.

    Lagi byk kita dedah, kdg2 lagi byk mengundang rasa menyampah org. Tulis & letak gambo yg penting je..cth: umumkan baby baru lahir ke..

    Psl Wall tu, taktau nak komen. ^_^

    ReplyDelete
  7. saya pun ada FB tapi x aktif....
    tak syok la......ramai org share benda yang sama....

    sapa yg add saya tu agak2 rugi jugak laaa....sbb wall saya tak dak status apa pun.....kihkihkih....iklan churp2 ja yg ada .....ekekkee

    ReplyDelete
  8. saya update status kalau ada benda nak bgatau atau nak share sesuatu je..kalau tak, tak berupdate pun status FB tu..

    ReplyDelete
  9. samalah..sy pun dh jarang update status.. macam mls (mmmg malas sebenarnya)..hehe

    ReplyDelete
  10. sy update status pun utk jual cheese powder dan jahit manik..gambar pun sy guna si kartu pocoyo ni..

    ReplyDelete
  11. kadang dia jumpa doa tu dalam fb pastu dia copy and paste dalam wall dia pulak kak. ok konon2 kita think positif. hee :) tapi jannah paling tak suka tengok gambar org komen canteknyaaa. nanti tuan gambar jawab. "cantek ke? ala biasa2 jer".

    ok meluat gilaaa. haha

    ReplyDelete
  12. biasa laa tu kak, ragam manusia ni macam2..ada sesetengah ada yg update status merapu2 jer..

    ReplyDelete
  13. FB saya pun lama jugak sepi..sesekali je update status...mcm dah bosan kan? For me, blogging lagi best :)

    ReplyDelete
  14. Makwe Kintan : Ha ah. Semuanya bergantung kepada niat.

    Maszull : Betul tu mama.

    Taufiq : Tu la... Kadang2 apa yg mereka buat tu mudah je jadi ikutan dan trend di seluruh dunia.

    YMBundle : Aku pon rasa camtu jugak la Boy. Dulu masa aku selalu update status pun aku kekurangan kasih syg gak. Hahah..

    Ardini Izzati : Kalau sekali sekala nak tunjukkan kesyukuran atau berdoa pada sesuatu perkara yg terjadi, masih boleh diterima. Yang akak maksudkan kat sini kalo setiap masa nak tunjukkan doa kat fB, tu yg tak tahan nak tgk tu.

    Ujie : Selain nak umumkan apa-apa, FB ni jugak boleh berkomunikasi secara group tapi takde time expired. Maksudnya kalo kita rancang berbalas komen dengan geng2 kawan skolah, kalo ada yg ketinggalan boleh baca kemudian. Saya rasa itu cool.

    karukord Jagau : naisb baik saya tak add jagau. Hehehe..

    Ummi arissa : Betul awak.. saya pun dah tak update status kalo takde pengumuman penting. Contoh masa rumah ke pecah ari tu, saya announce le kat FB utk bgtau kawan2.

    Kyo : awak bukan FB je dah malas, blog pun jarang je update skrg. Hehehe..

    Pen Biru : Ada.. ada.. saya ada nampak CheeseCrazy tu. Sbb saya dah like page tu.

    Cik Jannah : Dah tu kalo org puji jannah cantik cemana? Heheh. Yang share kata-kata hikmah daripada fan page pun akak rimas gak.

    Saffiya Aleesha : Itu la... Update status merapu tu takpe kalo sekali sekala. Semua org pun ada mood gila masing2 kan. Tapi kalo setiap hari sampai 50 status nak update tu apa cite? Haihhh...

    ReplyDelete
  15. Mrs R : Ha ah, sebab blogging boleh cerita panjang-panjang dan ada pilihan untuk org lain baca atau tak. Kalo org tanak baca org takyah masuk blog kita. Kalau nak baca je baru masuk. Tapi kalo FB, orang terpaksa baca apa yg kita tulis sama ada dia suka ke tak suka melainkan org tu dah hide kita. Ye tak?

    ReplyDelete
  16. Diana : Kan? Mmg remove kan? Hehehe.. So, maksudnya bukan saya sorang la yg tak suka dgn update status terlampau ni.

    ReplyDelete
  17. aku jarang update status. rajin komen status org je. tu pun xde la rajin mana.

    ReplyDelete
  18. Sama la. Jarang update status. Tapi selalu menyampuk status org.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...