Skip to main content

Kena La Berubah



Sejahteralah ke atas kamu....

Semalam saya masak nasik ayam. Resepi Che Mat Gebu hokey. Sangat sedap. Sila...sila.. silalah cuba masak guna resepi itew.

.................................

Teringat perbualan saya dengan anak saudara saya, Amaluddin atau Amanuna. Amanuna tu adalah nickname yang dia sendiri bagi. Merepek dia tu. Umur dia 4 tahun.

Suami saya tanya dia, "Amaluddin, maksu kurus ke gemuk"?
Tanpa segan silu Amanuna jawab, "Maksu gemuk".

Okay... takpe.. takpe... Kita anggap je budak-budak hanya akan pilih jawapan yang paling belakang bila kita beri dia 2 pilihan. Biasa la kan. Ntah-ntah dia tak faham pun soalan. So, kita tanya dia lagi sekali untuk mengonfirmkan. Kali ni saya pulak tanya...

"Amaluddin, maksu gemuk ke kurus"?
"Maksu gemuk maksu gemuk maksu gemuk....." [and looping]

Amboi... makin seronok la suami saya gelakkan saya. Deng!

..................................................

Tiba la saat yang ditunggu-tunggu oleh korang semua. Iaitu.... membebel time!


Apa benda lagi la yang ko tak puas hati kali ni Lyd? Please la. [adakah itu kata-kata hati korang? ehehe... kalau benar pun apa salahnya. Dah memang niat kudus saya utk membebel pom.].

Pompuan. Mekap. Tak dapat dipisahkan. Sangat matching bila digandingkan betul tak? Dah tu, takkan nak matchingkan mekap tu dgn lelaki kacak kan? Saya tau ramai pompuan kat luar sana yang pantang lepa, mesti akan touch up mekap. Tapi takpe la.. Dah memang mereka dilahirkan dengan sikap begitu. Apa bleh buat, taik kambing bulat-bulat, boleh buat ubat, cap Lydi kuat. Namun, [owh, ini perkataan 999, Bersamamu dan Majalah Tige] kalau sampai dalam kereta pun nak bermekap, apa ke jad? Dalam kereta ni bukan bermaksud masa pompuan tu jadi penumpang, tapi masa dia sendiri yang drive. Tak ke gila kentang namanya tu?

Macam pepagi tadi. Saya follow satu keta Poton Saga ni. Dia berada di lane kiri. Saya nampak banyak kali dia macam nak masuk ke lane kanan tapi tak bagi signal. Dalam hati saya, "dah kalo ko nak tukar lane, bagi la signal, kayu! Nak main masuk-masuk macam tu je mana le orang boleh baca fikiran ko!". Banyak kali plak tu. Pastu bila saya tinjau-tinjau kuku [ni mcm suam-suam kuku, tinjau yg tak berapa beriya sgt], nampak le minah ni tengah tenyeh bedak laju-laju kat muka dia. Saya dah tak larat nak follow belakang keta saiko, saya pun nak tukar lane. Jalanraya ni penuh sesak ni. Tetiba plink! plink! muncul la peluang yang saya tunggu-tunggu, ada kereta sebelah saya yang tak bergerak masa saya nak tukar lane tu. Rupa-rupanya sedang bermekap jugak. Ini benar-benar serius.

Hari ni bukanlah pertama kali dalam seumur hidup saya menonton adegan sebegini. Dah lama dah.... [sila baca dengan nada sebak, bergenang airmata dan suara terketar-ketar.]. *Eh, Rafidah Aziz pegi mana ye? Dah lama tak nampak.

So, kaum fomfuan atau lelaki kacak [kalau ada la lelaki kacak yang bermekap huhu] Saya tahu kamu suka bermekap. Sila la mekap. Takde sapa nak marah. Tapi bermekap semasa memandu sangatlah berbahaya hokey. Bukan setakat kamu boleh terbunuh, pemandu lain pun mungkin terbunuh kerana kecuaian kamu. Sumpah, saya bukan jeles kerana kamu akan kelihatan bersewi-sewi setelah bermekap. Sumpah juga, saya bukan jeles kerana kecekapan kamu memandu. Tapi saya hanya sayangkan rakyat Malaysia. {ayat tunjuk baik kat blog sebab saya ada blog. yeahhhh.}.

Comments

  1. tenyeh tepung gandum sekilo la tu...haih...tu la pompuan...eh aku pun pompuan gak...hehe^__^

    ReplyDelete
  2. byk betul cerita dlm entry ni.. kompius den..hehe

    ReplyDelete
  3. tak sempat makeup kat rmh la tu. tak pun boring sbb jln jammed belek la muka sendiri. hehe..
    *tak lukis kat kertas pun lyd, terus2 je conteng atas icing tu guna lidi pastu baru guna cekelat piping. :D

    ReplyDelete
  4. Bermekap tak per jugak, kan pompuan suka kecantikan? Saya pernah folo satu kereta yg dibawa macam kura2 mabuk, dah ler pelan, sekejap terhoyang ke kiri, sekejap ke kanan. Bila dpt potong nampak sorang pompuan bermekap tebal sedang tenggelam dlm keasyikan mengorek lubang hidung. Pengoto betul!!

    ReplyDelete
  5. huhu... kalo bmekap time drive tu mmg la x patut..mbahayakan diri sndiri n org lain...

    ReplyDelete
  6. hahaha. nasib kak saya tak minat mekap. kdg2 g kelas boleh lupaa nak pakai bedak. haha.

    ReplyDelete
  7. alahai... belum pernah lg terserempak dgn fompuan drive bermakeup. kalau husben saya drive mahunya dia dok jeling je. kalau saya mungkin hon sekali lepas tu jerit: "Kak, lipstick jatuh kat luar." mesti dia berhenti terus kan sebab panik. hahaha...

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum Lyd...wah !!! jgn marah ye x elok bawa bersabar lyd yer...pompuan tu pun satu kalau bawa kete tu jgn sibuk nak bersolek dlm kete bahaya tu...:)


    p/s sori ye mama dah lama x jengah ke sini cool yer dear...:)

    ReplyDelete
  9. haaa3x... bahaya bermekup sambil memandu.... sama bahaya berbual talipon tu....

    ReplyDelete
  10. ohooooi ape lah motip makeup sambil driving? tak chomot ke makeup tu nanti? kadang pompuan nie tak bertempat. haiyoo

    ReplyDelete
  11. hahaha.. kalau cm tu, bek makeup muka mayat terus.. anti lagi senang.. leh tanam terus kalau exident :)

    ReplyDelete
  12. Kira terer la tu bole bemekap sambil memandu hehehee :)

    ReplyDelete
  13. nanti lipstik tu tercucuk lubang hidong ha3x

    ReplyDelete
  14. anak bongsu ek? :D... seronoknye...

    jwpn tuk aminuna, bukan gemuklah, berisi...

    ReplyDelete
  15. salam jumaat dari kami sekeluarga... masih tengah bermackup lagi ker... heee3x... gurau jee...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya