Skip to main content

Oo... Begitu Rupanya

Sejahteralah ke atas kamu..

Kalau saya tak update blog dengan new entry, sebenarnya traffic ke blog saya sama je. Masih sikit itu juga. So, lebih baik saya tak update kalau tujuan saya update blog hanya utk tinggikan traffic. Lagipun, saya perasan, kalo saya lama tak update blog, entry terakhir tu akan lebih banyak komen daripada entry biasa.

Next, nak citer pasal Sejuta Money Drop. Rancangan kuiz kat Astro Ria yang dikendalikan oleh Dato AC Mizal tu. Saya kan.... bila tengok rancangan tu, selalu je saya rasa macam kalau saya la yang masuk rancangan tu, mesti dah dapat dah RM1juta tu. Kadang-kadang rasa hangin je bila soalan-soalan yang ditanya tu padahalnya macam pengetahuan am je tapi peserta tu tak tau. Contoh soalan yang simple tapi peserta tak boleh jawab, "Di manakah letaknya Tasik Kenyir"?. Pilihan jawapan A. Perak B. Perlis C. Terengganu D. Sarawak. Rasanya fakta ni, sejak sekolah rendah lagi dah belajar kan? Kalau tak belajar pun, mcm Tasik Kenyir ni popular ke apa sebab tasik ni ialah tasik terbesar di Malaysia *eh ye ke? Atau Tasik Chini? Huhu.. Tak tau plak.. Rasa macam tak logik je orang Malaysia tak tau. Takkan la tak tau Tasik Kenyir ni terletak di Perak???!!!! Hehehe.. Ok.. just kidding. Tasik Kenyir letaknya di Terengganu ok...

Sorry... Sorry.. Saya bukan bermaksud yang saya ni pandai bijaksana genius apa semua sampai nak kutuk-kutuk orang lain. Saya faham, ada benda yang orang lain tau, saya tak tahu juga. Mungkin kebetulan je apa yang saya tahu tu, orang lain tak tau walaupun perkara tu hanya perkara kecik a piece of cake je bagi saya, tapi bagi orang lain itu adalah sangat susah.

Sebenarnya apa yang saya fikirkan, bukan tentang banyak ke tidak ilmu pengetahuan am yang kamu ada untuk menang sejuta ringgit melesia tu. Tapi sebenarnya.... itu semua bergantung kepada berapa rezeki yang Allah dah tentukan untuk kamu. Saya memang boleh cakap yang kalau saya masuk rancangan Money Drop tu, saya akan menang sejuta ringgit sebab semua soalan yang diberikan tu saya tau jawab dan kalau saya tak tau pun, mesti suami saya tau. TAPI... TAPI..TAPI.... saya pasti kalau saya betul-betul masuk rancangan tu, soalan-soalan yang keluar mesti soalan yang saya tak tau dan suami saya pun mungkin tak tau, tapi orang lain iaitu penonton yang tau. SEBAB.... Allah yang tentukan berapa banyak rezeki kita. Dan Allah dah tentukan berapa banyak soalan yang boleh dijawab dengan betul oleh peserta-peserta yang masuk Sejuta Money Drop tu.

Kalau cerita pasal rezeki ni, memang berkajang-kajang pak malau kajang berlipat pun tak habis-habis. Semuanya adalah misteri Allah. Contohnya, saya selalunya bila dapat bonus tahunan, time tu jugak la kereta saya rosak dan perlu dihantar ke workshop untuk dibaiki. Sudahnya RM1000 terbang. Kalau bonus dapat RM3000, tinggal la RM2000 je. So sebenarnya apa yang saya tak nampak adalah, rezeki saya sebenarnya hanyalah RM2000 sahaja. Satu lagi contoh... Dulu masa mula-mula kawen, saya ada buat part time job. Sampai satu masa, saya terpaksa berhenti di atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan. Mula-mula rasa risau sebab dengan kerja tu, saya ada extra money yang agak membantu kehidupan saya dan suami. Tapi, oleh sebab jumlah rezeki untuk saya dan suami memang telah ditentukan oleh Allah, selepas saya berhenti, elaun untuk suami saya pula telah naik sebanyak yang hampir sama dengan gaji part time tu. Jadi, tak mengubah apa-apa pun. Rezeki saya dan suami tetap sebanyak itu. Indah sungguh perancangan Allah betul tak?

Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini.... Walaupun mungkin kita hilang sumber pendapatan tertentu yang kita rasa macam, "adoiii... mati lah aku kali ni... macamana nak cover semua perbelanjaan hidup aku ni....", tapi kalau kita yakin dengan rezeki Allah, pasti akan adalah sumber rezeki lain yang Allah akan bentangkan depan mata kita untuk cover semua keperluan kita. Ingat ye... KEPERLUAN. Bukan KEINGINAN.

Comments

  1. itu sume rezeki tuhan kan kak.. cm sy sekarang ni, ngah susah pasal mslh kerja, maybe satu ari anti rezeki sy dpt kj yg elok2 kn.. insya'allah...

    ReplyDelete
  2. saya setuju. rezeki semua dah ditentukan olehNya. Rezeki adalah salah satu rahsia Allah. tapi kita manusia sentiasa harus berusaha untuk mencari rezeki :)

    ReplyDelete
  3. ai dulu masa resign dari keje tpkr boleh le gaknya hidup ngan gaji asben sorang..tapi lama2 mmg rezeki tu dtg dari pelbagai sudut..

    anak2 kurang sakit..pun rezeki Allah..kita sihat pun rezeki dari Allah..yg pnting bahagia dan bahagia..pun rezeki dari Allah juga..Mmg Allah tu maha pgasih maha penyayang :)

    ReplyDelete
  4. Taufiq : inyaAllah akan dapat tu nanti. Mungkin dah diaturkan oleh Allah bahawa kerja sekarang ini adalah batu loncatan utk kerja yg akan datang yg mungkin perlukan pengalaman yg taufiq ada skrg. Kot. InsyaAllah.

    Cik Jannah : Betulm perlu berusaha, tapi nak berusaha ke arah mana itu biasanya Allah yg beri ilham. So, semuanya bergantung kepada Allah.

    sisdee : cantik betul aturan Allah ni kan? Betul tu, kesihatan itu juga adalah rezeki.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum ...betul tu fikirkn keperluan dulu barulah fikirkan keinginan yer....:)

    ReplyDelete
  6. Maszull : ye mama. keperluan lebih penting.

    ReplyDelete
  7. ramai org fikirkan rezeki yg dia tak dapat,,.. sehingga dia lupa rezeki yg dia dah dapat ..

    ReplyDelete
  8. Adam Malik : Saya mengaku kdg2 saya juga begitu, tapi nasib baik sempat tune balik pemikiran tu supaya tak terus melarat rasa rugi pada yg tak dpt tu, sebaliknya terus rasa bersyukur dgn apa yg dah dpt.

    ReplyDelete
  9. mungkin sebab time tu berdebar2.. jadi oksigen digunakan untuk atasi debaran tu cukup2 je.. maka oksigen dpt sikit je di otak.. maka otak x mampu berfikir dengan baik.. hihi.. sebab tu wlpn soalan kite tahu jwpnnye.. time tu mmg xleh jwb jugak.. logik x ek..

    p/s : saje je komen pnjg.. betul kate akak.. semua tu berkaitan dgn rezeki.. andai rezeki itu bukan untuk kite.. pasti kita tidak berjaya tuk mendapatkannya..

    ReplyDelete
  10. sedaya upaya kita berusaha. rezki Alah yg tentukan..jgn give up jer

    ReplyDelete
  11. Ladybird : Nervous tu mungkin juga salah satu sebab kot. Ada logiknya.

    PenBiru : Ye insyaAllah tak give up.

    ReplyDelete
  12. betul tu..Allah dah tentukan rezeki kita,tak perlu khuatir..cuma perlu berusaha dahulu...macam akak contohnya,mula2 ada sorang cikgu tu janji nak anta anak dia awal tahun,tiba2 tak jadi..nak jadi rezeki, Allah gantikan dengan menjaga anak jiran yg baru pindah...kebetulan dia mencari pengasuh anaknya..kan rezeki tu...

    ReplyDelete
  13. ummiarissa : ha ah. itu rezeki. Rezeki yg mmg Allah dah tentukan ADA untuk kita.

    ReplyDelete
  14. itu la pasal kadang-kadang saya malas sangat nak tengok Sejuta Money Drop nih, takut terkutuk lebey2 plak. dah la masa nak umum jawapan tu lama. "wei, apa ke !@#$$ letak kat situ pulak, salah la woi! buat rugi duit je!" hahaha. kan menambah dosa tu. huhuhu
    jadi housewife macam saya ni pun selalu jugak terasa macam tak cukup dan tak menyumbang pada ekonomi keluarga, sedangkan pengorbanan saya tu besar untuk didik anak semasa suami tiada. kira ibadat juga tu. bersyukur tak perlu bersusah fikir kerja pejabat dan jaga keluarga macam wanita berkerjaya yang lain. berat tugasnya. semua sudah Allah aturkan sebaiknya. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. btul jugak tu. apa2 pon bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi.

    ReplyDelete
  16. Saya pernah dengar ceramah seorang tokoh korporat yg bercerita tentang rahsia rezekinya melimpah ruah, antaranya katanya kita hendaklah selalu merderma dgn ikhlas. Katanya jangan takut membuat kebajikan akan menyebabkan hilang rezeki kerana bila kita buka satu pintu utk menderma Allah akan membuka enam pintu rezeki lagi utk menambah pendapatan kita...

    ReplyDelete
  17. cikwahidaidris : ye, tepat sekali.

    JR : MasyaAllah, bagusnya... Jom la kita selalu menderma dgn ikhlas.

    ReplyDelete
  18. semua peserta yang masuk tu jadi jutawan sekejap betul tak? lepas tu jatuh balik duit tu..hahaha..

    ReplyDelete
  19. Ym.BUndle : Biasanya gitu la. Kalo money tu tak drop masa game tu, akan drop di waktu lain plak.

    ReplyDelete
  20. Wani SC : Beruntungnya boleh jadi housewife sepenuh masa.

    ReplyDelete
  21. Ahlam setuju sgt2..dn Ahlam selalu pegang kata2 ni..nasib kita brbeza..rezeki kita tak sama.. ^-^

    ReplyDelete
  22. suka entry sis ni...kdg2 selalu sedih bila mengenangkan duit kdg2 putus tgh bulan..tapi x pernah pulak sampai x mkn sebulan.ade je rezeki masuk.sebenarnya apa yg penting kita berusaha.kalau x usaha pon, x de makna jugak kan

    ReplyDelete
  23. Ahlam : Perlu yakin kepada Allah. itu yg paling penting.

    Liza : Thanks sis sbb suka entry ni. Saya pun selalu rasa gundah bila takut duit tak cukup. Tapi bila bertenang dan memohon kepada Allah, alhamdulillah Allah akan sentiasa memberikan jalan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya