Skip to main content

Cantik Isteri Dia, Beruntung Sungguh Dia.

Sejahteralah ke atas kamu...

Ally Iskandar dan selamat bernikah. Comel sangat isteri dia, Farah Lee. Macam muka pelakon Korea. Belajar pun kat Korea. Kecomelan dia tu sama ada memang semulajadi atau efek daripada cuaca Korea masa duduk kat sana kot. Ok jangan merepek.

Boleh dikatakan banyak blog yang cerita pasal Ally Iskandar dan pasangannya ni. Ramai juga yang kata, "cantik isteri Ally, bertuah/beruntung Ally dapat isteri cantik".

Bukan tentang Ally Iskandar je yang saya biasa dengar ayat "bertuah sebab dapat isteri cantik" tu. Kat luar ni pun ramai. Biasa sangat dah saya dengar. Pastu mula la dalam hati terdetik.... apsal plak dia bertuah kalo dapat isteri cantik? Kalau lelaki yang dapat isteri tak berapa cantik, tak bertuah ke? Kecit hati i tau... i sedar i cantik 'sangattt'. Hehehe...

Saje je bikin panas petang-petang ni. Happy long weekends guys. Seronoknya cuti lama. Yebeda bedu!

Comments

  1. hmm..masa kawin memang takde sape kot cakap kat somi kita, bertuahhh dapat isteri cantik cenggitu. hoho

    jarang kot dengar orang zaman sekarang lafaz nikah kena sampai 2x..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ...mmg b'untungkan dpt isteri cantik ni mcm kita yg x cantik ni geram gak dengarkan...:(

    ReplyDelete
  3. cehh cehh cehh tacing paling dia seko seko hahhahaa

    ReplyDelete
  4. lama menunggu mesti kena cari yang cantikkan... cantik tu tak penting yang penting keserasian dan kefahaman antara suami isterikan.. banyakjer kot yang isteri cantik ya ampun kena cerai gak... so kalau kitani tak cantik jangan rasa rendah diri ok.... (pujuk hati sendiri)

    ReplyDelete
  5. semuga mereka berdua kekal sehingga ke anak cucu

    ReplyDelete
  6. salam..
    cantik subjektif,so jangan risau gadis2 yg tak rasa diri tu cantik sebab anda akan nampak cantik dari pandangan mata lelaki.yang paling penting sekali,semua makhluk ciptaan Allah tu cantik.
    p/s sayang paling cantik :-)

    ReplyDelete
  7. keluarga farah mmg kebanyakan comel mcm farah.. kawan seoffice lady mak saudara kepada farah.. mak saudara die pun comel sgt2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya