Iklan! Iklan! Sila Click!

25 August 2011

Blog Yang Suka Dilawati/Mudah DiFollow

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Warning : Entry ini bukanlah berdasarkan statistik atau fakta, tetapi hanya pendapat personal saya sebagai pembaca blog.

Blog ada banyak kategori. Ada yang ilmiah. Yang keagamaan. Yang merepek tah hapa-hapa. Yang kongsi fakta ceduk daripada blog lain. Yang cerita tentang personal, tentang anak, tentang suami, tentang jiwa kacau. Yang kongsi resepi memasak. Pastu ada macam-macam kategori lagi la. Nak senaraikan pun malas.

Saya sebagai follower blog orang, saya suka follow blog yang;

  1. Baru nak mula berjinak-jinak dengan blog seperti saya. Follower dia pun ada bawah daripada 100. Kononnya supaya senang dia nak notice yang saya ni jadi follower dia. So, nnt dia bleh la follow saya balik kan. Tapi biasanya kalau yg dah lama saya komen-komen blog dia tp dia tak follow balik, saya terus stop follow la. Hehehe.. tak ikhlas sungguh kan? Tapi ye la.. biasanya blog dia pun bukan hebat sgt, tapi dia dah bajet diva. Kalo Fatin Liyana yang tak follow saya balik tu saya faham la. Sebab follower dia ada 20 ribu.
  2. Diupdate tiap-tiap hari saya follow la. Saya akan semak entry dia. Kalau sebulan 1 entry je, nak follow pun malas. Nak baca update apa? Tak ada entry. Bosan la macam tu.
  3. Dimiliki oleh kawan-kawan. Yang ni, tak kisah le kalo dia tak follow balik pun.
  4. Tuan punya blog tu follow saya dulu, saya akan follow dia balik.
  5. Gaya penulisan yang menarik, santai, senang difahami, blog tu ringan [click je terus keluarsemua contents takyah loading lama-lama], then warna serta font yang tak serabut.
  6. Isi kandungan entries dalam blog tu best. Cerita yang diceritakan tu original. Mungkin dia ceritakan kisah personal dia je, tapi tengok la cara dia bercerita tu jgk. Kalau dia pandai, sesebuah cerita tu akan jadi menarik walaupun cerita tu sebenarnya cerita bosan. Korang dapat tak point saya ni?
  7. Kadang-kadang saya cepat tertarik dengan entry jiwa kacau. Nak tau perasaan orang lain tentang cinta. Perasaan sedih dia. Bukan bermaksud saya gembira bila orang lain sedih. Tapi suka baca entry jiwa kacau. Sebab waktu jiwa kacau, orang akan luahkan je perasaan dia tanpa berfikir panjang. Kadang-kadang rasa mcm nak beri nasihat, sebab saya ni pun biasa jgk jiwa kacau dolu-dolu. Tapi malas le nak masuk campur. Ikut suka dia la. Saya hanya baca je.
  8. Blog masakan. Blog masakan ni, kalau saya tak cuba pun resepi yang mereka letak tu, saya suka tgk gmbr makanan. Hehehe.. Nampak sangat. [aku ni kuat melantak. muahahaha].
So, itu je la kot ciri-ciri blog yang disukai atau senang dapat follower di hati saya.

13 comments:

  1. haha..
    no 7 tu tak tahan...
    'ikut suka dia la'

    ReplyDelete
  2. so, cam ne ngan blog saya ne yerk.. ok or ko... hahaha.. happy berblogging k :)

    ReplyDelete
  3. nak buat entry jiwa kacau lah lepas ni :D

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wahh...blog sy cmne??

    slm perkenalan..jumpa kt innit td.. ;)

    ReplyDelete
  6. saya komen, saya best.. akakpun jeles tau tengok blog yang penulisnya memang pandai menawan hati dengan kata2.. tak macam akak kadang2 kehabisan idea nak menulis... cara dia bercerita kadang2 membuatkan kita teringin nak tau kisah2 dia sebelum2ni.. gituler..

    ReplyDelete
  7. aku pun suka follower sbb n3 dia mcm aku rasa dia tgh berborak ngan aku.. dan paling aku tak suka kalau follow seseorang sbb terpaksa...tk suka sbb tak ikhlas...

    ReplyDelete
  8. nice kupasan anda..

    http://pemudattbc.blogspot.com/2011/09/bersama-ustaz-azhar-idrus-di-utara.html

    ^^

    ReplyDelete
  9. I usually like to read some of my friend's blog. Someone whom we can relate to. Usually, in reality they were being much defensive with their feelings. With blog, they do let it all out.

    Kalau random people plak, I usually goes to those who give me their links, or follow my blog. Kalau interesting, I'd follow them back.

    Sometimes I'd link some particular post which caught my attention to let my other friends to go to their blog. Usually, some writings that can make you laugh or some random photos ala-ala Ripley's Believe it or not.

    Pardon for the Manglish. Cheers!!

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...