Iklan! Iklan! Sila Click!

05 July 2011

Dapat Hadiah Peti Sejokkkk!! LG Refrigerator-GR-V242RL (230L/2DOOR)




Iklan! Iklan! Iklan!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sabtu lepas, saya jalan-jalan cari peti sejuk dengan suami saya. Kami cari di kawasan Puchong. Kriteria peti sejuk yang kami cari ialah dia mesti ada 2 pintu dan harganya dalam lingkungan RM900 ke bawah.

Mula-mula kami pegi satu kedai kat Jalan Puchong. Puchong apa saya pun tak tau daaa... Tapi kat kedai tu nampak macam takda peti sejuk dengan kriteria yang kami cari. So, kami move to the next shop, kedai Kawanku. Kami harap-harap kat Kawanku akan jumpa yang murah. Sebab biasanya Kawanku ni diwar-warkan sebagai tempat yang menjual barangan elektrik dengan murah. Erm... Tapi hampa... Mahal juga.

Kemudian kami teruskan lagi, melepasi IOI Mall Puchong untuk ke Courts. Excited juga nak ke Courts dengan harapan ada yang memenuhi kriteria sebab sebelum pergi tu, kami dah tengok catalog Courts [memandai je dierang letak catalog dalam peti surat aku... dah aku tengok.. then terpengaruh. ngehngeh]. Dalam catalog tu tunjukkan ada peti sejuk 2 pintu jenama Jepun berharga RM799. So, nak juga la pegi ushar. Bila sampai kat Courts, promoter kat situ cadangkan peti sejuk LG. Lagipun yang tu paling murah. Dia kata, brand LG paling bagus sebab teknologi dia maju.

Saya dengan suami dah hampir nak melopong Corntoz dah bila dengar explanation dia. Dia beritahu kami, peti sejuk LG ni, ada teknologi 'Green Ion Deodorizer'. Ntah apa ke benda ntah GID tu. Yang saya faham, kat tempat simpan sayur tu ada penyejat air daripada sayuran atau buah-buahan yang kita basuh dan simpan dalam tu. [Sila rujuk gambar 1]


Gambar 1. Cuba tengok makhluk bulat kat tengah-tengah tingkat tu. Haaa.. itu la bendanya yang akan menyejat air daripada sayuran tu.


Lepas dia dah sejat air daripada sayuran tu, wap tu akan berkumpul semula kat atas lantai tingkat tu. Begini gambarnya... Nampak tak texture dia yang berkotak-kotak tu. [Cap jari aku skali masuk dalam gambar. Tak senonosh...]. Nanti bila air yang berkumpul tu banyak, dia akan jatuh semula ke atas sayuran yang kita simpan dalam kotak sayur tu seolah-olah seperti di siram setiap hari. Cool bukan? Masa dengar promoter tu cerita, saya memang termakan habis dengan kata-kata dia. Cuma harga peti sejuk itu di Courts ialah RM979. Mahal. Tak menepati kriteria.



Promoter Courts itu masih menjelaskan tentang kelebihan peti sejuk LG berbanding jenama lain. Dia kata, peti sejuk LG ni, getah pelapik pada pintunya bagus. Jika tertanggal, kita boleh beli getah itu sahaja dan ganti. Kalau peti sejuk lain, perlu tukar seluruh pintu untuk membaikinya. Harga pun lebih murah daripada jenama lain. Design pun contemporary.

Tapi, saya dan suami tak beli juga di situ. Kami bercadang nak pegi kedai barangan terpakai. Nak cari juga yang besar tapi murah. Semasa on the way ke kedai barangan terpakai itu, kami singgah di satu kedai di lot-lot kedai tepi jalan puchong tu. Kami tanya-tanya pasal peti sejuk lain, ada juga yang ok. Samsung, Sharp. Harga RM850. 2 pintu. Sepatutnya ok. Cuma hati saya sudah terjatuh kepada LG. Dalam hati dah setkan bahawa peti sejuk LG itu yang terbaik dan paling saya dambakan. Eceh. So, kami pun tanya promoter kat kedai. Ada tak peti sejuk LG kat kedai tu. Sebab kami tak nampak mereka display jenama itu. Promoter itu hanya tunjukkan catalog LG, then mintak saya pilih. So, saya memang dah tau model siri peti sejuk yang saya nak itu... Terus je la saya bagitau dia. Then, dia kata peti sejuk LG itu dia boleh jual kepada kami dengan harga RM850. Yahuuu!!!!! Super cool! Kami terus setuju.

Pengurus kedai itu juga turut menyokong kami beli peti sejuk LG. Sebab dia kata motor bagi peti sejuk LG ada warranty selama 5 tahun berbanding 2 tahun sahaja bagi kebanyakkan jenama lain. Lagipun, feedback daripada pengguna-pengguna juga mengatakan LG bagus. Promoter Courts juga mengatakan feedback pelanggan Courts juga sangat positif terhadap peti sejuk LG. Jadi, macamana la saya tak termakan dengan kata-kata manis begitu. Confirm saya tertelan tanpa kunyah terus kata-kata mereka itu.



*Haaa.. nampak tu, blended chili. Belakang tu ada tempoyak. Owhhh... Abih le berbau nanti peti baru aku ni kang, letak tempoyak plak.



*roti itu untuk dibuat bread crumbs sebab dah expired kelmarin.

6 comments:

  1. bagus 2 pintu..nanti dah beranak boleh simpan stok susu kat blah atas..

    saya sokong

    ReplyDelete
  2. Yeah.. mmg aku decide nak beli 2 pintu tu selepas disaiko oleh ibu-ibu susu kat ofis ni. Lagi sekali aku tertelan tanpa kunyah cadangan mereka tu. Kehkeh.

    ReplyDelete
  3. peti 2 pintu memang best, boleh main nyorok2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Muat ke nak nyuruk kat tempat beku tu baby? Hahahah.. Kuat berangan. Terasa kecik la teww..

    ReplyDelete
  5. dua pintu lebih ok. besar sket. pe2 pun bgantung pd budget...tgh planning nk beli peti sejuk gak..

    ReplyDelete
  6. Lynda Lyn : Ha ah, beli yg 2 pintu. Tak la bercampur makanan sejuk beku dgn yang tak sejuk beku. Bau pun selamat skit.

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...