Skip to main content

Majlis Perkahwinan Saya : Aturcara

Sejahteralah ke atas kamu...

Mungkin ada yang dah tgk gambar perkahwinan saya dan perasan bahawa pelamin saya langsung tak cantik. But, I don't give a damn. . Saya mengaku pelamin saya tak cantik. Dan bilik tidur juga boleh dikatakan agak hancho. Tapi saya bukan kisah pun. Itu semua, telah dipersetujui oleh saya dan suami bahawa kami hanya ingin membuat majlis yang sangat sempoi.

Aturcara majlis kami ialah :
4 Jun 2011
- Jam 11.00 a.m - Akad nikah.
- Jam 12.00 p.m - Makan pengantin/makan beradab
- Selesai makan beradab, terus layan tetamu sampai petang.

Itu sahaja. Kami tak ada acara potong-potong kek, suap2 ke mulut. Kami tak ada bersanding. Sebab malas nak bersanding. Lagipun kami dah sepakat membawa berkat untuk layan tetamu yang dtg je. Nak bersembang dgn kawan-kawan yang dah tentunya lama kami tak jumpa. Kalau kami banyak sangat acara, takut tak sempat nak berjumpa kawan-kawan dan ucapkan terima kasih kepada mereka yg hadir. Kami juga tak ada outdoor shoot. Sepatutnya nak jugak buat outdoor shoot di Muzium Sg Lembing pada petang hari yang sama. Tetapi memandangkan hari dah semakin mendung, tambahan lagi hari itu adalah hujung minggu dalam cuti persekolahan, maka kami bimbang jika Muzium Sg Lembing itu dibanjiri pelancong-pelancong luar. Malu la akak nak berposing daring nanti... Lagipun, selepas menunaikan solat zohor, saya dah malas nak mekap semula. Suami saya lagi la honcho. Lepas solat, terus pakai baju utk buat kerja kat bangsal. Hahaha.

Malam tu, saya buka hadiah pun ditemani oleh anak-anak saudara saya je. Mereka excited tolong buka hadiah. Sampaikan saya dah tak tau hadiah-hadiah tu diberikan oleh siapa. Yang pasti, blender diberikan oleh Sakduyuh. Thanks Sakduyuh. Juga jam dinding Crocodile dihadiahkan oleh Cik Komas. Thanks juga utk Cik Komas.

Keesokan harinya, aturcara majlis kami juga sama bagi kenduri sebelah lelaki. Simple dan pantas. Saya make up sendiri. Terkocoh-kocoh saya make up diri sendiri dalam masa 15 minit je utk Majlis Menyambut Hantu Menantu, sedangkan semasa kenduri 4 Jun semalamnya, saya mula make up diri sendiri bermula jam 8.45am untuk majlis pada jam 11 a.m. Dasat la lama... Nak kata lawa sgt, tak jugak. Tapi saya belasah je la mekap sendiri. Simple-simple je. Takyah membazir. Sebab kami nak berjimat perbelanjaan kami. Huhuh.


Aturcara majlis menyambut menantu :
5 Jun 2011
- Jam 1.00 p.m - Makan pengantin/makan beradab
- Selesai makan beradab, terus layan tetamu sampai petang.

Pelamin yang ada itu pun, sengaja buat utk acara bergambar kot-kot kawan-kawan yang datang nak abadikan kenangan mereka di dalam kenangan terindah saya tu. :). Tgk le kaler dia. Merah dgn biru. Macam shilake je rupa dia. Padahal dah request kat akak yang tolong buat pelamin tu untuk letakkan mreah dan silver. Haihhh.. Ikut ko la. Malas nak fikir. Asalkan semuanya selamat dan berjalan lancar, itu pun sudah cukup.

Kenduri di rumah lelaki, kami memakai persalinan berwarna shocking green. Hambik nak nko. Hijau pucuk pisang berkilat. Tapi bila dalam gambar agak naik la kaler tu. Walaupun warna itu adalah warna kebanyakan. Tapi tak kisah la,... sebab kenduri menyambut menantu je. Bukan hari besar.

Serasa saya.... majlis kenduri kami berjalan lancar. Saya sangat bersyukur kerana Allah membantu menlancarkan majlis kami. Sehari sebelum majlis, keluarga saya berjemaah beramai-ramai untuk melakukan solat sunat hajat, bagi memohon kepada Allah agar segalanya selamat dan baik-baik sahaja. Untungnya saya mempunyai keluarga yang besar. Boleh dikatakan semua individu di dalam keluarga saya, memberikan sumbangan tenaga yang tidak berbelah bahagi. Daripada abang-abang, kakak-kakak, ipar-ipar, anak-anak saudara, semuanya rajin membantu. Saya sungguh terharu dengan komitmen yang mereka berikan. InsyaAllah jika satu hari nanti ada kenduri yang kami anjurkan lagi, mungkin jika anak-anak saudara saya berkhawin pula, saya juga berazam akan memberikan pertolongan sepenuhnya.

Segala Puji Bagi Allah. Tuhan Semesta Alam.

Comments

  1. Tak sangka ada gak orang yang buat kenduri simple macam ni. Syabas! I like..
    Kita cuma merancang, selebihnya Allah Ta'ala yg menentukan.. :-)

    ReplyDelete
  2. tahniah. tiada berlaku pembaziran dalam perkahwinan. saya pun akan buat yang sederhana mcm sis. taknak bersanding. memang niat nak layan tetamu. kesian kawan3 yang dah lama tak jumpa, silap hari bulan tak sempat jumpa kita sebab kita sibuk atas pelamin. huuu.

    ReplyDelete
  3. Tunangan sya pun plan nk buat cam ni, tp sya rsau la nt pe plk. Biasala mlut org kn . Cam ne ea nk buat.
    Dia cuma mtk time bgambar msa mkn beradab je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan takut dengan mulut orang. Yang paling utama sebelum buat apa-apa kena fikir tentang Allah suka ke tak suka aku buat majlis yang macam ni. Kalau buat majlis yang besar-besaran dan dapat tutup mulut org, tapi Allah tak redha, pun tak guna juga. Lagipun, buat la apapun, kalau org mmg jenis suka mengata, orang tetap akan mengata walaupun majlis yg kit abuat tu dah sempurna habis dah. Kalau awk ada niat nak buat majlis yg simple macam ni, akak sokong seratus peratus. Jangan takut dgn kata2 org. Akak doakan majlis awk akan berjalan lancar dan diredhai Allah.

      Delete
  4. Saya dan tunang rncng mjlis yg sderhana utk hari prkhwinan kami pd ahad mnggu hadapan (9/12). Tp dgn ktrpaksaan mak & akak sy yg mahukan mjlis yg gah, kami rsa ttekan dgn khndak mak sy yg kterlaluan tu. Mcmana sy nak hadapi admin? Bantu laa sy...

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya