Skip to main content

Saya Pemalas......

Sejahteralah ke atas kamu..

Saya ni pemalas. Banyak benda yang saya malas nak buat. Malas makan, malas menyapu, malas pergi keja, malas nak layan orang, malas berkenalan dan mcm-mcm lagi la yg saya malas nak buat.


Makan.
Makanan kegemaran saya ialah bubur sebab saya malas nak kunyah. Senang makan bubur, bleh telan je. Kalo saya makan biskut atau roti plak, saya lebih suka kalo dpt celup dgn air wp hanya air kosong. Sebab bila rendam dlm air, biskut tu akan jadi lembut, so bleh telan je. Semalam bila En Stormpong sms saya, masa tu saya tgh berkubang kat depan TV sambil buat bunge telur.
Beliau sms mcm ni, "Awak, saya tgh meeting ni. Awk buat apa tu?".
So, saya jawab le "Saya tgh buat bunge telor sambil tgk TV. Awk, saya lapar la... tapi malas nak kunyah."
Beliau balas "Perghhh.. memang pemalas betul la awk ni... habis la saya nanti kekekeh".
Saya hanya mampu gelak je la. Sebab mmg saya malas pun.

Menyapu
Dulu masa tgh sembang-sembang dgn beliau, saya buat 'confession of a lazy woman' kat dia "Awak, nnt dah kawen awk sapu lantai ye. Sebab saya mmg malas menyapu."
Pastu beliau pun dgn muka cuak-berkerut bersuara, "Eh, sungguh ke ni awak? Awk memang pemalas ke?"
"Ha ah". Simple je saya jawab sambil sengih kerang. Kehkeh.
En Stormpong kata macam ni, "Awk tau tak.... ibu tiap2 hari menyapu rumah tau... "
Saya kata, "So? Kenapanya kalo tiap2 hari ibu sapu rumah? Jadi, awk tak suka kat saya? Menyesal? Takut nak kawen dgn saya?"
Hahahaha... Nasib baik beliau kata tak. So, beliau kata takperlah kalo saya malas.. Biar dia la yang menyapu nanti. [takpe la..kita tgk la nnt. Rasanya nipu je tu kot. Last-last mesti aku gak yg kena menyapu].

Penah masa saya balik kampung, masa tu saya tgk laman rumah penuh dgn daun rambutan. Memang selekeh giler permandangan dia. So, saya kata kat mak saya "Mak, takpe nnt petang kang orang sapu laman". Pastu bleh plak mak saya kata sambil gelak sinis, "Hahaha... Kalau betul la awk menyapu laman, bleh ribut petir rasanya.". Hinsss... Maksudnya macam tak mungkin saya betul2 akan menyapu laman rumah. Kehkeh. Sampai hati mak saya cakap saya gitu. [Padahal memang padan pun.]

Berkenalan.
Dulu lagi teruk. Saya cukup anti-sosial. Kalau ada aktiviti-aktiviti masyarakat jangan harap saya nak ambil bahagian. Pastu, saya sanggup buat azam utk kerja SSM je sampai pencen[kalo sempat pencen la kan..huhu]. Sebab saya malas nak isi borang mintak kerja, malas nak fotostat ic, nak sahkan sijil bla--bla.. [Owh.. sempat lagi la saya lalui zaman2 mintak keja dgn effort yg remeh mcm tu.]. Then saya juga takde cita-cita nak naik pangkat. Sebab malas nak pegi interview. Pura-pura bagus depan penemuduga. Ohh.. Malas.. Malas. Salah satu lagi sebab utk saya malas nak pindah tempat keja ialah sebab saya malas nak berkenalan dengan orang-orang baru. Ntah apa jenis manusia la. Sungguh anti-social. Sungguh tak senonoh.

Jadi, ingin saya katakan... bahawa entry ini sungguh bersifat negatif. Jangan terjebak. Hahahaha.

Comments

  1. oitt choc dah letak atas meja ko. tapi lepas baca entry ni, aku tertanya tanya berapa lama masa ko amik utk abiskan sebiji choc tu, sbb ko malas kunyah kan.

    ReplyDelete
  2. Kalo cekelat, aku tak malas. Malah, aku sgt rajin memakannya. Mekasih la ye Kakak CHomel for the choco.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya