Skip to main content

Preparation Progress...

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Lagi 2 bulan, 2 minggu dan 4 hari. Uihh... Dah makin dekat. Preparation pun ntah apa2 je yg saya dah buat. Kad kawen pun blum tempah. Saya dgn Mr Stormpong baru je decide kad mana yang menjadi pilihan kami. Nasib baik taste kami tak jauh berbeza. So, tak la susah sangat nak buat keputusan. Salah satu tips untuk menempah kad kawen yang kawan saya bgtau ialah.... Kalo kad tu nanti nak diposkan, jgn ada cetakan pada sampul surat. Sebab nnt cas untuk setem lebih mahal berbanding sampul surat yang tak bercetak.

Dan sekarang ni, saya dalam proses untuk membuat bunga telur sendiri. Bunga telur yang gempak, elegant dan va-va vroom... [nasib baik tak vavivroom.. kehkeh]. Cekonon je tu. Ntah2 cakap je besar. Korang plak, beriya tak sabar nak tengok. Last-last saya beli je bunga telur yang berharga 0.60 sen sebatang. Tengok la... Kalau diizinkan Allah, kalo sempat saya siapkan bunga telur sendiri, bleh la kamu tgk hasilnya nnt. Tapi kalo saya berputus asa dipertengahan jalan... nampaknya... beli jek la. Kekeke...

Saya ni bukan apa... saya selalu bosan dengan main-stream. Saya bosan dengan design yang sama, patern yang sama. Sebab tu le saya cuba nak buat bunga telur ciptaan kreatif dan inovatif saya sendiri. [*Lagi sekali aku perasan.]. Boleh plak untuk hari besar dan penting yang akan menjadi sejarah ni saya nak 'try and error' benda-benda ni. Bengong jugak. Tapi takpe... saya akan cuba dulu. Motivasinya ialah... kalo tak jadi seperti yang dirancang, mesti saya kena gelak dengan JekJan dan OrgKgBaru sebab dierang je yang dah tengok proposal tu. Heheheh.. Kena gelak dan kena kutuk dgn mereka adalah ugutan yang menakutkan dalam hidup saya.. Huuu..huu.. So, kena berusaha bersungguh-sungguh ni. Gambatte kudasai Salida -Chan!

Comments

  1. hehehe...sy punya countdown, 2months 1 week 4 days...kad kawin pun xdiconfirmkan lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  2. Lala, kena cepat. Sebab time cuti skolah ni ramai org nak tempah kad. Pastu kad plak amik masa 2 minggu utk print. Sbelum print tu, dierang kena design artwork bla..bla..bla... Macam 3 minggu jgk kot.

    ReplyDelete
  3. lyd, try tengok website kawan aku ni. Kot la ko nak tengok idea dia ke. http://gubahanku.fotopages.com

    ReplyDelete
  4. TQ kakak Chumel. Byk yg menarik. Nnt bleh aku apply. Tp mesti lain macam jgk jadinya.. hehehe...

    ReplyDelete
  5. 2 la pasal...dah bayar deposit pun untuk kad 2...tapi, kitaorang tak confirm kan je lagi...nak corak macam mane...idea banyak sangat dlm otak ni...nak macam ni la..nak macam 2 la...2 yg lambat 2...hehehe...

    ReplyDelete
  6. Haa.. Lala, kalo dah bayar deposit ni mesti masa pameran pengantin kan? Heheh... Kena hati2 skit la. Sebab kedai kad kawen yg pegi buat pameran tu, biasanya dia cari staff yg peramah2... then yg jaga kedai semua yg stock2 tertelan cuka getah. So, kalo dilayan tu kira baik le. Lagi plak skrg dah kira peak period utk tempahan kad bg org yg nak kawen time cuti skolah ni... Mesti lagi susah kita nak request mcm2. Saya nyesal byr duti booking kat Amazon. Sbb bila pegi kedai dierang, staff tak mesra pengguna.

    ReplyDelete
  7. eh..tak2..sy tak pergi pun mana2 pameran pengantin..sy pegi terus kat kedai sendiri...alhamdulillah...pekerja kat situ memang peramah...dia suggest macam2 design..2 yg jadi pening kepala 2...hehehe...

    ReplyDelete
  8. ko kene buat muka sombong pas2 cam ala2 kaya sket br diorg terhegeh2 nak layan...hehehe...carik la adik yg deal ngan kite dl...ok je...aku buat senyap dia yg asik kol nak confirmkan kad hehe

    ReplyDelete
  9. Ooo.. ye la kan.. Aku lupa nak buat muka kaya. Lgpun adik tu takde. Aku pon mmg cari dia. Yg aku ingat nama dia Siti. Yg lain tu semua bingai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya