Skip to main content

Kenapa Saya....?

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini...

Sejak akhir-akhir ini, saya dah semakin tak menjaga penampilan diri. Tak ada la apa sangat. Cuma saya dah semakin tak bermekap. Kalo ader pun hanya pakai lipstick je, takde bedak, takde celak, dan blusher jauh sekali. Sampai ada yang menegur [yg tegur ni plak lelaki-lelaki kat ofis saya] "Apsal ko dah tak pakai bedak?", atau "Kenapa Lyd nampak comot?". Haihh.. Suka-suka hati dia je cakap aku comot.

Sorry skit yer. Saya tak bermekap, bukannya sebab saya bongok sangat dalam hal ehwal mekap-bermekap ni. Dan bukan juga sebab tak ada mekap. Masih ada banyak lagi mekap saya yg belum habis. Compact powder, make-up stick, foundation, mascara, bla..bla..bla.. Tapi kenapa saya tidak bermekap?

Ada banyak sebab sebenarnya. Diantaranya ialah, sudah tentulah sebab saya pemalas. Heheheh... Nak kunyah nasik pun saya malas, inikan plak nak bermekap beriya-iya setiap pagi. Uoohhh... Tak kuasa nak layan. Remeh.

Lagi, sebab saya nak biarkan wajah saya nampak selekeh, kusam dan tak bermaya sebelum majlis perkahwinan saya. Taktik je ni. Sebab nanti masa majlis perkahwinan saya, bila saya memakai mekap, barulah nampak wajah saya berseri-seri. Alamak... Saya dah terbocorkan rahsia taktik saya ni. Tak surprise la nanti. Kekekeke....

Skrg ni, lipstick yg saya pakai tu pun sebab nak cover bibir pucat saya bila sejuk terkena air-cond. Nanti org ingat saya sakit. Ye la, saya cuma nak kelihatan segar skit wp ader yg nampak saya comot. Hihi. [Padahal bukannya bibir tu pucat, tapi lebam, sebab ko tu gelap Lyd. Ingat skit.. MUehehe].

Dan lagi satu... Orang selalu tanya, kenapa saya selalu berjalan bongkok..... :)... Nak tau sebabnya? Erm... Kalo saya berjalan betul2 tegak mengikut posture yang betul, iaitu meluruskan tulang belakang... Maka saya akan kelihatan sangat tonggek dan mendada iaitu, saya malu. Tambahan lagi, baju-baju saya sekarang dah semuanya mengecik. Ntah-ntah baju2 saya tu sama spesis dgn Benjamin Button. Makin lama makin mengecil. [Selamba tanak mengaku yg diri sendiri tu dah gomut. :D].

So, itu je la jawapan-jawapan saya bagi persoalan "Kenapa saya dot.dot.dot....."

Comments

  1. sama ngn sy...
    sejak dah ada bakal laki ni...
    haram jadah la sy nak pakai mekap g ofis...
    klo dulu, aku la yg paling tebal mekap..hahaha...
    eh3...taktik awk 2 pun sy pakai jugak...hehehe...
    bagi naik seri hari kawin nanti...

    ReplyDelete
  2. Lala...cool... tp skali2 tgk ms kawen nnt mekap tak menjadi, rosak le taktik kita.. huhu.. hrp2nyer tak la kan? hihi.

    ReplyDelete
  3. lid - aku suke waktu jd pengantin..masa tula aku nak di make up nampak lawo sikit..hahaha..

    ReplyDelete
  4. sbb 2 la sy skrg ni tgh pilih mak andam yg betul2 pandai...takut lak sy mengamuk hari kawin nanti sbb mekap xcntik..hahaha...

    ReplyDelete
  5. Aida : Aku dah lama suka masa aku jadi pengantin nanti. Heheh. Eh, apa ayat aku ni.

    Lala : Dah dpt ke mak andam nyer? Yg kat temerloh gak ke? Or amik dr KL? Mak andam saya nnt, kwn skolah dulu je. Hihi.

    ReplyDelete
  6. aku nak nyebok gak masa mak andam ko makeup kan ko blh dok? hehe

    ko gomut lg ke??huhu...aku kene start diet balik dah ni waaaaaaa

    ReplyDelete
  7. dah ada yg berkenan di hati...tp, xberani nak tempah lagi...sbb xsure lagi tarikh kawin 2 bile kan...
    best la ada kwn2 je yg leh tlong mekap kan...baru rasa free sikit...xde la nak segan2 nak tegur klo xcantik...sy pulak xde kwn2 yg boleh mekap kan...sbb diaorg harap sy mekapkan diaorg...camno 2..xdapet eden nak nolong..hahaha...

    ReplyDelete
  8. Cik Atul : Ko nak dtg awal ke? Bleh je kalo ko nak tgk masa aku mekap tu.

    Lala : Uih, kalo dah berkenan baik book cepat2. Nnt dia diambil org. Nak2 kalo buat masa cuti skolah.

    ReplyDelete
  9. maksud aku...aku nak dia make up kan aku skali lalalala...tp part aku 2 aku bayo la
    sonok tui dimekupkan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya