Skip to main content

Bukannya Tak Boleh... Tapi............

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini......

Saya nak tanya sket ni. [Errm...tapi jwpn kamu, saya tak dpt dgr pon kan? Takper.. jwb je dlm hati]. Katakan kamu tgh hang out kat shopping complex, then tetibe dtg sorang lelaki yg kamu tak kenal [atau pompuan, jika kamu yg membaca blog ini adalah seorang lelaki] dtg kepada kamu, hulur tangan untuk bersalam dgn kamu sambil berkata 'hai...saya Ismail'. Apa yg akan kamu lakukan? Mesti kamu takkan sambut tangan dia utk bersalam kan? Ye.. Saya pun akan bereaksi yang sama. Dah la tak kenal. Nak salam plak tu. Bukan muhrim plak tu....

Semalam saya gi tgk wyg dgn housemate saya. Citer The Losers. Tiketnyer jam 9.15mlm di MidValley. Tapi biasaler, kalo dah mula berkubang kat umah, mesti bertolak-tolak nak bersiap. Saya suh hmate saya bersiap. Dia plak suh saya balik. Sorang² mmg berat punggung nak gerak pegi bersiap. Ngeee.... [Bergossip sambil bermalas-malasan kat umah mmg syahdu rasanya.]

Dan seperti yang disangka, mmg kami sampai lewat ke MidValley. 15 minit lewat. Tapi takper... Buat selamba jek. Baru le reggae skit kan? Seat yang hmate saya pilih lak tgh², belakang skali.[Dia yg beli tiket : secara online]. So, biler dah masuk dlm panggung tu, terpaksa le kacau daun org² yg dah mula nak kusyuk tgk movie tu. Sbb dah start pon. Kejar-mengejar dan tembak² pastu helikopter meletup². Huhh... Sungguh dahsyat intro nyer.

Bila dah duduk kat seat kiterang, tetiba lelaki yg duduk sebelah saya, hulur tangan kepada saya tanda ingin bersalam dgn saya, sambil berkata "Hai, saya Ismail". Saya mcm terkujat... Otak pun blurrrr plak masa tu, tak tau nak respon canner dan secara reflek saya hulur tangan saya, bersalam dgn dia dan saya ckp "saya Salida".. Huuuuu.... Nyesalnyer saya sbb bg respon camtu.

Dan sepanjang movie tu saya SUNGGUH tak selesa sbb lelaki tu macam menyondongkan fizikal dia ke arah saya. Dan biler saya gelak, dia mcm support gelak saya tu dr tepi. Very annoyed me. Dan saya cuba sebaik mungkin utk buat donno je la.. malas nak serabut otak, sbb saya hanya nak rehatkan² fikiran, tgk movie dgn tenang. Dan hasilnyer, saya berjaya ignore ke'menyampah'an saya tu sehingga movie abih.[Walaupon badan saya dah sakit sbb saya terpaksa menyondongkan badan saya ke arah hmate saya utk menjauhkan diri dari lelaki tu]

Dah habis movie, selepas saya tgk lelaki tu gerak keluar dari barisan seat tu, baru lah saya keluar dr seat. Pastu keluar panggung. Biasa ler saya... Lepas abih tgk movie, saya mesti nak jadi pengulas filem yg tak berlesen, berbincang pasal movie tu dgn hmate saya. Tapi ntah dari mana datang, tetiba lelaki tadi muncul lagi kat sebelah saya dan tanya "Nak balik dgn apa Salida? Tinggal kat mana?". Aduhhh... Takut plak saya. Pastu bleh tak saya pandang dia sekilas, dan tak buat reaksi muka apa² then saya terus sambung mengulas filem tu dgn hmate saya. Seolah² mcm takder sesape pun kat sekeliling saya tu.

Agaknya sebab dia malu, then dia pun terus blah, jalan laju, turun escalator. Saya hanya mengikut dia dgn pandangan mata je. Fizikal dia, rendah², badan bulat² skit, pakai spek tebal. Muka dia mmg 0% sama dgn Quino. [Maksudnya tak hensem la]. Dia pakai t-shirt, tucked-in dgn jeans dan kasut penuh. Mmg tak menarik la. Hahahah... Jahat betul. Tapi tak kira la dia hensem ke, dia hodoh ke, yg penting kelakuan dia tu yg menjadi fokus saya. Yg membuatkan saya saspen. Walaupon saya ader rasa skit bersalah sbb memalukan dia di khalayak ramai. Yelah... Saya bersangka baik la kan... Mungkin dia berniat utk cari kenalan. Mungkin dia tak ramai kawan. Sbb semalam pun dia sorang je. Tapi... Cara dia tu agak creepy.

Balik umah... sebelum tido, saya call En Stormpong. {Yeahhh.... Dpt kredit free selama 7 hari la katakan.. Bleh la saya telefon org dgn sesuka hatinyer dan bersembang lama²..hehehe].

Saya nyanyi lagu 'Underneath Pokok Kelapak' kt En Stormpong sebelum saya citerkan hal yg berlaku kat saya dgn Ismail tu. Dan hasilnyer, saya telah menerima 4 guni leteran dari En Stormpong. Huhu... Dia sungguh bengang sbb saya tak pandai jaga diri. Dia kata kalo org tu buat ilmu pukau masa salam dgn saya dan buat jahat kat saya, canner dia nak jawab kat Pakcik Man nnt sbb dia gagal jaga saya. huuu... Terharu walaupon bengang kena marah.

















Keterangan gambar : En Stormpong Yang Sedang Marah.




Lepas dah kena marah tu, baru le saya fikir.... Bahaya jugak kan? Sbb zaman skrg ni mcm² cara org nak buat jahat. Dan En Stormpong kata, jgn ingat muka lelaki tu 'nerd' so dia takder potensi sebagai org jahat.

Saya harap, kwn² yg membaca tulisan ini, akan lebih berhati² dan bersedia kot² mengalami situasi yg sama dgn saya ni. So, kalo menghadapi hal macam ni, saya harap kamu dah tau apa yg patut kamu lakukan. Ok? Sentiasalah berhati-hati yer.... ai lerp yu ol...

Comments

  1. oh...ko gesel2 kat aku pasal mamat 2 rupanye...ingatkan pasal aku wangi sgt muehehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Bolehkah Wanita Hamil Menggunakan Minyak Panas Atau Minyak Angin?

Sejahteralah ke atas kamu.. Pernah sewaktu mengandungkan Luth dulu, aku minta minyak panas di klinik untuk sapu pada pinggang aku yang sakit kerana dah semakin sarat. Semasa aku ingin mengambil minyak tersebut di kaunter ubat, nurse yang bertugas tu pesan kepada aku, pompuan mengandung tak boleh pakai minyak panas terutamanya yang berwarna hijau. Takut nanti anak jadi hijau. Aku tak sure dia cakap betul-betul ke memain. Tapi muka dia serius dan katanya lagi, itu mak dia yang pesan. Aku dah take note la kat situ pasal minyak panas ni. Tapi pasal warna hijau tu, ada kena mengena ke? Heheh. Tak pernah pulak aku jumpa manusia berkulit hijau melainkan Incredible Hulk. Wanita mengandung memang selalu la akan rasa sakit-sakit pinggang, sakit tulang punggung, bisa-bisa kaki, rasa lenguh badan dan rasa tidak selesa pada perut mungkin sebab perut bergas atau kita biasa panggil angin. Itu sebahagian je aku bagi contoh penyakit yang ibu mengandung alami.  Biasanya bila rasa sakit

Pasal Ayam Pun Nak Berkira

Sejahteralah ke atas kamu... Saya ni banyak kerenah. Ada benda-benda yang saya memang sangat berkira padahal benda tu benda remeh je. Contohnya kalau makan ayam goreng di KFC,  saya mesti akan request bahagian ayam ' wing ' dan 'rib ' kat kaunter KFC tu. Sebab part ayam yang saya suka hanya part dada dan ke atas je. Wing tu semua tau la adalah kepak ayam bukan kepak biri-biri . Rib plak saya tau ramai yang tak biasa guna perkataan rusuk tu. Saya ni, kalau dapat bahagian ayam yang saya tak suka, saya boleh badmood 44 hari. Sama jugak kalau makan kat restoren biasa. Kalau mula-mula saya nak makan ayam, tetiba tengok ketul-ketul ayam yang tinggal tu semua part yang daging lembik, saya sanggup tukar makan ikan. Saya tau ramai yang suka part pinggul ayam sebab dagingnya lembut dan rasa ayam lebih terasa kat bahagian situ. Bukan la takleh makan terus. Cuma kurang suka je. Yang penting ayam tetap ayam. Ye tak.  Korang jangan le kata saya berlagak + memilih + cerewet w

Panggilan Manja Geli-geli Sewaktu Bercinta

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini... Pernah bercinta kan? Bleh tanya skit? Kamu panggil pasangan kamu dengan panggilan apa? Nama dia? Atau nick name mcm 'Bunny', 'Cutie', atau 'si comel' atau 'handsome'? Hehehe... Best kan bercinta ni. Sebab boleh tergedik-gedik dan ada orang layan. [Owhh..miang nya statement ku ini....] Ada banyak panggilan-panggilan manja untuk pasangan-pasangan bercinta. Dan semuanya terpulang la kepada tahap gedik dan miang masing-masing kan? Ok, meh la baca apa benda yang aku merepek tentang panggilan-panggilan manja ni; 1. Sayang - Panggilan yang paling tipikal dan paling banyak orang guna utk panggil pasangan mereka. Kadang2 kalo orang melatah pun, panggil kita sayang gak kalo kita dah buat dia terkejut. Kehkeh... Tapi best je kalo org panggil kita sayang. Rasa mcm lembut dan disayangi... Tahap gedik : 80% 2. Ayang - Ni lebih kurang mcm panggilan 'sayang' gak, cuma dlm versi pelat dan lebih manja lagi. Saya