Iklan! Iklan! Sila Click!

29 April 2010

Masihkah Kau Ingat??!!

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Kamu ingat lagi tak masa kamu kecik² dulu? Lepas balik skolah, makan nasik kat umah pastu pegi mengaji [atau skolah agama petang], dan lepas mengaji... yeehuuu.... Dunia ini aku yang punyaaaa..... Bleh pegi main, sampai nak masuk waktu maghrib, hilang tah ke mana. Balik² umah badan dah comot. Waktu tu, seolah-olah kita main 'semua benda dlm dunia ni'. Bukan fikir bahaya atau mudarat. Tapi segala puji bagi Allah, kita masih selamat kan? Masih hidup sampai ke hari ini.

Faham tak point yang saya cuba nak sampaikan di sini? Haaaa...... Maksud saya... Kita sedar tak, betapa selamatnya dunia, bumi, tanah tumpah darah kita ni pada zaman kita kecik² dulu? Mak ayah kita mana ader risau kita nak pergi berkubang kat mana pun. Asalkan balik umah sebelum waktu senja. Betul tak?

Tapi cuba tgk zaman sekarang. Zaman anak² kita membesar ni[bagi sesiapa yang ada anak la. Kalo takder anak, bleh la amik contoh kat anak buah ke, anak jiran ke]. Selamat tak? Tak kira, kat bandar ke kat kampung... Sama je. Bahayanya sama je. Mcm² kes dah terjadi. Malas je nak ungkit kat sini. Sbb byk sgt. Tak terkata dah.

Dan kalo skrg pun dah bahaya macam ni.... 10 tahun dari skrg? 15 thn dari sekarang? Mcmn plak? Mesti lagi terukkan? Soalan saya... apa tindakan kita?

1 comment:

  1. sangat berbeza zaman sekarang dan zaman akak kanak2 dulu..zaman akak dulu boleh berdua dengan adik meredah ladang kelapa sawit..tak rasa takut...tp sekarang anak nak main depan rumah pun akak akan temankan... dunia hari ini semakin buas...

    ReplyDelete

Saper komen, dia best!

Yang Ini Juga Menarik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...