Skip to main content

Kemenangan Mereka

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini.....

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan* orang-orang KAFIR bergerak di dalam negeri.

Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka adalah NERAKA JAHANNAM, dan jahannam itu adalah tempat seburuk-buruknya.

~ Surah Ali-'Imran, Ayat 196 & 197

*Kebebasan di sini bermaksud kelancaran dan kemajuan dalam perdagangan dan perusahaan mereka.


Kamu tau kebenaran ayat ini kan? Ayat ini bukan rekaan saya. Tapi adalah kata-kata Allah.

Hari ini, org-org kafir mmg sgt berjaya dalam hidup mereka. Mereka ada segala-galanya kat dunia ni. Kekayaan, kedudukan yang tinggi, kemahsyuran dan kebijaksaan. Kamu ader? Takder kan? Saya ni kadang2 mmg derhaka jugak. Sbb dlm hati saya selalu tertanya-tanya, kenapa dierang bleh berjaya? Apsal bukan saya? (*dah tu, ko tak berusaha... nak berjaya celah mana... crazy).

Biler tgk kejayaan org2 kafir ni kan... Penah tak kamu fikir...... Org-org kafir, berjaya kat dunia. Tapi kat akhirat nanti tempat mereka di neraka. So, bior ahh dierang nak hepi skrg, nnt kat akhirat baru dierang tau nasib derang. Tapi itu citer org kafir. Mcmn plak dgn org yang mengaku Islam di dunia ni.... Tapi tak ikut suruhan Allah, dan hidup dierang pun biasa2 je. Tak ada pangkat. Takde kekayaan. Kebijaksaan pun ala-ala jek. Dah la tak glamer plak tuh. Pendek kata, hidup dia kat dunia tak la sehebat org2 kafir yang berjaya tu. Takat gitu-gitu jek.

Kemudian di akhirat nanti, org Islam yang kategori 'ala2' tu nanti, oleh sebab dia tak ikut suruhan Allah, dia pun masuk neraka. Maka, jadi la dia sebagai sebahagian daripada orang-orang yang RUGI dan MALANG tapi PADAN MUKA. Sbb kat dunia pun ala kadar je, tak la dpt nikmat hidup apa sgt pon dan kat akhirat plak masuk neraka. So, mmg malang ler. Org-org kafir, paling tidak pon, dierang dah rasa nikmat syurga di dunia. So, penah la jugak dierang merasa kehebatan hidup di dunia. Tapi kalo golongan org-org yang tak merasa syurga dunia pastu ingkar plak tuh... Dua-dua dia tak dpt..... Mmg ader jgk saya penah dgr, org Islam, walau jahat mcmn pun, last skali masuk syurga gak... Tapi takkan sajer2 nak tempah neraka jgk kalo dah tau cara ke syurga? Nak keja mudah je ke? Betul ke mampu nak tanggung siksa neraka? Tahu ke tidak neraka tu mcmn siksaan nyer? Api yang membakar je ke? Panasnya sama ke mcm api kat dunia ni?[sekali lagi saya jelaskan, saya menasihati diri saya lebih dari saya menasihati org lain.]. Blog ni takder niat pun nak mengata orang. Semuanya utk diri saya sendiri je. Jadi, kalau ader sesiapa yang terasa mcm "eh, dia ni tgh perli aku kot..", itu maksudnyer, perasaan ko jek. ngehngeh.

Sehingga peranggan di atas, saya pasti kamu semua faham dgn apa yang cuba saya sampaikan. Kiter cuba nilai diri kita hari ni. Saya pasti hidup kiter semua, terutamanya org Melayu yang Islam ni, setakat berada di kategori 'sederhana' sahaja kan? Hidup setakat cukup, ader umah, ader keta, ader anak, family dan kawan2, then dah cukup lah. Kan dlm Islam mengajar kiter hidup sederhana? Betul.... Tapi amal ibadat pon takkan sederhana jgk. Kadang2 siap kurang lagi. Boleh ke macam tu? Jom la.. [Bukan *Joomla! ye ... hehehe]. Jom la kita sama2 elakkan diri kita daripada termasuk dlm golongan 'org-org yang RUGI, MALANG dan PADAN MUKA' tu. Ok? Mula la perlahan-lahan dari sekarang. Kalo tidak skrg, biler lagi? Takkan nak tunggu mati accident dulu baru nak start? Kekekeke....

Akhir skali, sebelum merundur, "Peace, no war", bak kata Cikgu Arsyad saya. [sbb dia pun amik kata-kata Wahid dlm rancangan Melodi. Hehehe... ]


*•Joomla! is a content management system platform for publishing content on the World Wide Web and intranets as well as a Model–view–controller ...

Comments

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Tukang Urut - Therapist - Massage

  Sejahteralah ke atas kamu.... Selepas membaca coretan seorang rakan blogger tentang topik yang sangat random, dan katanya dia lagi suka menulis blog macam konsep tulis diari, aku pun dapat rasa bahawa aku pun sebenarnya macam tu. Aku suka tulis blog, suka tulis deep thought aku, suka tulis apa yang aku rasa sama macam dia, suka tulis blog macam tulis diari.  Bosan sebenarnya nak buat content blog yang begitu ilmiah. Aku cuma nak orang lawat blog aku dan baca apa yang aku taip. Tapi kalau nak harapkan follower aku, ermmm... mcm ada tak sampai 10 view je. Post yang review tempat makan, yang review movie atau drama, ada la tinggi sikit sebab mungkin orang Google keyword yang mengena ke blog aku. Nak cerita tentang tukang urut. Aku ni, selalu ada perasaan yang aku ni sebenarnya gifted, insan terpilih. Walaupun sebenarnya, setitik zarah pun takde gifted-gifted nya la. Hahah. Gifted dgn perasaan syok sendiri je ada la.  Perasaan gifted ni, aku konon-kononnya suka nak tolong o...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...