Skip to main content

Adakah anda menjalankan perniagaan MLM tetapi tidak berjaya

Sejahteralah ke atas kamu yang membaca blog ini....

Err.... Kehkeh.... Kawan2, kat bawah ni adalah kata Jutawan Internet kita, Irfan Khairi. [huhu...nampak sgt aku takder idea nak tulis blog hari ni.. ngeeeee]

Internet adalah medium yang boleh digunakan untuk berbagai-bagai jenis model perniagaan. Perniagaan menjual produk, menjual perkhidmatan, menjual informasi, membuat lelongan (seperti ebay), dan berbagai-bagai model perniagaan lagi.

Salah satu model perniagaan yang amat popular di Malaysia, adalah MLM, ataupun perniagaan berangkai. Namun begitu, sering saya mendengar keluhan daripada mereka yang menyertai perniagaan berangkai mengatakan bahawa ianya amat sukar mendapatkan pelanggan atau downline melalui Internet.

Berbagai-bagai cara telah digunakan, tetapi, amat sukar untuk mendapatkan downline. Mengapa ianya terjadi?

Jawapannya adalah, kebanyakan, 99% mereka yang menjalankan perniagaan MLM melalui Internet (tidak kira menyertai syarikat jualan langsung apa pun) melakukannya dengan cara yang SALAH! Apabila melakukanya (terutamanya promosi) dengan cara yang salah, maka, pastinya ia menjadi tidak efektif dan tiada (atau amat kurang) downline yang anda dapat.

Masalahnya, tidak ramai yang tahu kaedah sebenar mendapatkan downline melalui Internet. Empat perkara penting dalam menjayakan perniagaan MLM melalui Internet adalah:

1. Cara membina kredibiliti
2. Strategi membina keyakinan prospek
3. Promosi yang paling efektif dan terbaik khas untuk menambahkan downline
4. Sistem yang terbukti berjaya yang boleh diduplikasikan oleh downline dengan mudah

Sekiranya anda menjalankan perniagaan MLM atau perniagaan berangkai, dan keputusan yang anda perolehi tidak seperti yang anda harapkan, berhenti! oleh kerana anda membuangkan masa, wang dan tenaga anda pada kaedah dan strategi yang tidak efektif.

Pada hari Ahad ini 2hb May 2010, saya akan mengadakan workshop mini (terhad kepada kumpulan yang kecil) khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan MLM dan ingin menggunakan Internet untuk menambahkan lagi bilangan pelanggan dan downline. Tidak kira perniagaan MLM apa pun yang anda lakukan, workshop mini ini akan memberi kaedah, teknik dan petua yang terbukti amat efektif dan praktikal untuk anda aplikasi kan pada perniagaan anda.

Workshop Mini Lipat Ganda MLM akan memberi strategi terbaik bagaimana anda boleh melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.

Irfan Khairi
Kuala Lumpur


Workshop Mini Lipat Ganda MLM

Oleh: Irfan Khairi
Vistana Hotel, Kuala Lumpur

Ahad 2hb May 2010

Masa: 9.00pagi - 1.00 petang



Sila click link di bawah ini untuk maklumat lanjut;

Comments

  1. ye ker kalau tade downline kena berenti...? Untuk jangaka masa berapa lama baru ble berenti? gimme some duration plissss.......

    ReplyDelete

Post a Comment

Saper komen, dia best!

Popular posts from this blog

Saya Nak Ubah Penampilan Dan Imej

Hana Tajima Sejahteralah ke atas kamu... *Sedang saya menaip entry yg terdahulu tadi, rupanya ada orang sedang memerhatikan saya atau lebih tepat jika saya katakan yang saya sudah terkantoi... dengan Bos-Yang-Datang-Ofis-Pakai-Kemeja-Dan-Suar-Slack-Bersama-Kasut-ADIDAS-Samba-Dengan-Selamba. Fuhhh...mengah! Mengah! Karbon Dioksida! Karbon Dioksida! *Apa ko ingat ko pokok? Ehehehehe... *Gelak seperti Si Khinz dalam games Angry Birds. Famous jugak fesyen ber-shawl sekarang ni kan?[*nama saintipik dia saya bagi = shol] Kalau tengok kat blog-blog gadis-gadis rumaja, bukan main syok lagi tengok mereka menggayakan shol. Cantik jugak. Belit-belit sana-sini. Malah ada yang rajin siap buat tutorial cara-cara pemakaian shol seperti mereka atau ada juga yang ajar cara nak pakai shol ala-ala Hana Tajima*. Kalau tengok cara mereka pakai, macam senang je. Tapi cuba ko balik umah, buat. Mamfus. Kalau muka panjang dengan dahi yang luas [luas ye, bukan jendul], hidung mancung macam Irma Hasmie dan mata...

Etika Blogging Dan Blogwalking

Sejahteralah ke atas kamu.... Biasanya blogger suka share tips untuk naikkan traffic dan tingkatkan pendapatan melalui iklan tak kira la melalui NUffnang atau AdSense dan sebagainya. Tapi jarang orang nak cerita tentang etika berblog. Etika ni bukanlah peraturan yang WAJIB dilakukan, tapi bak kata orang-orang tua, LEBIH MANIS atau sopan. Etika menulis blog; 1. Jangan copy bulat-bulat apa yang blogger lain tulis pastu ko claim itu hak cipta terpelihara kamu sendiri. Shame on you la Joe. Kalau nak copy paste, sila beritahu daripada sumber mana kamu dapat artikel tu. Peraturan ini tidak kiralah sama ada tuan punya blog tu dah izinkan secara terbuka yang dia tak kisah orang nak copy bulat-bulat atau tuan blog tak izinkan. Copy paste itu adalah sesuatu yang tidak beretika dalam dunia blog. *Rasanya point ini semua dah tau kan? 2. Jangan tulis tentang apa yang kamu tak tau. Yang ni saya rasa saya penah jugak buat kot dulu-dulu. Biasa la. Budak baru belajar blogging. Tapi sekarang saya dah in...

Seciput Je

Sejahteralah ke atas kamu... Ciput Satu. Siang tadi masa kat ofis, saya sharekan installer 'Al Quran Digital' dengan sorang kawan saya ni. Saya paste installer tu kat folder movie. Lepas share, saya terus buat hal saya, tapi sekali sekala terdengar mcm kawan saya tu tergelak-gelak tersembur. Saya bajet beliau mungkin tengah berYM dengan family beliau. Tapi bila toleh, tengok-tengok macam takde plak screen YM. So, saya tanya le, "Wei, ko buat mende? Ngape ko gelak?". Masa beliau pusing badan beliau ke belakang baru le saya ternampak satu window kecik Windows Media Player. So, terus otometik dapat tahu beliau tengok movie. Terus je saya tanya, "ko tengok movie ke tu?"... Senyum kambing je beliau angguk. "Ko tengok movie apa daaa?"..... "Adnan Sempit". Ringkas je beliau jawab. Ish..ish.. apa nak jadi kawan aku ni... Aku ingat dia tengah mentelaah sistem Al Quran Digital tu. Tapi takpe... saya tau dia copy AQD tu. Hahahha... Ciput Dua Pernah ...